Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Februari 23, 2009

Mereka-Mereka Kesayanganku Yang Telah Pergi

Aku akan buat kenduri arwah tak lama lagi. Teringat aku pada orang2 yang rapat dengan aku yang telah meninggalkan dunia fana ini. Mula2 aku hilang arwah moyang aku. Aku ni membesar bersama nenek dan atuk aku, so dalam masa yang sama nenek aku at that time jaga moyang aku. Moyang aku kecik jek orangnya, berkulit putih , rambut dia panjang dan lembut sangat ... maybe sebab dia selalu guna minyak kelapa original. Minyak kelapa ni dia yang masak sendiri sampai keluar taik minyak ( kalau korang x tau ... taik minyak ni terhasil bile santan kelapa dimasak dengan sangat lamanya sampai jadi minyak dan memang sedap giler dimakan ... yang orang buat tabur atas kuih kole kacang tu la ... ). Moyang aku meninggal sebab sakit tua tapi dia meninggal dalam tidur. Dia langsung takde sakit2 teruk macam orang tua lain even aku rasa masa tuh umur dia dah lebih dari 90 tahun. Setahun lepas tu plak, arwah ibu aku pergi mengadap Illahi. Ibu aku meninggal kerana komplikasi buah pinggang. Dia memang dah lama ada sakit tu sebelum dia lahirkan adik aku yang bongsu tapi dia xnak pegi check. Bile dapat tau dia sakit tu, dah kira tahap teruk la. Dia selalu kena gi hospital untuk cuci buah pinggang. Disebabkan aku duduk dengan nenek aku, so aku jarang la dapat teman dia kat hospital. Lagipun aku still sekolah lagik. Tapi, aku bersyukur sangat sebab malam sebelum dia pergi tu aku dapat teman dia kat hospital walaupun dia dah sakit teruk sangat masa tuh sampai dah tak kenal sesapa lagik. Aku sedih sesangat sebab aku muda sangat untuk kehilangan ibu. Adik aku yang bongsu pun baru umur 4 tahun. Dia pon macam terpinga-pinga masa kiteorg bagitau dia ibu dah takde. Masa ibu dikebumikan, dia tanya dengan kiteorg kenapa ibu kena bungkus dan kena tanam dalam tanah. Sedih sangat2 masa tuh ... Tuhan jek yang tau. Aku pon sampai kena badi kot sebab asik teringat dan meracau pasal ibu aku. Seterusnya, aku kehilangan atuk aku. Masa tuh aku dah keje. Atuk dan nenek aku dah pindah ke Air Hitam ikut makcik aku. Aku plak dok dengan bapak aku sebab senang nak g keje. Kehilangan atuk aku adalah kehilangan yang paling aku tak jangka sebab dia memang sihat. Semua orang terperanjat bile aku bagitau atuk aku yang meninggal sebab sebelum tu diaorg cume tau nenek aku yang selalu sakit2. Masa atuk aku sakit, aku masih kat tempat kerja. Adik aku call bgtau atuk aku sakit, so aku apalagi bergegas amik Emergency Leave balik kampung. Tapi sayang, atuk aku pergi dulu masa aku on the way nak balik. Bile aku sampai kat umah makcik aku, jenazah dahpun dimandikan. Sedih aku sebab x sempat nak jumpa dia buat kali terakhir. Aku memang sayang giler dengan atuk aku sebab dia jaga aku dari kecil. Dia memang manjakan aku dan adik2 perempuan aku yang lain. Ape sajek yang kiteorg nak insyaALLAH dpt walaupun lambat. Aku sentiasa igt jasa dia kepada aku dan adik2. Then, seperti yang dijangka nenek aku pula pergi meninggalkan kami sebulan selepas aku selamat bernikah. Ramai yang cakap, nenek aku tu bertahan sebab nak tengok aku kahwin. Memang sebelum tu dia selalu sakit2 dan asik terbaring jek kat katil. Tak boleh nak gerak dan buat ape2. Masa aku bertunang pun, dia terbaring atas katil tapi masa tuh nampak dia gembira sebab aku bertunang jugak akhirnya. Lepas aku bertunang, dia masih sakit2 sampaikan aku terpaksa bernikah kat umah jek sebab dia teringin nak tengok dan dia x larat nak bergerak. Tercapai jugak hasrat dia supaya aku nikah kat umah. After that la dia selalu sakit2 dan finally one day, dia tinggalkan kami kaum keluarganya. Dia meninggal kat umah pakcik, waktu malam. Memula dia mcm ok, tapi lepas tu lama-kelamaan dia mcm hanyut dan bile makcik2 dan pakcik2 aku redha dia pergi, dengan mudahnya dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan mata kami. Aku paling sayang nenek aku sebab dia yang amik dan jaga aku dari kecik. Walaupun dia garang dan tegas tapi aku tau dia sangat2 sayang pada aku. Dia pon macam atuk aku jugak, selalu manjakan aku dan adik2 perempuan aku yang lain. Aku rindu sangat2 pada mereka2 ini. Bile nak dekat buat kenduri arwah ni, makin kuat pulak rindu aku pada mereka. Aku berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat-NYA. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin ... Aku akan sentiasa menyayangi mereka walaupun aku sendiri pergi suatu hari nanti. Aku sayang mereka sangat2 ... Atok, Ibu, Bak dan Mak !!

1 ulasan:

MissZahrah berkata...

amin....alfatihah........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin