Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, April 09, 2009

Aku Bahagia dan Gumbira, Okay !!

Sila terpengaruh dengan tajuk di atas. Sebenarnya saja nak buat gempak. Tapi gempak ker ??? Hahhaha ... Tapi apa yang di tulis di atas itu sangat2 benar. Aku bahagia dan gumbira. Walaupun ada kekurangan tapi itu bukan masalah besar. Lagi sekali aku ingin highlight kan ... AKU BAHAGIA DAN GUMBIRA, OKAY !!

Dulu, masa aku sibuk2 nak kawin, ada seorang bekas kawan nih (skrg dah tak kawan sebab aku tak hingin berkawan dengan orang bermulut busuk dan berbau longkang seperti dia) pernah bgtau yang aku takkan bahagia kalau aku kawin. Di bawah adalah alasan2 yang dia bagi untuk mengukuhkan ayat penyata dia tu :-

1) AKU BUKAN PEREMPUAN BAIK - Memang aku bukan perempuan baik, itu aku akui. Aku pernah buat salah tapi takde lah sampai tahap main gila dengan suami kawan baik sendiri !! Harap maklum.

2) AKU MANUSIA JAHIL - Sekurang2nya aku cuba untuk memperbaiki diri aku. Apa aku kisah ko nak cakap apa.

3) AKU TAK LAYAK DAPAT LELAKI BAIK - Cakap jela ko jeles kan ... konon2 muka ko yang lawa ala2 artis tu layak la dapat ... Sampai sekarang pun ko still single !! Mampus ARR ...

Banyak lagik la kata2 hina yang dia bagi. Malas nak tulis kat sini kerana semuanya amatlah kurang ajar dan memang tiada didikan agama langsung !! Bila aku jemput datang majlis kawin aku, dia boleh siap cakap buat nak datang sebab tak lama lagik aku mesti jadi janda. Tak ker kurang ajar + biadap + setan + mulut busuk + mulut takde insurans + yang sewaktu dengannya.

Bukannya nak mendokan yang baik2 untuk aku. Dia memang kawan tak guna. Aku memang menyesal kenal dia. Tapi aku tak salahkan sesiapa kerana aku pernah hanyut dan lupa diri suatu masa dulu. Cuma masa tu darah muda. Mahu kebebasan. Aku bersyukur sangat masih diberi peluang oleh ALLAH untuk berubah.

Aku doakan semoga dia akan berubah suatu hari nanti. Semoga dia bertemu dengan orang yang boleh membawa dia ke jalan yang benar. Sepertimana aku mensyukuri bertemu dengan suami, seperti itu juga aku harap ALLAH memberikan hidayah untuk dia.


*************************************************************************************

Cerita ini tak habis disini. Lepas kawin cerita lain plak timbul. Tapi ini tiada kena-mengena dengan dia di atas sebab dia dah lama padam dari sejarah hidup aku.

Aku rasa, sapa yang mengikuti blog aku ni tau yang aku selalu berjauhan dengan suami kerana suami aku selalu bertugas luar daerah. Bila orang selalu nampak aku solo ke sana ke sini, timbul cerita yang aku dah bercerai dengan suami. Berisghtifar aku berkali2. Diaorang ni memandai2 membuat cerita yang suam2 kuku jadi panas menggelegak. Dah lah jarang jumpa aku, doakanlah aku yang baik2, ni tak ... kuar cerita pasal cerai lak !! AKU BUKAN ARTIS. Sila maklum.


SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA INI :-

1) AKU MASIH LAGI ISTERI YANG SAH KEPADA EN RIZAL

2) AKU SELALU BERSEORANGAN KERANA EN RIZAL SELALU OUT-STATION

3) AKU BAHAGIA DAN GUMBIRA, OKAY !!


Tolong tanya dengan PA tak bergaji aku (ehem ... ehem ... harap2 mereka paham !!) sekiranya ingin mengetahui perkembangan terbaru aku. Jangan percaya dengan gosip2 liar. Jangan baca akhbar tabloid. JANGAN !!


P/S : Sila doakan yang baik untuk saya. Sila doakan saya dapat zuriat secepat mungkin. Sekian, terima kasih dan wasalam ...

4 ulasan:

Chooyaya! berkata...

mulut orang takkan berhenti berbunyi... biar la apa orang nak cakap, asalkan kiter tau apa yang kiter buat dan belajar menerima kesalahan diri dan kalau terasa salah, berubah cepat2... :)

nasihat untuk diri sendirik jugak!

nedza berkata...

alamak... mak uda kite nie tengah naik angin.... takutnye!!!

p/s : sapa lah yang gatal n mulut laser tu pn faizah oiii???

yatiyahya berkata...

seram kiter baca blog awk ni faizah...huhuhuhu..sgt busuk ati manusia itu...

Mz_Rizaliza berkata...

chooyaya : betul la tuh .. mari kita saling menasihati ... ;)

sharun : adalah orang ni ... dh jadi sejarah dh pon !! biar la dia ...

yatie : seram kan ... kekadang susah nak menilai orang ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin