Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Mac 21, 2009

Kerana Dendam

Aku dapat idea nak tulis entry ni lepas tgk drama Korea, The Devil/Mawang. Best jugak la cerita ni (sebenarnya nak tgk sangt cerita ni sebab hero dia hensem dan aku suka iaitu Joo Ji-Hoon... start minat kat dia masa dia berlakon Princess Hours). Cerita ni berkisar ttg seorang adik yang menuntut bela atas kematian abang dia dengan menggunakan identiti orang lain.

Aku bukan nak review pasal cerita ni tapi mesej dalam cerita nih. Motif utama cerita ni adalah dendam. Kerana dendam, manusia boleh hilang pertimbangan dan kewarasan. Kerana dendam jugak, keluarga boleh porak-peranda. Ada juga manusia yang mati dalam dendam. Sape2 jek boleh jadi pendendam termasuk aku. Aku terfikir kenapa manusia boleh jadi seorang yang pendendam. Mungkinkah kerana penderitaan yang mereka alami menjadikan mereka manusia yang buta hati atau mungkinkah kerana mereka ini jenis yang memang tak boleh tengok orang lain hidup senang.

Aku mungkin tak layak untuk memberikan pendapat kerana selalunya orang cakap bila kita tak kena, kita takkan tahu perasaan orang yang mengalami sesuatu perkara itu. So far, ALHAMDULILLAH ... aku tak pernah lagi berdendam dengan orang lain walaupun aku pernah dikutuk dan dihina. Pada aku, itu semua lumrah hidup. Mana ada manusia yang hidup mereka sempurna dan perjalanan hidup manusia tak selalunya seperti apa yang dirancang.

Pada pendapat aku, orang yang pendendam ni, jenis yang memendam perasaan. Mereka sukar untuk meluahkan segala masalah mereka pada orang lain. Bila hati dan minda mereka dah dipenuhi dengan penderitaan, mereka mula menjadi pendendam. Mereka nak orang yang menyebabkan mereka terseksa melalui perkara yang sama yang pernah mereka lalui. Mereka lebih senang bersendiri dan tidak mempercayai orang lain selain daripada diri mereka sendiri.

Bagi aku, tiada yang baiknya bersifat pendendam. Kalau kita berjaya mengenakan orang yang kita dendam tu, apa yang kita dapat ?? Kepuasan hati ??? Ermm .. tapi terpulang la pada diri masing2. Tepuk dada tanya diri.. Apepun, harap2 la semua umat manusia di muka bumi ALLAH ini dijauhi dari sifat pendendam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin