Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, September 23, 2008

Raya ... Raya ... Raya ...


Nampaknya hari raya dah nak dekat. Segala persiapan untuk aku dan suami dah ready. Cuma untuk rumah jek, masih ada sedikit lagi yang perlu diselesaikan. Tahun ni, turn aku raya kat kg suami di Kota Tinggi. Tapi kami x lama kat sana. Raya kedua dah balik jb semula coz sambut dengan family aku plak.

Pada aku, raya ke x raya sama jek. Kalau time budak2 dulu memang la seronok sbb kumpul duit raya. Bile dah besar ni, kite pulak kena hulur duit raya. Kalau diingatkan kenangan raya masa kecik2 dulu memang seronok gile. Malam raya, aku dengan arwah nenek aku bertungkus-lumus siapkan segala juadah untuk raya. Yang paling seronok, arwah atuk aku buat sendiri ketupat. Tapi, sayangnya aku sampai sekarang tak pandai anyam ketupat. Baru belajar sikit dah give-up. Masa kecik2 dulu, aku selalu beli 2 jenis baju ... 1 baju kurung dan 1 lg baju gaun. Hahahha ... kalau diingat2 balik mcm kelakar.

Memang seronok beraya masa kecik2 dulu. Tapi semua tu dah jadi kenangan. Aku selalu teringat kat arwah ibu aku. Dah 13 tahun dia meninggalkan kami semua. Aku suka semua masakan arwah ibu aku. Semuanya sedap2. Dia memang pandai masak. Dia pun pandai menjahit. Dulu2 mana ada beli baju kurung dah siap. Semua ibu yang jahit. Aku masih ingat gelak tawa ibu. Kalau dia terlalu gembira, dia ketawa sampai keluar airmata. Rindunya pada dia ... Semoga dia ditempatkan di samping orang2 yang beriman ... AMIN ...


1 ulasan:

Ieza berkata...

sedekahkn alfatihah agar dia di tempatkn dikalangan org beriman..amin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin