Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Februari 18, 2009

Senarai Kesyukuran

Dah lama saya di tag oleh Nenny untuk buat Senarai Kesyukuran ni ... tapi takde idea. Tapi, tetiba macam nak buat plak sebab macam seronok ...


Caranya mudah:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.


____________________________________________________________________

1) Saya bersyukur saya dilahirkan di dunia ini pada 02/03/1981 dan diberi nama Faizah binti Jaffri oleh kedua orang tua saya.

2) Saya bersyukur saya akan berusia 28 tahun tidak lama lagi.

3) Saya bersyukur saya bertunang dengan Md Rizal bin Sudin pada 29/09/2004.

4) Saya bersyukur saya berkahwin dengan Md Rizal bin Sudin pada 03/06/2005.

5) Saya bersyukur saya mempunyai 3 orang abang, 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.

6) Saya bersyukur saya masih mempunyai bapa iaitu Jaffri bin Joned.

7) Saya bersyukur saya sempat menikmati kebahagian bersama arwah ibu saya Jamaeyah binti Ismail walaupun sementara.

8) Saya bersyukur saya dijaga oleh datuk dan nenek saya semenjak saya kecil.

9) Saya bersyukur mempunyai adik-beradik yang sangat saya sayangi dan mereka menyayangi saya walaupun kami pernah berselisih faham.

10) Saya bersyukur kerana keluarga mertua saya amat sporting dan best.

11) Saya bersyukur saya mempunyai abang ipar sahaja kerana adik-beradik suami saya semuanya lelaki.

12) Saya bersyukur kerana suami saya seorang lelaki yang budiman dan membimbing saya ke jalan yang baik.

13) Saya bersyukur saya telah mampu mempunyai rumah berkat usaha saya dan suami.

14) Saya bersyukur rumahtangga saya bahagia walaupun kami belum dikurniakan cahayamata setelah hampir 4 tahun berkahwin ... belum rezeki kami.

15) Saya bersyukur adik2 perempuan saya berjaya dalam pelajaran.

16) Saya bersyukur adik2 lelaki saya boleh menampung hidup mereka sendiri walaupun pencapaian akademik mereka kurang memberangsangkan.

17) Saya bersyukur saya pernah bekerja di PSB Deco S/B di mana saya bertemu dengan suami saya buat kali pertama.

18) Saya bersyukur kerana suami saya datang dari keluarga yang mementingkan ajaran agama Islam.

19) Saya bersyukur saya boleh memasak walaupun tak berapa sedap.

20) Saya bersyukur suami saya seorang yang rajin dalam menolong hal2 rumahtangga.

21) Saya bersyukur suami saya seorang lelaki yang bertanggungjawab.

22) Saya bersyukur dikelilingi oleh rakan2 yang sangat baik dan memahami diri saya.

23) Saya bersyukur dikurniakan rakan2 yang mempunyai hobi yang sama dengan saya.

24) Saya bersyukur suami saya seorang tukang kayu ( yang penting rezeki halal ).

25) Saya bersyukur bapa saya tidak pernah mengabaikan keperluan anak2 walaupun anak2 sudah dewasa.

26) Saya bersyukur sebelum ini saya ada dua ekor kucing yang menjadi peneman saya dan sekarang kucing sudah bertambah lagi menjadi 6 ekor.

27) Saya bersyukur rumah saya ada notebook dan internet line sebab saya boleh pengsan tanpa kedua2 benda tersebut.

28) Saya bersyukur saya boleh menulis dalam blog saya.

29) Saya bersyukur saya seorang yang pemarah tapi bukan pendendam.

30) Saya bersyukur saya selalu berada dalam top list kawan2 saya ( hahahha ... )

31) Saya bersyukur saya dapat membuat Senarai Kesyukuran ini.

32) Saya bersyukur saya sihat, saya gembira, saya mampu tersenyum dan Terima Kasih ALLAH atas kurniaan ini.

33) Saya bersyukur kalau ada orang lain yang membuat Senarai Kesyukuran ini.




~ To Nenny, thanks sebab sudi share posting ini dengan saya ~

3 ulasan:

mumy berkata...

saya bersyukur sbb awak buat senarai kesyukuran ni...:)

Mz_Rizaliza berkata...

sya harap ada org lain buat senarai kesyukuran ini ...

MissZahrah berkata...

gimana mw jd follower luuu..??huhuh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin