Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Februari 23, 2009

Tudung ...

Aku nak cerita pasal tudung ... bukan tudung periuk maupun tudung saji tetapi hanya tudung kepala semata-mata. Aku sebenarnya nak komplen sikit la ... nape tudung yang banyak dipakai oleh orang2 sekarang ini termasuk diriku itu digelar tudung ekin. Adakah kerana bile ekin pakai tudung tu glamer?? Sedangkan dah ramai org pki tudung mcm tu sebelum ekin mendapat hidayah untuk memakai tudung contohnya mak mertua aku dan biras2 aku yang lain (aku pon baru start pakai tudung semula). Aku selalu terfikir sekiranya aku ini glamer seperti ekin dan memakai tudung tersebut adakah tudung itu akan digelar tudung faizah (huahuahua ... confirm arrr). Alah ... x kisah la tudung ekin ke, tudung siti nurhaliza ke (walaupun dia macam x berapa nak pakai tudung kan ...), tudung Mak Gayah ke (promote mak mertua aku) ... aku memang suka pakai tudung ini kerana ianya tersangat la conveniece-nya untuk orang yang mcm aku yang jenis pemalas nak gosok-menggosok. Setakat ni aku dah ada 4-5 koleksi tudung itu. Aku prefer warna hitam sebab senang nak match dengan segala baju yang aku ada ... tapi aku beli la jugak yang jenis awning dia pelbagai kaler just untuk meramaikan lagik koleksi aku. Boleh dikatakan aku ni mcm obses pulak dengan tudung ni ... pantang nampak kedai jual tudung mesti aku akan meluru ke kedai tersebut untuk membelek2 tetapi tak beli pon tudung2 itu ... Sudah tentu suami aku adalah orang yang paling gumbira melihat aku memakai tudung semula kerana sebelum ini puas dia membebel menyuruh aku memakai tudung tetapi aku sajek2 pekakkan telinga (nasib aku x pekak betul2 kan .... ish ish ish). Aku sangat berharap kali ini aku akan berkekalan pakai tudung sebab sebelum ni on-off ... tak tau la kenapa !! Suka sangat ikut orang kot. Dahla nak cerita tu jek ... nnti kite sambung lagik !! Daaa ...

5 ulasan:

mumy berkata...

kn nmpk comel pakai tudung...

Adahjay berkata...

haha bajetlah! keh keh keh :) pkilah tudungkan bagus skit! huhu mintak2 kite semua kekalan pki tudung Amin! InsyAllah!

Mz_Rizaliza berkata...

p/s to nenny : comel ker saya ?? huhu ...

p/s to adah : insyaALLAH ...

mumy berkata...

comey sgt..mcm nk cubit2 je pipi tu..hikhikhik

MissZahrah berkata...

hehe...bestla post ni..hehheheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin