Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Mac 09, 2009

Resepi : Mee Kari

Harini nak share resepi one of our favourite food ... huhu ;)




( gambar ini hiasan semata-mata )



~ Mee Kari ~ ( 4-6 persons )


A) Bahan-Bahan Kering
~ Mee Kuning - basuh sehingga bersih dan dicelur
~ Taugeh - dibasuh bersih / dicelur
~ Sawi - potong dan dicelur
~ Kerang - direbus
~
Tauhu - 10 keping ( digoreng dan dipotong kecil )
~ Kacang Panjang - potong dan dicelur
~ Lada merah dan Lada hijau
~ Bawang Goreng
~ Limau Kasturi
~ Daun Sup dan Daun Bawang


B) Bahan - Bahan Kuah Kari
Bahan untuk menumis : ~
~ Bawang merah - 7 biji
~ Bawang putih - 5 ulas
~ Halia - 1cm
( Kesemua bahan di atas hendaklah dikisar hingga halus )

Bahan Lain :~
~ Rempah kari ikan / daging - 5 sudu
~ Santan - dari 1 biji kelapa (boleh ditukar dengan susu cair - 1 tin)
~ Cili Kisar - 3 sudu
~ Fishball - 20 biji ( dipotong dua )
~ Fishcake - 5 keping ( dipotong kecil )
~ Isi Ayam - 500 gram
~ Garam secukup rasa
~ Minyak untuk menumis
~ Air - 2 cawan


Cara-cara membuatnya kuah kari :~

1) Panaskan minyak, selepas itu tumis bahan kisar sehingga wangi.
2) Kemudian, masukkan cili kisar dan rempah kari serta air, tumis sampai garing.
3) After that, masukkan pula fishball, fishcake dan isi ayam, tunggu sehingga bahan2 tadi empuk.
4) Then, masukkan santan / susu cair dan biarkan mendidih.
5) Akhir sekali bubuh garam secukup rasa.


Cara-cara menghidangkan mee kari :~

~ Letakkan mee, kerang, tauhu serta sayur-sayuran ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah kari tadi. Taburkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada merah dan hijau. Perahkan sedikit limau kasturi. Siap untuk dihidangkan !! Mudahkan ... selamat mencuba ~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin