Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, April 03, 2009

Rindu Datang Lagi

Sejak akhir-akhir ini, kerinduan pada dia datang lagi. Kadangkala kerinduan itu terbawa2 ke dalam mimpi. Bahagiakah dia 'di sana' ?? Tiba2 menyelinap rasa berdosa kerana terlupa pada dirinya. 'Rumahnya' yang indah itu pun sudah lama aku tak kunjungi. Bukan sengaja tapi lumrah hidup manusia, apabila gembira memang mudah lupa pada orang yang tiada dihadapan mata. Teringin rasanya mendakap dirinya itu. Meluahkan segala rasa cinta pada dirinya. Meluahkan rasa duka yang telah lama bersarang dihati. Meruntun jiwa ini untuk berkongsi perca-perca kehidupan yang aku lalui tanpa dia. Aku pasti dia akan sudi mendengar walaupun dia tak mampu berbuat apa2. Melihat senyumannya sahaja bisa membuat aku bahagia. Ya ALLAH, rindu benar aku pada dirinya.



YA ALLAH YA TUHANKU ...

Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba-Mu yang soleh ...
Kau permudahkanlah perjalanan dia di sana ...
Kau cucurilah Rahmat-MU ke atas dia ...





BUAT MAK DAN IBU ...

Kakak sayang kamu berdua sampai bila2 ...
Kakak takkan lupakan kamu berdua selagi nyawa dikandung badan ...
Kakak akan sentiasa mendoakan kamu berdua ...


1 ulasan:

MissZahrah berkata...

ak suka statement mu...begitu mendalam.....shapakah??

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin