Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Mac 07, 2009

Aku Tak Macam Ko ...

Aku paling tak suka dengan orang yang suka membanding2kan diri dia dengan orang lain. Aku memang cukup tak berkenan la terutama perbandingan itu melibatkan material. Memang aku menyampah giler. Dah selalu sangat aku dengar perbandingan ini diwar2kan sampai naik muak. Kalau nak merendah diri pun, bukan itu caranya. Janganlah sampai meletakkan diri sendiri ke tahap paling teruk semata-mata nak perli orang lain. Antara perbandingan yang selalu aku dengar sikit lebih kurang macam kat bawah ni la ...

1) Rumah 'aku' tak besar macam rumah 'ko' ...
~ rumah si 'aku' ni reban ayam kot, xpun rumah si 'ko' tu banglo 3 tingkat di atas bukit sebab tu si 'aku' tersangatla merendah diri. besar atau tidak sesebuah rumah tu, tengokla poket dan akaun bank sendiri. kalau mampu, apa salahnya si 'ko' beli rumah besar ... ikut kemampuan masing2 la kan. benci giler la pada si 'aku' tu ... padahal umah dia lebih kurang sama jek, cume sajek ngada2 ckp macam tu .. manalah tau klu si 'ko' puji dia balik ckp umah dia besar jugak !!

2) 'Aku' tak mampu la nak pakai kete sampai 2 mcm 'ko' ...
~ yang ni pun sama ... kekadang si 'ko' ni bukanlah nak pakai kereta sampai dua pun. maybe, sebelum dia kawin dia dah pakai kete, pastu kebetulan lepas kahwin isteri/suami dia pon pki kete. so, masing2 mampu nak bayar kereta sendiri ... apa salahnya ?? maybe hala tuju tempat kerja pun lain2, so lagi mudah guna dua kereta ... itupun boleh jadi isu !!

3) Muka 'aku' tak licin/cantik macam muka 'ko' ...
~ hahahha ... kalau dah tau muka tu x licin, nape lah si 'aku' ni tak pergi buat facial ker ape ker ... pastu dok sibuk nak bagitau satu dunia kulit dia tak cantik. yang kelakar tu, biler jumpa orang lain yang kulit muka seangkatan dengan dia pun, still lagik nak cakap kulit dia x cantik ... sebenarnya sebab nak suruh si 'ko' tu puji la dia sikit, cakap kulit dia ok jek !!

4) Laki 'aku' tak hensem macam laki 'ko' ...
~ lerr ... jodoh pertemuan kan ditentukan oleh ALLAH. kalau si 'ko' dapat laki hensem macam Brad Pitt, tu dh kire rezeki dia la kan. patutnya, sebagai isteri kite kenalah puji laki kite depan orang, tapi entah kenapa si 'aku' ni lebih suka memburukkan laki dia. seperti biasalah kan ... dialog seperti ini tujuannya adalah sama seperti dialog yang lain dimana si 'aku' mau si 'ko' memuji laki dia hensem !!


Kalau nak diikutkan, banyak lagilah perbandingan yang biasa aku dan kite sume dengar. Kalau sekali-sekala ( sebab kekadang aku pun macam tuh ... huhu ;D ) boleh lah dimaafkan. Ini tidak, setiap kali si 'aku' jumpa si 'ko' mesti nak keluar dialog2 di atas, memang sumthing wrong somewhere la dengan si 'aku' nih !!

Tak tau la nak cakap samada orang2 begini jenis cemburu atau dengki. Cemburu tu tak salah asalkan tak melampau. Kalau dah terover itu bukan cemburu tapi confirm la tuh dengki ... Harap2 la aku dijauhkan dari sifat sebegitu. Bersyukur dengan segala pemberian dari ALLAH. Setiap kurniaan-NYA ada kelebihan, terpulang kepada kita bagaimana mahu menilai dan menggunakan kurniaan itu ...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diorg tu konon nk rendah diri x brtmpat..pk lar cara matang ckit..x sume allah nk bg sume rezeki tu same..tul x?

adekz berkata...

lain kali kalu nk cmburu2 tu bior la kna pda tmptnyer..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin