Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, November 24, 2008

I Missed Him So Much ...

Aku rindu giler kat laki aku. Dia sekarang ni outstation kat KL. Aku pn selalu la travel jb-kl-jb. Blh dikatakan every week. Penat la. Sampai biler nak macam ni pon x tau. Kekadang tu memang rasa nak marah jek tapi bile difikirkan balik, hubby aku tuh pg keje ... sejuk la sikit hati ni. Aku x kisah sebenarnya dia kena keje luar jb cume but bile lama sangat x jumpa tu yang rasa hangin jek. Weekend jumpa pun kejap jek. Memang x puas. But what can i do. I like or not, aku kena la terima hakikat dah memang keje dia macam tuh. Semua benda tu ada hikmatnya. Bile dia selalu outstation, masyukk la sikit poket dia. Alhamdulillah. Dapat ler aku tumpang satu badan. Hehe ... One more thing, klu dia keje kat KL best jgk. Dapatla aku jalan2 kt KL. My fav place - Pavillion. Tak tau nape... suka giler jalan2 kat situ. Padahal kedai2 kat dalam tu sume designer label punya outlet. Tapi seronok jek jalan situ. Boleh tgk wayang, karaok kt redbox plus or makan JCO donut ... Xpun bt fish spa. Bestnyerrr !!! Satu lg yg seronok jalan kt KL tu sbb ada LRT and Bus Rapid KL which is my fav transport utk travel 1 KL. Klu kt JB, xde benda tu sume. Tambang bus macam xnak mahal giler plak.... So, moral of the story ... JB kena ada LRT and bus Rapid KL.. huhu :-)



~ tempat fav aku tgk wayang ~



~ dalam LRT ... p/s: bile JB nak ada bendalah ni ~



~ another movie @ GSC but in One Utama ~



~ suka tgk artwork ni @ One Utama ~


Khamis, Oktober 16, 2008

Program Berhari Raya


Alhamdullilah ... kite dah pun selamat menyambut syawal. Untuk tahun ni, aku beraya kt kg suami. Mcm biasa la, klu kt kg dia ada tradisi. Raya kedua, semua kaun wanita di blok yang sama akan berkunjung dari rumah ke rumah dengan mengadakan marhaban. Seronok jugak la. Sebab kat bandar memang dah jarang jumpa benda2 macam ni.

Dan seperti tahun lepas, tahun ni aku dan rerakan aku buat konvoi beraya. Tahun ni start dari umah aku. Aku masak lontong kering. Rasa seronok la walaupun ada yang x dpt join. Harap2 kiteorg dapat la kekalkan tradisi ni tapi nampak gaya macam susah jek. Lepas ni ramai kengkawan aku yg bujang nak naik pelamin. Pastu pindah jauh2 plak tu. Ermmm, tinggal la aku sensorg kat sini.


~ aku dan sayangku ~


~ rerakan : ct , me n raja ~



~ mereka beraya di rumah ku ~



~ kiteorg memang xde keje ... mcm buat cover magazine jekk ~

Khamis, September 25, 2008

Chocolate Cakes ... Yumyum !!


Yummy ... yummy ... aku nih memang suka kek coklat. I can eat it everyday i guess. My favourite choc cake gonna be variety of choice from Secret Receipes ... Urmmm ... terbayang2 plak kek2 itu semua yang memang menggoda rasa. Antara favourite aku adalah chocolate banana n chocolate indulgence. Memang sedap gilerr. Aku selalu gak buat kek coklat sendiri sebab aku dan adik2 aku memang suka makan choc cake !!!




~ this gonna be my all time fave .. choc banana !! ~





~ choc chip walnut ... yummy !! ~



~ choc indulgence ... wow !! ~




~ choc moist ... everybody loves it !! ~



Semalam aku ada mintak resepi kat kawan adik aku ... resepi kek coklat jugak cuma cara masak dia berbeza ... kek ni dikukus .... aku dah try dah ... Emmm sedap jugak ... Senang sangat nak buat ... Bahan2 dia pun simple dan murah. Kalau korang nak try, amikla resepi kat bawah ni. Korang mesti kena try. Memang sedap ... especially hantu kek coklat macam aku nih la kan ... To my sis' fren ... rose, thanks 4 the receipe.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


~ KEK COKLAT KUKUS ~

Bahan2 :

Bahan A
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat + 2 cawan air


Bahan B
- 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
- 1 1/2 cawan gula
- 3 biji telur


Cara2 membuatnya :-

1) Masak Bahan A di atas api sederhana dan biarkan sejuk
2) Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung.
3) Then masukkan bahan A dan gaul rata.
4) Lastly, masuk dalam loyang dan kukus selama 45 minit - 1 jam


* Senangkan !! Cubalah ....



~ inilah hasilnya ... ~



Selasa, September 23, 2008

Raya ... Raya ... Raya ...


Nampaknya hari raya dah nak dekat. Segala persiapan untuk aku dan suami dah ready. Cuma untuk rumah jek, masih ada sedikit lagi yang perlu diselesaikan. Tahun ni, turn aku raya kat kg suami di Kota Tinggi. Tapi kami x lama kat sana. Raya kedua dah balik jb semula coz sambut dengan family aku plak.

Pada aku, raya ke x raya sama jek. Kalau time budak2 dulu memang la seronok sbb kumpul duit raya. Bile dah besar ni, kite pulak kena hulur duit raya. Kalau diingatkan kenangan raya masa kecik2 dulu memang seronok gile. Malam raya, aku dengan arwah nenek aku bertungkus-lumus siapkan segala juadah untuk raya. Yang paling seronok, arwah atuk aku buat sendiri ketupat. Tapi, sayangnya aku sampai sekarang tak pandai anyam ketupat. Baru belajar sikit dah give-up. Masa kecik2 dulu, aku selalu beli 2 jenis baju ... 1 baju kurung dan 1 lg baju gaun. Hahahha ... kalau diingat2 balik mcm kelakar.

Memang seronok beraya masa kecik2 dulu. Tapi semua tu dah jadi kenangan. Aku selalu teringat kat arwah ibu aku. Dah 13 tahun dia meninggalkan kami semua. Aku suka semua masakan arwah ibu aku. Semuanya sedap2. Dia memang pandai masak. Dia pun pandai menjahit. Dulu2 mana ada beli baju kurung dah siap. Semua ibu yang jahit. Aku masih ingat gelak tawa ibu. Kalau dia terlalu gembira, dia ketawa sampai keluar airmata. Rindunya pada dia ... Semoga dia ditempatkan di samping orang2 yang beriman ... AMIN ...


Isnin, September 22, 2008

My New House


Alhamdulillah ... Akhirnya impian nak ada rumah sendiri tercapai jugak. Walaupun rumah baru aku ni xla semewah mana tapi aku bersyukur sangat. Daripada menyewa bertahun2 baiklah keluar modal lebih sikit asalkan rumah sendiri. Kawasan perumahan aku ni belum ramai orang. Kekadang tu seram jugaklah takut ada perkara2 yg tak diingini berlaku especially kalau husband aku keje outstation nanti. Tapi, aku harap xde ape2 akan berlaku.



Inilah rumah asal aku ....


Sebenarnya, rumah aku ni belum habis kemas lagi. Bahagian dapur pun x siap cat lagik. Aku ni memang malas la nak mengecat. Lagipun memang x pandai. Tak berseni tangan aku. Nasib la sebelum pindah tu, adik bongsu aku tolong mengecat. Tapi, sikit jek sebab dia x profesional kan ... Last2 husband aku jugak la yang habiskan kerja2 tu. Haha ... Rajin laki aku ...




Warna cat ni aku yang pilih ... Laki aku tu jenis x kisah. Dia ikut jek pilihan aku ... huhu ...












Apepun ... perasan ada rumah sendiri ni memang lain. Macam2 benda nak buat. Nak letak itu, nak letak ini. Beli perhiasan tu, beli perhiasan ni. Tapi buat masa ni, aku pakai jela dulu apa yang dah ada. Kenala berjimat. InsyaALLAH, next time kalau ada rezeki lebih boleh la tukar perabot baru ... hikhik ...

Tengah bz cat umah ...


Dah pindah tapi blm hbs kemas ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin