Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Februari 26, 2009

My BFF

Aku ramai kawan. Aku kawan dengan sume orang yang nak kawan dengan aku. Yang xnak kawan dengan aku ... boleh g mampos !!! Hahaha ... Tapi aku ada a few friends yang sangat2 aku sayang and hargai bersahabatan mereka ...


1) Siti Sapinah bt Abd Ghani



~ aku dah lama kenal minah sorang nih ... aku rasa masa drjah 6 lagik. Tapi aku start geng kamceng dengan dia masa form 1. Sampai skrg dia adalah rakanku yang tercinta. Dialah tempat aku mengadu nasib, kongsi suka dan duka aku. Tak lama lagik dia nak kawin ... aku harap persahabatan kiteorg akan kekal sampai bile2. Aku doakan semoga perkahwinan yang akan dia bina akan berkekalan sampai menutup mata.


2) Noor Hazareeda bt Zainal Abidin



~ ni sorang lagik member kamceng aku. Dia ni garang, cakap lepas tapi sebenarnya dia baik ati. Suka tolong kengkawan. Dia pun tempat aku kongsi segala kehidupan aku. Dia ni dah ada bf tapi belum ada ciri2 nak kawin. Dia adalah rakan aku yang paling kurus dan aku rasa dia semakin kurus setiap ari... huhu ... kesian dia ...


3) Raja Norhafizah bt Raja Ismail



~ dia ni adalah antara rakan aku yang ada gaya, mutu dan keunggulan. Dia skrg bz nak jadi artis. Dia dah ada bf dan akan brkahwin very soon ... i hope !! Dia adalah rakan aku yang paling problematic. Tiap2 ari ada jek drama dan konflik. Patut pun jadi artis ... huhu .. Dia ni kepala gile2 dan suka berangan. Degil pun yek jugak la. Apepun dia memang best !!

I Drive Myself Crazy - 'NSYNC


Lying in your arms
So close together
Didn't know just what I had
Now I toss and turn
Cause I'm without you
How I'm missing you so bad

Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark

I lie awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do
(Wanting you the way that I do)

I was such a fool
I couldn't see it
Just how good you were to me
You confessed your love
Undying devotion
I confessed my need to be free

And now I'm left
With all this pain
I've only got myself to blame

CHORUS

Why didn't I know it
(How much I loved you baby)
Why couldn't I show it
(If I had only told you)
When I had the chance
Oh I had the chance

Rabu, Februari 25, 2009

Drama Melayu

Aku ni memang pengikut setia drama melayu x kira la drama ape pun. Tapi biasanya drama yang aku selalu tengok drama kt tv3 tapi kekadang mane2 drama yang best aku layan jek. Biasalah kan kalau dah namanya drama mestila ada suka duka. Tapi yang paling aku tak berkenan dengan drama melayu bile nak buat cerita mesti ada title Datuk la, Datin la, Tan Sri la, Puan Sri la. Klu drama pasal dunia korporat mesti cerita dengki mengdengki. Seolah2 dunia korporat melayu ni xde yang bersaing secara sihat ... asik nak berebut harta dan pangkat. Ish ... ish ... pening akak !! Dan yang paling aku tak suka ialah kalau adegan makan mestilah nak guna sudu garfu segala. Adus ... kite kan melayu makan belacan, budu. Apalah salahnya kalau orang2 yang ada 'title' tu makan guna tangan. Susah sangat ker ???? Kekadang naik meluat aku tengok. Semua orang2 kaya makan guna sudu garfu ke ?? Tak pandai guna tangan ... ???? Pastu, kalau Datin2 berkumpul xde keje lain menari pocho ( aku pun x tau mane asalnya tarian ni ), xpun ngumpat orang lain, cerita hal dalam kelambu orang. Macamla datin2 tu xde aktiviti berfaedah lain yang boleh dibuat !! Yang datuk2 pulak asik nak skandal memanjang. Isteri cantik solid-molid kat umah pun still nak makan luar ... Dunia ... Dunia !! Tapi x semua pun drama melayu macam tu. Ada jugak yang bagus dan bagi pelajaran ... Apepun aku tetap support drama dan filem melayu !! Hopefully lepas ni lebih banyak karya bermutu yang akan terhasil dari director2 tanahair ... Chaiyok !!!

Transformers 2 - Revenge Of The Fallen




Tak sabar giler nak tengok cerita nih !!! Pasti best ... hopefully la !!

Back Together

I'm so happy right now sebab my hubby dah balik jb semula. Eventough aku x sure berapa lama dia akan berada di jb at least aku rasa secure sebab aku akan jumpa dia everyday. Dah lama sangat tak menikmati kehidupan berumahtangga. Dah lama x masak untuk suami. So, from now on aku akan dapat balik job lama sebagai chef. Before this, bukan aku x masak tapi biasa la setakat untuk makan sendiri, masak yang senang jela, xpun makan megi or roti. Tapi, bile hubby dah depan mata ni kenalah singsing lengan memasak untuk dia. Nasib la laki aku tuh x cerewet soal makan. Ape jek yang aku masak mesti dia makan walaupun ikan bilis goreng dgn kicap (lauk feveret aku tuh ...). Aku harap sangat pasni dia xkan kena outstation lagik tapi sebagai orang yang dh mengenali jadual kerja dia aku confirm habis projek kat jb ni mesti dia kena g kl semula. Arghh !! Tension betul la ... But nevermind la kan ... dia kan cari rezeki yang halal untuk family. Aku kenalah redha. So, sementara dia ada kt jb ni, aku kenalah menjadi isteri mithali ... huhu ... Semoga perkahwinan yang kami bina ni akan berkekalan sampai hujung nyawa ... InsyaALLAH !! Amin !!

Isnin, Februari 23, 2009

Mereka-Mereka Kesayanganku Yang Telah Pergi

Aku akan buat kenduri arwah tak lama lagi. Teringat aku pada orang2 yang rapat dengan aku yang telah meninggalkan dunia fana ini. Mula2 aku hilang arwah moyang aku. Aku ni membesar bersama nenek dan atuk aku, so dalam masa yang sama nenek aku at that time jaga moyang aku. Moyang aku kecik jek orangnya, berkulit putih , rambut dia panjang dan lembut sangat ... maybe sebab dia selalu guna minyak kelapa original. Minyak kelapa ni dia yang masak sendiri sampai keluar taik minyak ( kalau korang x tau ... taik minyak ni terhasil bile santan kelapa dimasak dengan sangat lamanya sampai jadi minyak dan memang sedap giler dimakan ... yang orang buat tabur atas kuih kole kacang tu la ... ). Moyang aku meninggal sebab sakit tua tapi dia meninggal dalam tidur. Dia langsung takde sakit2 teruk macam orang tua lain even aku rasa masa tuh umur dia dah lebih dari 90 tahun. Setahun lepas tu plak, arwah ibu aku pergi mengadap Illahi. Ibu aku meninggal kerana komplikasi buah pinggang. Dia memang dah lama ada sakit tu sebelum dia lahirkan adik aku yang bongsu tapi dia xnak pegi check. Bile dapat tau dia sakit tu, dah kira tahap teruk la. Dia selalu kena gi hospital untuk cuci buah pinggang. Disebabkan aku duduk dengan nenek aku, so aku jarang la dapat teman dia kat hospital. Lagipun aku still sekolah lagik. Tapi, aku bersyukur sangat sebab malam sebelum dia pergi tu aku dapat teman dia kat hospital walaupun dia dah sakit teruk sangat masa tuh sampai dah tak kenal sesapa lagik. Aku sedih sesangat sebab aku muda sangat untuk kehilangan ibu. Adik aku yang bongsu pun baru umur 4 tahun. Dia pon macam terpinga-pinga masa kiteorg bagitau dia ibu dah takde. Masa ibu dikebumikan, dia tanya dengan kiteorg kenapa ibu kena bungkus dan kena tanam dalam tanah. Sedih sangat2 masa tuh ... Tuhan jek yang tau. Aku pon sampai kena badi kot sebab asik teringat dan meracau pasal ibu aku. Seterusnya, aku kehilangan atuk aku. Masa tuh aku dah keje. Atuk dan nenek aku dah pindah ke Air Hitam ikut makcik aku. Aku plak dok dengan bapak aku sebab senang nak g keje. Kehilangan atuk aku adalah kehilangan yang paling aku tak jangka sebab dia memang sihat. Semua orang terperanjat bile aku bagitau atuk aku yang meninggal sebab sebelum tu diaorg cume tau nenek aku yang selalu sakit2. Masa atuk aku sakit, aku masih kat tempat kerja. Adik aku call bgtau atuk aku sakit, so aku apalagi bergegas amik Emergency Leave balik kampung. Tapi sayang, atuk aku pergi dulu masa aku on the way nak balik. Bile aku sampai kat umah makcik aku, jenazah dahpun dimandikan. Sedih aku sebab x sempat nak jumpa dia buat kali terakhir. Aku memang sayang giler dengan atuk aku sebab dia jaga aku dari kecil. Dia memang manjakan aku dan adik2 perempuan aku yang lain. Ape sajek yang kiteorg nak insyaALLAH dpt walaupun lambat. Aku sentiasa igt jasa dia kepada aku dan adik2. Then, seperti yang dijangka nenek aku pula pergi meninggalkan kami sebulan selepas aku selamat bernikah. Ramai yang cakap, nenek aku tu bertahan sebab nak tengok aku kahwin. Memang sebelum tu dia selalu sakit2 dan asik terbaring jek kat katil. Tak boleh nak gerak dan buat ape2. Masa aku bertunang pun, dia terbaring atas katil tapi masa tuh nampak dia gembira sebab aku bertunang jugak akhirnya. Lepas aku bertunang, dia masih sakit2 sampaikan aku terpaksa bernikah kat umah jek sebab dia teringin nak tengok dan dia x larat nak bergerak. Tercapai jugak hasrat dia supaya aku nikah kat umah. After that la dia selalu sakit2 dan finally one day, dia tinggalkan kami kaum keluarganya. Dia meninggal kat umah pakcik, waktu malam. Memula dia mcm ok, tapi lepas tu lama-kelamaan dia mcm hanyut dan bile makcik2 dan pakcik2 aku redha dia pergi, dengan mudahnya dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan mata kami. Aku paling sayang nenek aku sebab dia yang amik dan jaga aku dari kecik. Walaupun dia garang dan tegas tapi aku tau dia sangat2 sayang pada aku. Dia pon macam atuk aku jugak, selalu manjakan aku dan adik2 perempuan aku yang lain. Aku rindu sangat2 pada mereka2 ini. Bile nak dekat buat kenduri arwah ni, makin kuat pulak rindu aku pada mereka. Aku berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat-NYA. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin ... Aku akan sentiasa menyayangi mereka walaupun aku sendiri pergi suatu hari nanti. Aku sayang mereka sangat2 ... Atok, Ibu, Bak dan Mak !!

Tudung ...

Aku nak cerita pasal tudung ... bukan tudung periuk maupun tudung saji tetapi hanya tudung kepala semata-mata. Aku sebenarnya nak komplen sikit la ... nape tudung yang banyak dipakai oleh orang2 sekarang ini termasuk diriku itu digelar tudung ekin. Adakah kerana bile ekin pakai tudung tu glamer?? Sedangkan dah ramai org pki tudung mcm tu sebelum ekin mendapat hidayah untuk memakai tudung contohnya mak mertua aku dan biras2 aku yang lain (aku pon baru start pakai tudung semula). Aku selalu terfikir sekiranya aku ini glamer seperti ekin dan memakai tudung tersebut adakah tudung itu akan digelar tudung faizah (huahuahua ... confirm arrr). Alah ... x kisah la tudung ekin ke, tudung siti nurhaliza ke (walaupun dia macam x berapa nak pakai tudung kan ...), tudung Mak Gayah ke (promote mak mertua aku) ... aku memang suka pakai tudung ini kerana ianya tersangat la conveniece-nya untuk orang yang mcm aku yang jenis pemalas nak gosok-menggosok. Setakat ni aku dah ada 4-5 koleksi tudung itu. Aku prefer warna hitam sebab senang nak match dengan segala baju yang aku ada ... tapi aku beli la jugak yang jenis awning dia pelbagai kaler just untuk meramaikan lagik koleksi aku. Boleh dikatakan aku ni mcm obses pulak dengan tudung ni ... pantang nampak kedai jual tudung mesti aku akan meluru ke kedai tersebut untuk membelek2 tetapi tak beli pon tudung2 itu ... Sudah tentu suami aku adalah orang yang paling gumbira melihat aku memakai tudung semula kerana sebelum ini puas dia membebel menyuruh aku memakai tudung tetapi aku sajek2 pekakkan telinga (nasib aku x pekak betul2 kan .... ish ish ish). Aku sangat berharap kali ini aku akan berkekalan pakai tudung sebab sebelum ni on-off ... tak tau la kenapa !! Suka sangat ikut orang kot. Dahla nak cerita tu jek ... nnti kite sambung lagik !! Daaa ...

Rabu, Februari 18, 2009

Senarai Kesyukuran

Dah lama saya di tag oleh Nenny untuk buat Senarai Kesyukuran ni ... tapi takde idea. Tapi, tetiba macam nak buat plak sebab macam seronok ...


Caranya mudah:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.


____________________________________________________________________

1) Saya bersyukur saya dilahirkan di dunia ini pada 02/03/1981 dan diberi nama Faizah binti Jaffri oleh kedua orang tua saya.

2) Saya bersyukur saya akan berusia 28 tahun tidak lama lagi.

3) Saya bersyukur saya bertunang dengan Md Rizal bin Sudin pada 29/09/2004.

4) Saya bersyukur saya berkahwin dengan Md Rizal bin Sudin pada 03/06/2005.

5) Saya bersyukur saya mempunyai 3 orang abang, 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.

6) Saya bersyukur saya masih mempunyai bapa iaitu Jaffri bin Joned.

7) Saya bersyukur saya sempat menikmati kebahagian bersama arwah ibu saya Jamaeyah binti Ismail walaupun sementara.

8) Saya bersyukur saya dijaga oleh datuk dan nenek saya semenjak saya kecil.

9) Saya bersyukur mempunyai adik-beradik yang sangat saya sayangi dan mereka menyayangi saya walaupun kami pernah berselisih faham.

10) Saya bersyukur kerana keluarga mertua saya amat sporting dan best.

11) Saya bersyukur saya mempunyai abang ipar sahaja kerana adik-beradik suami saya semuanya lelaki.

12) Saya bersyukur kerana suami saya seorang lelaki yang budiman dan membimbing saya ke jalan yang baik.

13) Saya bersyukur saya telah mampu mempunyai rumah berkat usaha saya dan suami.

14) Saya bersyukur rumahtangga saya bahagia walaupun kami belum dikurniakan cahayamata setelah hampir 4 tahun berkahwin ... belum rezeki kami.

15) Saya bersyukur adik2 perempuan saya berjaya dalam pelajaran.

16) Saya bersyukur adik2 lelaki saya boleh menampung hidup mereka sendiri walaupun pencapaian akademik mereka kurang memberangsangkan.

17) Saya bersyukur saya pernah bekerja di PSB Deco S/B di mana saya bertemu dengan suami saya buat kali pertama.

18) Saya bersyukur kerana suami saya datang dari keluarga yang mementingkan ajaran agama Islam.

19) Saya bersyukur saya boleh memasak walaupun tak berapa sedap.

20) Saya bersyukur suami saya seorang yang rajin dalam menolong hal2 rumahtangga.

21) Saya bersyukur suami saya seorang lelaki yang bertanggungjawab.

22) Saya bersyukur dikelilingi oleh rakan2 yang sangat baik dan memahami diri saya.

23) Saya bersyukur dikurniakan rakan2 yang mempunyai hobi yang sama dengan saya.

24) Saya bersyukur suami saya seorang tukang kayu ( yang penting rezeki halal ).

25) Saya bersyukur bapa saya tidak pernah mengabaikan keperluan anak2 walaupun anak2 sudah dewasa.

26) Saya bersyukur sebelum ini saya ada dua ekor kucing yang menjadi peneman saya dan sekarang kucing sudah bertambah lagi menjadi 6 ekor.

27) Saya bersyukur rumah saya ada notebook dan internet line sebab saya boleh pengsan tanpa kedua2 benda tersebut.

28) Saya bersyukur saya boleh menulis dalam blog saya.

29) Saya bersyukur saya seorang yang pemarah tapi bukan pendendam.

30) Saya bersyukur saya selalu berada dalam top list kawan2 saya ( hahahha ... )

31) Saya bersyukur saya dapat membuat Senarai Kesyukuran ini.

32) Saya bersyukur saya sihat, saya gembira, saya mampu tersenyum dan Terima Kasih ALLAH atas kurniaan ini.

33) Saya bersyukur kalau ada orang lain yang membuat Senarai Kesyukuran ini.




~ To Nenny, thanks sebab sudi share posting ini dengan saya ~

- I Got This Award From Nenny -





I Got This Award from Nenny ... thanks !!

I would like to share this award with ...

Nenny
Rina


- Geng feat Upin & Ipin -


Finally dapat gak aku tengok cite nih. Aku memang tunggu2 cite sebab nak tengok Upin & Ipin yang tersangatla comel itu. Cerita dia boleh la tahan. Kelakar, sedih, teruja ... dan yang pastinya sangat2 meriah dengan kehadiran dua orang budak botak tuh. Masa aku tengok cerita nih, memang full house la wayang tuh. Mana taknya ... sume datang bawak anak beranak sampaikan anak yang baru 2-3 bulan pun dibawak sama ... ( ni anak yang nak tengok ke mak bapak yang nak tengok ... huhu .. ) Tapi memang best la ... sepanjang tengok cerita ni sume org asik gelak bile ada Upin & Ipin ... Pada sapa2 yang belom tengok lagi cerita ni ... aku recommend sesangat untuk pegi tengok .. x rugi la bayar duit tiket ... lagipun kite kenalah support filem tempatan kan ... Apepon Upin & Ipin memang adorable ... mcm nak buat jadi anak angkat pulak ... hehehe ..

Selasa, Februari 17, 2009

My Countdown



~ MY BIRTHDAY 02/03 ~








~ OUR ANNIVERSARY 03/06~







~ MY HUBBY'S BIRTHDAY 16/08 ~




Jalan-Jalan at Ikea

Aku memang suka jalan-jalan kat Ikea nih. Sambil jalan boleh tengok idea2 baru untuk hiasan dalaman. Nak apply kat umah aku ler .. huhu ... Laki aku lagi la suka coz memang bidang dia. Dia kan carpenter. So, dia pun suka la tengok2 showroom kat Ikea nih. Dia pon sama macam aku.. try cari idea baru untuk our house. Jom jalan2 kat IKEA ...




~ my hubby sungguh asyik dia meninjau kabinet itu ~



~ my hubby tengah testing meja ( meja nih bagus ... boleh tukar size )



~ kami sempat posing masa pusing2 di IKEA ~



~ nape muka laki aku tension jek ( aku tau ... sebab kalau dah g IKEA nih confirm la kena kuar duit .. huhu ... ) ~



~ sume orang shopping sakan ~



~ suka idea ni untuk bedroom ~



~ so much to choose ... bed department ~



~ kerusi kat sini pon comey2 ... nasib la aku naik bus ... kalau x memang aku angkut ~



~ kuali yang aku beli di IKEA ... murah jek ... RM16.90 ~



~ ni sebenarnya roller untuk perangkap habuk binatang ... just RM4.90 ~



~ ni pulak plastic container ~

Jumaat, Februari 13, 2009

- PISCES -

The Bright Side

Pisces is sympathetic and compassionate, and cannot bear to see another human being in pain. Indeed, Pisceans feel very deeply about other people as they do not have a strong sense of separation and individuality.

Pisces is an intuition sign which can receive great inspiration from beyond. Pisceans are thus the natural mediums and mystics of the zodiac who can communicate their inner vision through either the arts or sciences. Pisces can also be a sign of selfless or self-sacrificing devotion, and is capable of truly unconditional love for others.


The Dark Side

The Pisces personality has a number of sub-personalities who are likely to take over at the drop of a hat. They include the victim, the martyr and the saviour or rescuer; and once Pisces gets locked into these patterns, it can be very difficult to shift. This can be hard on other people involved, too, for Pisceans can inflict, or receive, considerable suffering when they enter into a guilt-ridden phase.

The other negative Piscean trait involves the illusion and confusion which surround their ability to tell the truth - known as lying by the more pragmatic signs. Pisceans tens d to be too imaginative for their own good.



The most idealistic, romantic and highly-strung sign, Pisceans are only too happy to lose themselves in their relationships. Being loved is central to their well-being. They are very caring, and make compassionate partners.

Deeply sensitive and soft-hearted, Pisceans revel in highly-charged relationships. Unfortunately, they are so easily hurt that they often emerge battle-scarred from a relationship with their dreams shattered. Many Pisceans also view their loved ones through rose-colored spectacles, refusing to admit that their idealised lover is only human after all.

As a result, they sometimes turn a blind eye to transgressions that would provoke some of the more down-to-earth signs. Some Pisceans become willing victims in destructive relationships, without realizing it.

However, If Pisceans become involved with those who are too realistic and unable to stimulate a vivid imagination, they may well start to stray to pastures new through sheer boredom. Love affairs are the essence of romance for Pisceans. They like nothing better than to escape from their every routine into a dream-world. Probably the only occasion on which they will be unfaithful is in their imaginations, for they may fantasize about dramatic love affairs that in reality do not exist.

When in love, Pisceans are filled with aspirations. Often seeking a spiritual life with their partner, they are probably the most romantic sign of the zodiac and can be very caring and sensitive. but the fact that they are dreamers can cause problems since expectation may be too high.

Khamis, Februari 12, 2009

Pasar Malam

Arini aku g pasar malam dengan kengkawan lama ... ct, anie n myma. Memang kecoh giler la. Macam pasar malam bapak sendiri. Pusing punya pusing, mcm2 gak la kiteorg beli ... makanan, tudung and buah ... Anie bawak anak dia sangat2 mewarisi kebecokan dia ... Sabar jelah !! Dah hbs beli2, diaorg hntr aku balik umah. Diaorg singgah kejap. Kebetulan ada album gambar lama kiteorg ( time sekolah2 n bujang2 ), apalagi terkeluar la segala cerita lama ( termasuk cerita hina hahahha ... ) tapi memang seronok la sekali-sekala jumpa member lama. Cerita pasal hal2 dulu. Ermmm bukan selalu pun dapat spend time together mcm nih ... Len kali kite g pasar malam sesama lagik ok ...

Selasa, Februari 10, 2009

3 Days ... Me n Hubby !!

Finally ... aku and hubby dapat jgk spend masa together. Before this jumpa sekejap2 jek. Tapi last week kiteorg dapat spend the 3 whole day together. Seronok sangat. Maybe, from next week my hubby dapat balik jb semula. I really hope that will happen soon. Let's tengok gambar2 aktiviti kiteorg.... huhu ...


Sunday ( 08/01/09 ) - Jalan2 kat Jusco Bukit Indah ~ makan kat Pizza Hut ~









Monday ( 09/01/09 ) - Jalan2 kat taman permainan












Tuesday ( 10/01/09 ) - Tengok Ong Bak 2 kat TGV Jusco Tebrau ~ makan kat The Egg House ~

Sabtu, Februari 07, 2009

Boring

Today saturday ... tapi aku dok umah jek. Tak kuar g mane2. Takde orang ajak aku kuar ... Isk isk isk sedihnya ... huhu ... Tapi best gak sekali-sekala dok umah. Apelagi bantai tido sampai tengahari pastu bangun jek mengadap notebook kesayangan aku nih. Macam biasa la, first thing bile internet connected, check FB pastu Frenster, Myspace, email dan yang sewaktu dengannya. Then, baca paper online sebab nak pegi kedai malas ( yang sebenarnya jimay baca online ... hehe ). Pastu, download la lagu ke ape ker. Bile dah bosan tahap cipan depan notebook barula aku serahkan tugas pada adik aku ( take turn nak main tenet kat umah aku nih ). Oleh kerana arini aku free giler, so aku aku layan la cerita fave aku n hubby iaitu prison break season 4 yang telah didownload oleh adik ku yang tercinta ( thanks adah ... nanti aku belanja aiskrim kacang merah ... ko suka kan ... ). Ermmm ... malam ni hubby aku balik dr kl. Esok nak balik umah mak mertua kat kota tinggi. Isnin cuti, biasalah aktiviti bersama hubby jalan2 cari pasal ( aku yang suka cari pasal sebab nak mengopakkan kocek laki aku ... tapi x blh mintak lebih2 sebab last week baru jek dapat handbag Guess, this week ngecek kasut n baju jela ... boleh x ek ??? )

- Yakinlah Aku Menjemputmu -

Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu

Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

reff:
Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu
Kau milikku

Selasa, Februari 03, 2009

Hari Terbuka Finas

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal pengalaman baru yang aku alami masa weekend aritu. Hehehe ... aku telah dengan tidak sengajanya telah pergi ujibakat lakonan di Hari Terbuka Finas. Haha aku sendiri x sangka yang aku akan pergi ujibakat tu sedangkan aku tolong teman member aku jek. Kelakar giler. Tapi apepun, ianya adalah satu pengalaman yang berharaga dalam hidup aku. Aku dengan member aku tuh datang awal jgk kul 11 tapi nombor giliran untuk casting pagi dah habis dan kiteorg kena datang petang. So, kiteorg jalan2 jela kat Finas tu. Pusing2 jumpa Irma Hasmie, Adam dan ada la 2-3 org artis lagik. Sementara nak tgu kul 2 tu kiteorg pon pg la tengok tayangan filem percuma yang diadakan pada hari tersebut iaitu Histeria. Pastu, nak habiskan masa lagi kiterg pun dengarlah taklimat kerjaya perfileman. Taklimat ini diberikan oleh Harun Salim Bachik. First time aku tgk dia. I thought dia kelakar always rupanya dia penuh ilmu dan serious. Byk jugakla pengalaman dia dalam bidang lakonan yang dia ceritakan. Walaupun aku tak berminat nak jadi pelakon tapi aku amik jugaklah good points yang aku jadikan pedoman hidup.

Tunggu punya tunggu, finally kiteorg diberikan borang dan no giliran. Aku terpisah dari member aku tadi. Kiteorg x satu group. Each group ada 5 members and we all diberikan senario dan kena lakonkan senario tersebut menggunakan skrip sendiri. Mula2 tu malu gak la tapi group aku memang best and diaorg sume talented. Kiteorg diberikan masa untuk berlatih. Terpaksa la cari port mane nak berlatih and buat skrip. Dah puas berlatih we all pun lepak2 smbil hafal skrip sendiri. Bila makin dekat dengan kitorg punya turn, ALLAH jek la yang tau macamane perasaan aku. Macam2 yang bermain dalam kepala otak nih. Berdebar-debar, mcm nak termuntah pun ada. Dah masuk dalam studio tempat audition tu nampak Hans Isaac, Vanidah and Ahmad Idham lagi aku rasa macam nak pengsan. Dalam otak asik terfikir biar betul aku nak berlakon depan diaorg nih. Ishh ... last2 tawakal jelah. Setiap group diberikan masa lebih kurg 2-3 minit jek. Itupun aku rasa lama giler biler tgh acting dengan juri. Bila dh settle, leganya rasa... Memang best la.

Ini memang pengalaman yang sangat2 berharga dalam hidup aku. Rupanya macam ni rasanya pg audition. Dahla kena tunggu lama, beratur, berdebar2 dan 1001 perkara yang bermain dalam otak. Rata2 yang pg audition ni budak2 range umur 12-20. Budak baru nak naik. Nak kejar glamer. Ada yang memang dibawa oleh parents diaorg. Memang parents diaorg support giler la. Tapi, ada juga golongan umur macam aku ni yang datang. Yang dah tua pon ada. Sume nak cuba nasib. Ermm ... at least orang kata dapat pengalaman. Apepon thanks to my fren yang aku g audition ni dan aku wish her luck becoz she's really want it badly. To raja ... chaiyok !! Wishing u all the best in your life !!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin