Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, April 01, 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu

Bila baca blog orang lain, memang seronok especially pengalaman mereka sebagai ibu. Walaupun aku belum berpeluang menjadi seorang ibu, tapi aku boleh merasakan nikmatnya memegang title itu. Dalam pada itu jugak, aku sedih dan kadangkala menangis. Bukan ingin menyalahkan takdir jauh sekali berputus asa, cuma sesekali hati kecil aku tersentuh. Membaca, mendengar dan melihat keseronokan orang lain mengulit anak membuatkan diri terasa kerdil. Setiap kali itu berlaku, cepat2 aku beristighfar dan berdoa dalam hati semoga suatu hari nanti ALLAH akan memperkenankan doa kami untuk memiliki cahayamata sendiri.

Banyak kali aku suarakan mengenai hal itu pada suami. Dan dengan sabar, jawapan yang dia beri sememangnya sama pada setiap kali aku memulakan bicara. Belum rezeki kami katanya ... Kalau kami berjalan di mana2 dan aku ternampak baby, dia mesti perasan dan cepat2 memujuk aku dengan ayat yang sama. Tak pernah walau sekalipun dia menyalahkan aku tentang perkara tersebut. Pernah jugak aku menduga dia, kalau ditakdirkan kami tak diizinkan-NYA mempunyai zuriat sendiri, akankah dia mencari yang lain, dengan pantas dia marah kerana padanya aku suka bercakap yang bukan2.

Bukan kami tak berusaha. Mungkin waktu dan keadaan tak mengiizinkan. Ditambah dengan dia yang selalu outsation berhari2 lamanya. Nak jumpa seminggu sekali pun payah. Kami telah berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani pelbagai ujian yang kadangkala memenatkan dan menguji kesabaran kerana terpaksa kerap ke hospital. Keputusannya, kami sama2 normal. Kami juga pernah menjalani kaedah rawatan IUI, tapi masih tidak mendatangkan hasil. Dalam hati teringin juga menjalani kaedah IVF, tetapi seperti yang semua tahu kosnya terlalu tinggi. Kami belum mampu untuk menjalani rawatan tersebut. Apa yang kami lakukan sekarang adalah berdoa. Selain itu, sekiranya ada ubat2 yang disyorkan oleh kenalan juga kami cuba. Terima kasih pada semua yang tak pernah sunyi dari mengambil berat tentang kami.

InsyaALLAH, jika diizinkan-NYA suatu hari nanti, aku juga akan menjalani peluang menjadi seorang ibu. Aku cuba mempersiapkan diri dengan membaca pengalaman orang lain. Bilakah waktunya itu akan tiba, hanya TUHAN yang tahu. Tapi aku yakin hari itu akan tiba jua. InsyaALLAH ... AMIN !!

6 ulasan:

mumy berkata...

insya allah...1 day pasti berpeluang merasai nikmat menjadi seorang ibu..ade hikmah disebalik apa yang telah Allah tentukan untuk kite..sabar eh & terus berdoa...

Mz_Rizaliza berkata...

thanks 4 ur concern ... insyaALLAH kite akan terus berusaha dan berdoa !!

nedza berkata...

faezah...
teruskan usaha & berdoa byk2...
lagipun your asben dok jauh n jrg2 jumpa...mgkin slh 1 sbbnye....
jgn sedey ekkk!!!

yatiyahya berkata...

doa jgn jemu..berusaha jugak...ada jalan nya cuma tak nampak lagi....rajin2 cari info ye...

naurah makwa berkata...

sabar ek..InsyaAllah Allah akan turunkan rezeki tu..banyakkan bersabar..anyway,,thanks sudi singgah blog kita..kita kawan ok..

erynz berkata...

Y tak nak ambil anak angkat dulu ? or try to baby sit anak saper2 dulu...ramai org berjaya dpt anka cara tu ... saper tau ...
insyaalah ada....
g la jumpa pakar2 k...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin