Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, April 20, 2009

KUANTAN = Perjalanan Yang Giler + Jauh + Sakit Bontot !!

Last Thursday, aku gerak lagi sekali ke Kuantan jumpa En. Rizal sebab nak mandi laut semata-mata. Seperti kali pertama, aku pegi sana menggunakan perkhidmatan bus Maraliner. But this time, aku amik perjalanan pagi. Ingatkan tak ramai orang, rupanya penuh bus tuh !! Adus ... terpaksa la kongsi seat ... sesuka jek aku nak duduk double-seat tuh sensorang. Bus ke Kuantan ni xde single-seat. So, korang paham jelah kan kalau double-seat memang agak sempit, especially untuk orang yang berbadan ehem ehem comel, macam aku nih ... *big smile*

Perjalanan ke Kuantan tuh memakan masa 6 jam. Bosan giler !! Nasib la ada handphone aku yang ehem ehem canggih tuh ... hikhikhik .... dapat la dengar MP3. Naik kebas bontot aku duduk dalam bus. Aku agak lucky sebab budak yang dok sebelah aku tu turun kat Segamat, so the next 3 hrs tu, dapat lah aku dok sensorang. Aku pulak tak dapat nak tido sebab panas. Air-cond bus tuh agak s*** dan tak berapa ikhlas nak berfungsi. Pemandangan kat luar memang hutan jelah. Tadi macam best gak, mencuci mata melihat kehijaun bumi ciptaan ALLAH.



~ aku memang suka letak kaki macam ni kalau naik bus ~


~ ni kaki orang lain ... aku ingat aku sorang jek suka buat macam tuh ... ;p ~


~ pemandangan yang mendamaikan mata, menyejukkan kepala ~


~ aku sedang melayan perasaan ... hikhik ~


~ ada road block ... ~


~ driver bus (dlm bulatan merah) yang sesuka ati dia berenti di tepi jalan untuk membeli-belah ~



************************************************************************************

Aku sampai petang tu dalam pukul 5. Balik umah sewa En. Rizal hilangkan penat, pastu ikut dia pegi site siapkan kerja dan amik budak2 dia yang lain. Sampai ngantuk2 aku dibuatnya tunggu dia siapkan keja. Sambil tuh, sempat la aku bergambar2 kenangan .... ehem ehem poyo giler !!



~ En. Rizal berposing ... nape mcm kura2 ??? ~


~ aku paksa En. Rizal amik gambar aku kat menatang nih ... penggolek kot nama dia ... ~


~ dapat gak aku panjat penggolek ni, itupun setelah merengek2 ~


~ nak jugak amik gambar kat depan nih ... ;p ~



************************************************************************************

Besoknya, sebelum bertolak balik ke JB ... aku dan En. Rizal memuaskan nafsu kami dengan mandi-manda di Pantai yang tak bernama nih. Seronok giler sebab seluas2 laut tu, kiteorang berdua jek yang mandi seawal pagi. Kul 8 kot masa tuh. Lepas gak gian aku nak mandi laut Kuantan ...











Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin