Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, April 12, 2009

Jalan-Jalan Di Air Hitam

Semalam, aku dan PA2 tak bergaji aku ... bakal-puan-CT and Haza telah mempergikan diri kami ke Air Hitam, Johor. Tujuan utama adalah menemani bakal-puan-CT bershopping barang kawin dia. So, this time aku and Haza la jadi PA2 tak bergaji bakal-puan-CT. Kiteorg gerak ke sana lebih kurang kul 12.30 tgh selepas memenuhkan perut kat Mc'D. Dengan menaiki Gen-2 baru milik adik bakal-puan-CT yang ditukarpakai dengan kereta Kelisanya. Perjalanan selama 1 jam terasa macam 1 minit bukan disebabkan bakal-puan-CT terror drive tetapi adalah kerana kami seperti Upin-Ipin yang tak habis cerita sedangkan cerita itu cerita dongeng atau rewind ... Kiteorang memang macam tuh. Suka rewind cerita lama walaupun cerita tu dah basi tahap cipan. dan menjadi ulat sampah. Gelak punya2 gelak, tau2 dah sampai.

So, kiteorg terus jelah menuju ke puncak .. opss menuju ke destinasi. Kiteorg park kat satu area yang byk shop barangan kawin. Sila ke Air Hitam sebab memang banyak choice dan harga pon not bad dari beli kat kedai Jalan Perwira ... hahahha !!

Jalan punya jalan, pilih punya pilih ... akhirnya berjaya juga kami melengkapkan senarai belian barang walaupun kami tak keluarkan duit untuk membeli barang tersebut sebab apehal plak 'kami' nak kuar duit, bakal-puan-CT la kuar duit, kami PA2 dia kuar air liur dan air peluh yang meleleh kat celah 'bedah' jek ... fuhhh penat giler sampai nak pegang air tebu mahal dalam cawan yang berharga RM1.50 pun tak larat. Cawan tu jatuh dan air dia tumpah kat kaki aku, belengas tol la ... dan adik yang jual air tebu mahal tu pon terpaksa bagi lagik 1 air tebu mahal yang lain. Tula ... sape soh jual air tebu mahal perisa air masak tu mahal2 ... ;p

Jom tengok aksi2 panas kami kat sana ... panas sebab kedai2 cina kat situ xde aircon. Pasang kipas pun macam tak ikhlas ... harap maklum !!


~ aku dah get ready untuk menjadi co pilot ~


~ sory la yer CT, muka ko separuh ... ni odw amik haza yang memonteng kelas ~


~ sedang menunggu turn untuk membayar tol ... dah sampai !! ~


~ kami bergambar secara poyo giler sementara tunggu turn ~

~ bakal-puan-CT sedang memilih ... macam susah sgt nak pilih, last2 x beli pon kat kedai ni ... hampeh !! ~


~ cara menghilangkan kebosanan sebab bakal-puan-CT melayan toke cina yang gambarnya akan ditunjukkan di bawah ... ;p ~


~ bile lak la turn budak baju merah tu .. turn toke cina sebelah dia tu dah lama berakhir kerana toke cina tu dah kawin dan ada anak ... ~


~ lagik sekali cara menghilangkan kebosanan sebab orang kedai ni carik barang lama sangat ~


~ pose maut dari bakal-puan-CT ~

Memang penat tapi seronok la ... dapat hang out dengan kengkawan ... sebab lepas ni macam susah la sikit, masing2 dah nak ada tangga kat umah !! Apepon, untuk bakal-puan-CT ... aku sebagai PA tak bergaji (tapi makan disupport sepenuhnya ... ;p) harap wedding ko akan berjalan lancar ... of coz akan lancar kerana ko telah melantik aku sebagai wedding planner sambil dibantu oleh HAZA ... kan ko kata aku the best wedding planner ever !! Nanti aku buat entry lagik pasal perjalanan majlis ko a.k.a free publicity la kan ... dahtu x reti2 nak hulur2 kat aku !!


*************************************************************************************

Hehehe ... aktiviti hari itu tidak tamat di situ kerana selepas itu, kami dengan jayanya telah ke Jusco Tebrau menonton wayang ... Film yang kami tengok adalah ...............






Fakta semasa menonton cerita ini :-

1) Aku terpaksa menahan kencing selama 1 1/2 jam, sebab sebelum masuk tu lupa nak kencing lagik.

2) Bakal-puan-CT main tipu, sebab dia cakap dia nak tengok cerita tanpa menutup mata tapi like always dia tutup jugak mata.

3) Macam tengok cerita kelakar, kerana semua orang gelak2 termasuk kami.

4) Baru aku tau muka Julia tu taklah licin macam kulit telur ... aku tertipu selama ini.

5) Aku bernekad nak bgtau kengkawan 'JANGAN TEGUR' maksu sebab dia jahat ... dia punca cerita ni wujud ... ish ish ish ...

6) Walaupun di dalam kontrak, bakal-puan-CT hanya support makan, tapi aku dan HAZA dengan terrornya telah berjaya membuatkan dia membelanja kami tengok cerita ini ... terima kasih !!


Pada aku, seperti cerita2 hantu yang lain ... aku tak takut bile menontonnya apatah lagik untuk terbawa2 ke dalam tidur. Bukan nak riak, tapi memang setakat ni belum ada cerita hantu yang menghantui aku sampai kat umah ... Tak percaya sila hubungi PA2 tak bergaji aku.

Lepas habis tengok wayang, kami singgah jap kat Tepian Tebrau untuk mengisi perut yang sebenarnya tak berapa lapar tapi disebabkan disponsor ... aku dan HAZA terus macam lapar !! Cam biasa la, bile lepak sini ... mesti pekena ikan bakar ... SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH !!




Dah kenyang, apalagi balik terus membuta la ... To bakal-puan-CT ... thanks a load sebab membelanja kami ... len kali SILA BELANJA LAGIK !!

4 ulasan:

sitiZ berkata...

hahaha..thanks buddy..

Mz_Rizaliza berkata...

sitiZ : laju laks ko membaca entry ku ini ... sila bayar !!

sitiZ berkata...

hahaha suke aku la..

Mz_Rizaliza berkata...

sitiZ : sila update blog anda yer !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin