Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, April 29, 2009

Kerana Cinta


~ kerana cinta pada kekasih, seorang anak boleh derhaka pada ibu bapa ~

~ kerana cinta pada pangkat, seorang kawan boleh mengkhianati kawan yang lain ~

~ kerana cinta pada harta, seorang wanita/lelaki boleh menggadai maruah ~

~ kerana cinta pada dunia, umat manusia LUPA pada ALLAH ~



Selasa, April 28, 2009

Tak Perlu Nak Mengada Yang Amat

Bila dah selalu sangat berjauhan dan tak jumpa berminggu-minggu, aku jadi LALI dengan RINDU. Bukanlah nak kata tak rindu langsung, cuma rasa macam tak perlu nak mengada-ngada yang amat nak rindu lebih-lebih macam akan berpisah selama bertahun-tahun. Masa dulu2, masa baru memula kawin, memang tak tahan rindu. Padahal baru SEHARI En. Rizal g outstation, aku dah macam meroyan kat umah. Keja aku asyik nak menangis memanjang sampaikan En. Rizal jadi risau sebab aku sengaja menglebih2kan esakan dan raungan setiap kali dia telefon. Tapi, bila dapat jalan dengan PA2 tak bergaji tak pulak nak menangis2 lagik pastu.


Dulu, aku sorang jek yang mengalami kes macam nih. Long distance relationship. Giler poyo !! Tapi, sejak beberapa bulan kebelakangan ni, semakin ramai pulak rerakan yang masuk team aku. Wan, Meyma, Rina dan akan datang Bakal-puan-CT (walaupun tunang dia just kat Batu Pahat jek). P/S : Bakal-puan-CT, aku dah selalu sangat promote ko, ko bile nak promote aku kat page ko !! HARAM betullah ko nih !!

Semuanya ni demi masa depan keluarga masing2 dan jugak demi mencari rezeki ... so aku amatlah REDHA.

P/S to rakan2 seangkatan, sama2lah kita menguatkan semangat demi kebahagiaan DUNIA DAN AKHIRAT !!


Resepi - Sambal Ikan Keli



Dah lama nak kongsi resepi ni sebenarnya tapi asik delay jek. So, arini aku menghadiahkan korang resepi aku. Selamat Mencuba !!


***************************************************************************************

SAMBAL IKAN KELI


Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-



1) Cili Merah - 5 batang
2) Cili Padi - 10 batang
3) Bawang Besar - 2 biji
4) Bawang Putih - 5 ulas
** kisar bahan diatas seperti gambar di bawah **



********

~ Semestinya ikan keli la kan ... 1 kilo ~
** dibersihkan dan direndam dengan air asam selama 20 minit untuk hilangkan hanyir **
** setelah 20 minit, basuh sekali lagi dan gaul dengan serbuk kunyit dan garam **


*********


CARA - CARA UNTUK MEMASAK :


~ goreng ikan keli sehingga garing, pastu angkat dan ketepikan ~


********


~ panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga garing ~


********




~ masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa ~


*******


~ masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi dan gaul rata ~



********************************


INILAH HASILNYA :


~ AMACAM ?? TERLIUR TAK ?! HUHU ... YEKYEK JEK AKU NI. APEPUN CUBA TAU JANGAN TAK CUBA ~

Isnin, April 27, 2009

Agak-Agak La Weh !!

Sakit telinga aku dengar berita TV3 ni la. Selsema Babi, Selsema Babi !! Aku rasa masa memula wabak ni keluar, diaorang sebut Selsema Khinzir !!!!! Harini dah tukar pulak. Sungguh tak sedap didengar lebih-lebih lagik biler ia diulang-ulang. macam kaset rosak. Macam nak bernanah telinga aku. Agak2 la sikit weh ... dahlah kuar nationwide ... ''khinzir'' tu sopan la sikit kot kalau disebut. Sengal betul la !!

Kalau Dah Bosan, Aku Rasa Nak Tido Jek But End-up Main Game Handphone Berharga RM8

Ermm ... itulah aktiviti aku bile ada waktu lapang (actually memang lapang sentiasa since jadi fulltime housewife). Dahlah bangun pagi lewat, tengahari jek setan mulalah bergayut balik kat bulu mata aku yang tak berapa nak lentik nih. Dipaksa-paksanya aku tutup mata. Tapi, yang herannya ... bila kepala dah kat bantal taknak plak membuta. Terkebil-kebil mata pandang siling yang macam haram tuh !! Pastu bile dah bosan, start main game kat handphone yang aku beli dengan harga haram jugak iaitu RM8. Sampai kena marah aku dengan En. Rizal sebab dia kata membazir. Seperti biasa, aku buat muka tak bersalah jek sebab bil telefon dia yang bayar, bukan aku ... hahahha. Jangan marah hah !!

Sabtu, April 25, 2009

What A Boring Day ?!

Arini Saturday ... selalunya aku g jalan2 but since my PA tak bergaji sume ada aktiviti masing2, so arini dok umah jek. Tak tahu nak buat ape. Maybe i'll be online for the whole day !! Also, today my chef-daddy takde, so aku lah kena masak. Tak sure lagik nak masak ape. Masak yang simple2 sudah.

Tag From Nenny

Nama penuh anda
Faizah binti Jaffri

Nama apa yg anda harap itu nama anda..
Tak harap apa2 yang lain ... namaku sungguh indah ... ;p

4 pics yg org x tgk lgi..







Kenangan paling bermakna dlm hidup..
Met my En. Rizal and my life change completely

Prinsip Hidup..
Happy-Happy Saja

Perangai anda yg paling buruk..
Sangat2 kuat merajuk

Tag 10 org kenalan anda..

~ Bakal-puan-CT ~
~ Adah ~
~ GG ~
~ Wan ~
~ Rina ~
~ Yatie ~
~ Chooyaya ~
~ Naurah Makwa ~

Khamis, April 23, 2009

Ya !! Hari Ini Saya Yang Masak ...



Kenapa tetiba aku rajin ?!

Sebab, En. Rizal sudah kasi jelingan maut satu kali sama aku semalam ...

En. Rizal tanya sape yang masak, dengan muka senang hati aku jawab la ... ** ayah !! **

Dengan takde rasa bersalah yang mendalam, dia terus cakap sambil memberikan jelingan ... ** apalah ayang nih, nape asik ayah jek yang masak ?! **

Ler ... salah ker ??? Takpe, take it easy ;p

Hari ini, aku dengan kerajinan berkobar2 tahap dewa cipan, telah memasak makanan kegemaran En. Rizal iaitu : -

Sambal Ikan Cencaru


Silalah En. Rizal menjilat pinggan nanti.

Puas hati ?!! Bagus !!!

Rabu, April 22, 2009

Another Awards !!



I've another AWARDS ... thanks to Nenny !!












As a token, i would like to share this AWARDS with this people ...

~ Adah ~
~ GG ~
~ Bakal-puan-CT ~
~ Nenny ... i give it back to you ;) ~
~ Yatie ~
~ Chooyaya ~
~ Wan Nuraini ~
~ Rina ~

Isnin, April 20, 2009

Double Date



Us : ( Me + En. Rizal ) & ( Bakal-puan-CT + En Nuar )

Venue : TGV, Jusco AEON Tebrau

Movie : Crossing Over



Clinique Beauty Boot Camp




Yeay !! I've been accepted !! Giler yekyek !!


Hampeh !!

Pada suatu petang yang panas ....


Suami : Ayang, awak nak towel tak buat tutup kaki ... panas nih !!


Isteri : *Geleng-geleng kepala*


Suami : Wei, amikkan towel aku tuh !! (berkata kepada penumpang di belakang )


Isteri : *Dalam hati* ~ Bagus laki aku, tak sampai hati tengok bini dia berpanas~


Suami : Amik towel tu then LETAK ATAS KAKI SENDIRI ....


Isteri : HAMPEH !!



P/S : Identiti mereka-mereka yang terlibat terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan rasa 'kemaluan' yang dahsyat dan berpanjangan !! HAHAHAHAHA ...

KUANTAN = Perjalanan Yang Giler + Jauh + Sakit Bontot !!

Last Thursday, aku gerak lagi sekali ke Kuantan jumpa En. Rizal sebab nak mandi laut semata-mata. Seperti kali pertama, aku pegi sana menggunakan perkhidmatan bus Maraliner. But this time, aku amik perjalanan pagi. Ingatkan tak ramai orang, rupanya penuh bus tuh !! Adus ... terpaksa la kongsi seat ... sesuka jek aku nak duduk double-seat tuh sensorang. Bus ke Kuantan ni xde single-seat. So, korang paham jelah kan kalau double-seat memang agak sempit, especially untuk orang yang berbadan ehem ehem comel, macam aku nih ... *big smile*

Perjalanan ke Kuantan tuh memakan masa 6 jam. Bosan giler !! Nasib la ada handphone aku yang ehem ehem canggih tuh ... hikhikhik .... dapat la dengar MP3. Naik kebas bontot aku duduk dalam bus. Aku agak lucky sebab budak yang dok sebelah aku tu turun kat Segamat, so the next 3 hrs tu, dapat lah aku dok sensorang. Aku pulak tak dapat nak tido sebab panas. Air-cond bus tuh agak s*** dan tak berapa ikhlas nak berfungsi. Pemandangan kat luar memang hutan jelah. Tadi macam best gak, mencuci mata melihat kehijaun bumi ciptaan ALLAH.



~ aku memang suka letak kaki macam ni kalau naik bus ~


~ ni kaki orang lain ... aku ingat aku sorang jek suka buat macam tuh ... ;p ~


~ pemandangan yang mendamaikan mata, menyejukkan kepala ~


~ aku sedang melayan perasaan ... hikhik ~


~ ada road block ... ~


~ driver bus (dlm bulatan merah) yang sesuka ati dia berenti di tepi jalan untuk membeli-belah ~



************************************************************************************

Aku sampai petang tu dalam pukul 5. Balik umah sewa En. Rizal hilangkan penat, pastu ikut dia pegi site siapkan kerja dan amik budak2 dia yang lain. Sampai ngantuk2 aku dibuatnya tunggu dia siapkan keja. Sambil tuh, sempat la aku bergambar2 kenangan .... ehem ehem poyo giler !!



~ En. Rizal berposing ... nape mcm kura2 ??? ~


~ aku paksa En. Rizal amik gambar aku kat menatang nih ... penggolek kot nama dia ... ~


~ dapat gak aku panjat penggolek ni, itupun setelah merengek2 ~


~ nak jugak amik gambar kat depan nih ... ;p ~



************************************************************************************

Besoknya, sebelum bertolak balik ke JB ... aku dan En. Rizal memuaskan nafsu kami dengan mandi-manda di Pantai yang tak bernama nih. Seronok giler sebab seluas2 laut tu, kiteorang berdua jek yang mandi seawal pagi. Kul 8 kot masa tuh. Lepas gak gian aku nak mandi laut Kuantan ...











Rabu, April 15, 2009

Makin Pemalas

Tajuk entry di atas adalah ditujukan untuk diri sendiri !!

Kenapa aku jadi begitu ... ???

Sebab :-

1) Sejak bapak aku tinggal bersama aku, dia yang masak. Pagi2 dah masak makan tengahari .. . so korang bayangkanlah kul bpe dia masak untuk breakfast ... huahuahua ...

2) Tak perlu bangun awal, sebab En. Rizal takde ... so boleh tido sampai sakit kepala.

3) Memang aku saja memalaskan diri ... dengan harapan ... takde harapan !!


TOLONG !! TOLONG JANGAN CONTOHI AKU !! TAK BAIK MALAS-MALAS !!





~ inilah bapaku sayang yang sangat rajin ... sila abaikan perempuan sebelah dia tuh ... perempuan itu sangat ehem ehem pemalas *wink*wink* ~

Online Banking

En. Rizal tak suka online banking or anything yang melibatkan money transaction dalam internet i.e bayar bil api/air, bayar bil telefon, bayar cukai tanah, bayar duit rumah dan segala-galanya lah. Kuno betul En. Rizal aku ni kan ... dia sanggup beratur kat bank, masuk duit dalam deposit machine. Menurut kata beliau, beliau prefer ada resit sebab senang nak gaduh dengan orang2 yang terbabit kalau ada apa-apa yang berlaku contohnya orang bank cakap duit rumah tak bayar lagi ker ... (fakta : En. Rizal sangat garang dan suka gaduh dengan pihak bank, tak percaya sila tanya PA tak bergaji aku).

Tapi, dalam pada tuh, ada 1 jek online transaction yang dia suka iaitu beli tiket bus Maraliner. Aku pun suka sebab boleh pilih tempat duduk. Aku dan En. Rizal kan selalu travel ... (fakta : kalau setakat pegi KL, takyah cerita lebih2 .... travel kunun ... ;p).

Tak tau bile En. Rizal akan suka sepenuhnya online banking. Puas dah memujuk beliau untuk menggunakan cara mudah. PA tak bergaji, bakal-puan-CT pun dah bagitau En. Rizal supaya dia menggunakan online banking tapi tiada respons ... (fakta : bakal-puan-CT kerja kat EON Bank Bukit Indah ... promote ko lagik !!).


P/S : Kalau ada benda yang boleh mudahkan kita apa salahnya kita gunakan ... tapi orang macam En. Rizal aku ni wujud di mana2 ... Tak tahu la kenapa ?!!

Isnin, April 13, 2009

Airmata Gugur Lagi



Huhu ... macam yekyek jek aku punya tajuk entry nih. Jangan bimbang, aku menangis bukan sebab aku sakit ker, terluka ke ape ... it's just that aku baru menonton filem Hindustan yang paling aku minat giler. Dah berpuluh kali aku rasa aku tengok cerita ni still airmata aku macam air hujan. Belum mula lagi dah bergenang airmata sebab dah boleh bayangkan setiap adegan dalam filem tuh!! Filem yang membuatkan aku menangis berkali2 ini adalah .......




Meleleh2 airmata aku ... belum sempat kering, meleleh lagik ... Aku dah boleh hafal dah ape yang terjadi dalam scene seterusnya. Haha .. aku ni memang soft-hearted, memang mudah menangis lebih2 lagik benda2 yang melibatkan family nih.

Aku akan terus menonton cerita ni selagi boleh .... coz aku tak pernah jemu. Adik aku pon layan gak, teman aku menangis sampai bengkak2 mata !!

Ahad, April 12, 2009

New Addiction - Harper's Island




This show gonna be hit, definitely !!

Cukuplah Sudah ...

Semasa entry ini sedang ditulis, aku sedang menonton Anugerah Bintang Popular yang sungguh membosankan sebab pengacaranya yang sungguh tidak lawak, penyampai yang berbual ntah ape2, sekadar nak menambah perasa kelat kepada rancangan yang merapu.

Dulu aku suka giler tengok rancangan ni, tiap2 tahun mesti terpacak depan tv, tapi makin lama makin membosankan. Tak sama macam dulu. Tak tahulah pasal ape.

Dah bosan apelagik, aku pun tukar siaran tv ke Channel 5 (S'pore) untuk menonton drama bersiri terbaru yang terhangat di pasaran iaitu Harper's Island.

Memang malas nak layan Anugerah Bintang Popular yang dah tak popular di hati aku !!

Jalan-Jalan Di Air Hitam

Semalam, aku dan PA2 tak bergaji aku ... bakal-puan-CT and Haza telah mempergikan diri kami ke Air Hitam, Johor. Tujuan utama adalah menemani bakal-puan-CT bershopping barang kawin dia. So, this time aku and Haza la jadi PA2 tak bergaji bakal-puan-CT. Kiteorg gerak ke sana lebih kurang kul 12.30 tgh selepas memenuhkan perut kat Mc'D. Dengan menaiki Gen-2 baru milik adik bakal-puan-CT yang ditukarpakai dengan kereta Kelisanya. Perjalanan selama 1 jam terasa macam 1 minit bukan disebabkan bakal-puan-CT terror drive tetapi adalah kerana kami seperti Upin-Ipin yang tak habis cerita sedangkan cerita itu cerita dongeng atau rewind ... Kiteorang memang macam tuh. Suka rewind cerita lama walaupun cerita tu dah basi tahap cipan. dan menjadi ulat sampah. Gelak punya2 gelak, tau2 dah sampai.

So, kiteorg terus jelah menuju ke puncak .. opss menuju ke destinasi. Kiteorg park kat satu area yang byk shop barangan kawin. Sila ke Air Hitam sebab memang banyak choice dan harga pon not bad dari beli kat kedai Jalan Perwira ... hahahha !!

Jalan punya jalan, pilih punya pilih ... akhirnya berjaya juga kami melengkapkan senarai belian barang walaupun kami tak keluarkan duit untuk membeli barang tersebut sebab apehal plak 'kami' nak kuar duit, bakal-puan-CT la kuar duit, kami PA2 dia kuar air liur dan air peluh yang meleleh kat celah 'bedah' jek ... fuhhh penat giler sampai nak pegang air tebu mahal dalam cawan yang berharga RM1.50 pun tak larat. Cawan tu jatuh dan air dia tumpah kat kaki aku, belengas tol la ... dan adik yang jual air tebu mahal tu pon terpaksa bagi lagik 1 air tebu mahal yang lain. Tula ... sape soh jual air tebu mahal perisa air masak tu mahal2 ... ;p

Jom tengok aksi2 panas kami kat sana ... panas sebab kedai2 cina kat situ xde aircon. Pasang kipas pun macam tak ikhlas ... harap maklum !!


~ aku dah get ready untuk menjadi co pilot ~


~ sory la yer CT, muka ko separuh ... ni odw amik haza yang memonteng kelas ~


~ sedang menunggu turn untuk membayar tol ... dah sampai !! ~


~ kami bergambar secara poyo giler sementara tunggu turn ~

~ bakal-puan-CT sedang memilih ... macam susah sgt nak pilih, last2 x beli pon kat kedai ni ... hampeh !! ~


~ cara menghilangkan kebosanan sebab bakal-puan-CT melayan toke cina yang gambarnya akan ditunjukkan di bawah ... ;p ~


~ bile lak la turn budak baju merah tu .. turn toke cina sebelah dia tu dah lama berakhir kerana toke cina tu dah kawin dan ada anak ... ~


~ lagik sekali cara menghilangkan kebosanan sebab orang kedai ni carik barang lama sangat ~


~ pose maut dari bakal-puan-CT ~

Memang penat tapi seronok la ... dapat hang out dengan kengkawan ... sebab lepas ni macam susah la sikit, masing2 dah nak ada tangga kat umah !! Apepon, untuk bakal-puan-CT ... aku sebagai PA tak bergaji (tapi makan disupport sepenuhnya ... ;p) harap wedding ko akan berjalan lancar ... of coz akan lancar kerana ko telah melantik aku sebagai wedding planner sambil dibantu oleh HAZA ... kan ko kata aku the best wedding planner ever !! Nanti aku buat entry lagik pasal perjalanan majlis ko a.k.a free publicity la kan ... dahtu x reti2 nak hulur2 kat aku !!


*************************************************************************************

Hehehe ... aktiviti hari itu tidak tamat di situ kerana selepas itu, kami dengan jayanya telah ke Jusco Tebrau menonton wayang ... Film yang kami tengok adalah ...............






Fakta semasa menonton cerita ini :-

1) Aku terpaksa menahan kencing selama 1 1/2 jam, sebab sebelum masuk tu lupa nak kencing lagik.

2) Bakal-puan-CT main tipu, sebab dia cakap dia nak tengok cerita tanpa menutup mata tapi like always dia tutup jugak mata.

3) Macam tengok cerita kelakar, kerana semua orang gelak2 termasuk kami.

4) Baru aku tau muka Julia tu taklah licin macam kulit telur ... aku tertipu selama ini.

5) Aku bernekad nak bgtau kengkawan 'JANGAN TEGUR' maksu sebab dia jahat ... dia punca cerita ni wujud ... ish ish ish ...

6) Walaupun di dalam kontrak, bakal-puan-CT hanya support makan, tapi aku dan HAZA dengan terrornya telah berjaya membuatkan dia membelanja kami tengok cerita ini ... terima kasih !!


Pada aku, seperti cerita2 hantu yang lain ... aku tak takut bile menontonnya apatah lagik untuk terbawa2 ke dalam tidur. Bukan nak riak, tapi memang setakat ni belum ada cerita hantu yang menghantui aku sampai kat umah ... Tak percaya sila hubungi PA2 tak bergaji aku.

Lepas habis tengok wayang, kami singgah jap kat Tepian Tebrau untuk mengisi perut yang sebenarnya tak berapa lapar tapi disebabkan disponsor ... aku dan HAZA terus macam lapar !! Cam biasa la, bile lepak sini ... mesti pekena ikan bakar ... SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH !!




Dah kenyang, apalagi balik terus membuta la ... To bakal-puan-CT ... thanks a load sebab membelanja kami ... len kali SILA BELANJA LAGIK !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin