Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mac 05, 2009

Kekurangan dan Kelebihan

Aku bukan manusia baik jauh sekali sempurna. Sama macam orang lain, aku ada kekurangan dan kelebihan. Pada aku, semua ciptaan ALLAH di muka bumi ini tak kira manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan, semuanya ada keistimewaan dan keburukan sendiri. Semua ciptaan ini ada yang disukai dan dibenci. Citarasa semua orang tak sama. Ada orang suka kucing, orang lain pulak suka itik. Ada orang suka bunga ros, orang lain pulak suka daun2. Ada orang suka kawan dengan aku, orang lain pulak menyampah tengok aku. Tapi, aku tak pernah pedulik semua tu. Apa yang penting dalam hidup aku ialah aku enjoy each moment of my life eventhough sumtimes life's sucks !! Kadangkala kekurangan itu boleh jadi satu kelebihan bile tiba masanya ...


Kekurangan aku ...

1) Tak cantik dan gemuk sejak kecil - tapi it's not a big deal ... aku bersyukur dengan diri aku seadanya. aku selalu terfikir, mungkinkah sekiranya aku cantik dan berbadan solid, aku akan jadi orang yang bongkak dan lupa diri. mungkinkah aku akan hanyut dalam kemodenan dunia. mungkinkah aku akan jadi salah seorang manusia yang hilang akhlak. ermmm ... the moral of the story, be proud of urself dan jangan lupa asal usul, agama dan budaya kita.

2) Pemalu - Dulu aku memang pemalu sangat. Susah nak baik dengan orang sampai orang ingat aku sombong dan perasan bagus. Kalau jumpa orang yang aku tak berapa nak kenal, aku memang payah sangat nak bercakap. Tapi sejak kebelakangan ni, aku terover kepoh lak. Memang suka sangat bercakap. Maybe confident level aku dh naik sikit kot. Mungkin jugak sebab dah makin dewasa, faktor kerja yang terpaksa berdepan dengan orang ramai, sebab tu aku makin banyak bercakap sampai suka melalut yang bukan2 lebih2 lagik bile aku berjumpa dengan rerakan baikku.

3) Suka merajuk - Perangai aku yang satu ni semakin menjadi-jadi after i've got married. Pantang kena tegur dengan laki aku, mulalah muncung aku panjang berdepa. Kekadang tu, aku merajuk tak tentu pasal. Benda kecik pun aku boleh besar2kan sampai merajuk pastu nangis2 sampai bengkak mata. Pernah ada sekali tu, hubby aku sajek nak ajar aku, dia biar jek aku merajuk sampai tertido aku kat lantai dapur ( kalau ingat balik, YA ALLAH malu giler ... sebab aku merajuk hanya kerana berebut bantal .. huhu )

4) Cepat naik angin - Ni satu lagik perangai buruk aku. Kalau ada benda yang aku buat tapi aku tak puas hati, memang cepat lah darah aku menyirap. Aku boleh jerit2 macam orang gile. Yang jadi mangsa kucing aku. Aku pun tak tau nape, setiap kali aku naik angin, mesti kucing aku nak manja2. Ishh orang tengah marah, ngada2 nak buat perangai ... memang la kena jerit dengan aku ( harap maaf kepada kucingku ... mumy sayang kamu !! )

5) Cakap lepas - Dulu aku tak macam ni. Sekarang jela aku berani sikit. Kalau aku rasa aku betul, aku sound direct jek. Klu orang kena sound tu nak kecik ati ker ape, aku x pedulik la.



Kelebihan aku ...

1) Pendengar yang setia - Aku memang menjadi tempat rerakan meluahkan perasaan. Mane yang aku boleh tolong, aku tolong la. Dapat dengar pun jadi la kan ...

2) Terang hati - Bukanlah pandai sangat pun tapi alhamdulillah ... kalau ada benda baru yang aku belajar, aku cepat tangkap la.

3) Pandai masak dan suka masak - Hikhik ... xdelah perfect sangat tapi bolehla. Selalu gak ajak kengkawan rasa masakan aku. Tapi, aku still kena belajar lebih banyak lagik.


Pada orang kat luar sana, kekurangan bukanlah satu perkara yang perlu dimalukan. Kalau kita bijak menanganinya, kekurangan tu boleh jadi sesuatu yang positif. Begitu juga dengan kelebihan. Kite kena selalu ingat bahawa kelebihan itu hanya pinjaman di dunia semata-mata. ALLAH mampu menarik balik segala kelebihan itu dengan sekelip mata. Cintai dirila kita sendiri sebelum menyayangi orang lain. Be yourself and follow your hearts !!


~ Signed, Sealed, Delivered ~



2 ulasan:

mumy berkata...

Bersyukurlah dengan apa yg Allah anugerahkan untuk kite...Pasti ade hikmah disebalk setiap kejadian-Nya

Mz_Rizaliza berkata...

saya setuju !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin