Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Mei 26, 2009

Aku dan Hari Ini

Dah lama aku tak update blog. Sebab MALAS. Lagipun takde IDEA. Baca blog orang jek. Minggu ni agak padat dengan pelbagai aktiviti. Yang paling important, wedding my-best-buddy-ever-in-the-whole-wide-world, bakal-puan-CT.

Selain itu, ada aktiviti family bersama my makcik and all the poyo-but-nice-and-lovely cousins iaitu karok. Bile dan di mane masih belum dapat ditentukan. Tapi memang tak sabar rasanya sebab dah giler lama tak menyumbangkan suara ini. Rerakan karok sume dah takde kerana membawa haluan masing-masing. Dammit !!

Sekarang, adik aku pulak yang sangat giler rajin mengupdate blog dia. Then, she dammit me for that. WTF kan ??? Alasan dia, sebab aku influenced dia blog-hopping. So, after blog-hopping, kekononnya dia banyak idea la nak update blog dia yang dlu mcm hidup-segan-mati-tak-mahu !!

Takpe. Takpe. Silakan terus mengupdate blog kamu yerr, cik ADAH !!

Hah !! Nak bagitau ni ... kan aritu aku risau pasal baju aku untuk wedding BFF aku tu x siap kan. Alhamdullilah, bajunya sudah siap dan berada dalam tangan. Tapi .... nangis jap !! Tapi, aku tak berkenan dengan dress dia. Nak tahu kenapa ?? Sebab ada kipas kat belakang kain. For sure, bakal-puan-CT akan gelakkan aku dari atas pelamin. Dammit !! Argh !! Tension selama beberapa hari yang lalu dan beberapa hari yang akan datang. Tapi, ape boleh buat ... aku pasrah jelah !!



~ inilah contoh kain yang berkipas kat belakang. aku memang tak berkenan dgn kain macam ni sedari dulu ... sejak azali !

Rabu, Mei 20, 2009

Rajin Kan Aku ??!

Tahap kerajinan aku tengahari tadi agak melampau. Sedar tak sedar, 3 hantaran bakal-Puan-CT aku siapkan. (Nota untuk bakal pengantin : rajin tak the best ever wedding planner ko nih ?? Siap MMS gambar lagik. Mana ko nak dapat servis macam ni kat tempat lain .. Sila tingkatkan upah saya ;p)

Mula2 ingat nak mandi, jap lagik terbaring plak atas katil yang empuk tuh. Sedang berbaring-baring, tiba2 teringat pulak hantaran BFF aku yang sorang tuh tak siap lagik. Dahla majlis dia lagi 11 hari (Nota untuk bakal pengantin : sila nervous dari sekarang ... dengan ucapan bawah katil available lagik tak ???? hahahhaha. Sila faham!! )

Terus bangun, keluarkan segala gadget dan memulakan projek. Cabut sana, pasang sini, gam sana, gam sini (sampai melecur kena gam panas ... dammit). Secara tiba-tiba siap 3 barang hantaran. Yippee !! Sila tepuk tangan untuk saya. Sila ! Sila !

Teruja aku menyiapkan amanah orang. Bila hasil agak memuaskan, aku pon stop dan sambung lain kali sebab feel dah hilang (poyo!!).

Sekarang ni, dalam otak aku tengah risau pasal baju aku untuk pegi majlis (Nota untuk bakal pengantin : sepatutnya ko sponsor tau !!) Takut pulak kalau tak siap bajunya. Sabar ! Sabar ! Tailor cakap baju itu akan dikurierkan ke rumah before 28hb. Kenapa kurier ??? Sebab aku hantar kat anak sedara aku yang ada kedai kat Medan Mara, KL.

Tetiba aku pulak yang tension.

P/S untuk bakal-Puan-CT : tentang pertanyaan ko arituh, still takde tindakan la, beb. Nantila. Aku malas nak fikir.

Selasa, Mei 19, 2009

Habis Semua Aku Jual

Aku buat jualan barang terpakai aku kat SINI. Ada yang dah dijual dan ada yang dah dibook. Banyak jugak baju-baju dan handbag yang aku dah kumpul selama ni rupanya. Semua barang yang aku jual tu memang dah tak digunakan lagik because of dah outdated (hahaha kekadang tu baru 3-4 bulan beli aku rasa dah outdated). Dari menyemak dalam wardrobe aku (sebab aku memang suka beli baju, beg, kasut dll yg dipakai hanya 2-3 kali sepanjang umur), baik aku jual even some of them aku jual dengan harga yang sangat murah compare dengan harga sebenar. Jual kat internet ni kira bagus gakla sebab nak cari direct buyer bukan senang. So, kalau korang ada barang terpakai nak dijual, boleh klik link kat atas tuh !!

Ahad, Mei 17, 2009

To All Mommy-Bloggers ... Actually Anyone !!



Mesti mommy and mommy to-be kat luar sana berminat dengan INI. Cool !!

Aku yang belum mommy lagik ni pon teruja.

InsyaALLAH, one day ... aku akan shopping kat situ !!

Ape-Ape Ntah ???!!

Tak tahu la nak bagi tajuk entry kali nih. Pening. Malas.

Tapi kalau dapat pegi jalan tak MALAS. Ditambah lagi segala perbelanjaan diTANGGUNG. Dapat makan kat TGI'S FRIDAY dan SUSHI KING. Seronok **sambil tersenyum kambing**.

Aku nih tak sedar diri agaknya. Kerja masih berlambak. Boleh pulak bersenang hati dengan berperasaan yang segalanya akan berjalan lancar. Ya !! Aku sangat yakin yang segalanya akan siap bila tiba masanya. Ada seminggu lagi. InsyaALLAH ... aku akan siapkan segala amanah orang. Sila yakin dengan diri sendiri, ok !! **sengih kerang**

Aku tengah runsing sebenarnya. Perasaan berkecamuk. Otak macam tak centre. Kenapa entah ?! Virus kot. Tapi bila fikir balik, apa yang buat aku runsing sebenarnya ?? Hish, entahlah. Tak tau la nak diterangkan apa yang mengganggu fikiran aku kebelakangan ini. Yang pasti, tidur malam aku tak lena.

Apa yang pasti, aku runsing tentang satu hal. Tapi takut nak ambil tindakan. Takut makan hati. Aduh !! Tak sanggup la nak kecewa. **tiba-tiba airmata bergenang**

Dengan sape aku nak berkongsi rasa. Ramai. Tapi aku sengaja pendam.

Biarlah. Biar masa menentukan segalanya. Takdir ALLAH itu INDAH.

Jumaat, Mei 15, 2009

Aku Sedang Sakit

Jangan risau !! Bukan sakit ape ... tapi sakit MALAS. Sejak 2-3 hari ni, aku terkena penyakit nih. Serba serbi tak kena. Nak buat apa pon takde feel. Nak basuh baju, MALAS. Nak lipat baju, MALAS. Nak update blog, MALAS. Nak kemas rumah, MALAS. Nak siapkan hantaran bakal-puan-CT, MALAS. (Nota kepada bakal pengantin, jangan worry, everything will be settle by end of next week *aku confident jek*)

Arghhh !!! MALAS LAH segala-galanya. Aku pon tak tahu kenapa. Cuaca kot (hahahha ... x boleh blah salahkan cuaca!!). Aku nak mintak tolong pada sesiapa yang ada ubat untuk kesakitan aku nih, sila poskan ubat itu ke rumah aku, alamat cari sendirik.


Esok Hari Guru.

Itu jelah nak bagitau.

Sweet, right ?!

Hahahahhaa *gelak sambil guling-guling depan notebook*

Dah Dah Dah. Nak sambung main dengan kucing !!

Rabu, Mei 13, 2009

Ouhhh ... Tiba-tiba Aku Giler Rindu Sama Kuala Lumpur ... ;p

Kenapa ??

Sebab :

1) Mahu tengok early bird show kat TGV KLCC

2) Mahu menjulingkan bijik mata tengok buku kat Kinokuniya

3) Mahu naik bus Rapid-KL yang sangat murah itu ... murah lagikah ia ???

4) Mahu menyakitkan kaki berpusing-pusing keliling KLCC dan Pavilion

5) Mahu cuci mata di Isetan

6) Mahu beli JCO Donut di Pavilion ( giler mengada ... padahal kat JB ada jek ... )

7) Mahu makan aiskrim Lecka Lecka

8) Mahu pergi IKEA

9) Mahu makan karipap IKEA ( hahahaha ... )

10 ) Mahu naik LRT dan Komuter


Argh !!! Giler rindu pada aktiviti itu semua !! Bilakah tercapai impian ... ( Giler poyo punya statement )

Sabtu, Mei 09, 2009

One Moment In Time - Whitney Houston


Each day I live
I want to be a day to give the best of me
I'm only one, but not alone
My finest day is yet unknown
I broke my heart for every gain
To taste the sweet, I faced the pain
I rise and fall,
Yet through it all this much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity

I've lived to be the very best
I want it all, no time for less
I've laid the plans
Now lay the chance here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be, I will be, I will be free

I will be, I will be free

Khamis, Mei 07, 2009

Tahniah Kepada Orang Yang Ke-10 ... Anda Masuk Carta !!

Pernah tak terjadi pada korang satu situasi di mana korang bercakap/bercerita tentang sesuatu perkara yang sebenarnya tersangatlah sejuk macam air dalam freezer, tapi bile cerita tu sampai kepada orang ke-10, cerita tu jadi panas macam air menggelegak dalam cerek yang bontot dia hitam sebab lama tak disental.

Pernah ??? Pernah ??? Pernah ??? Kalau pernah, mari kita bertepuk tangan dan menari poco-poco untuk orang yang ke-10 itu. Rasa macam nak buatkan majlis besar-besaran untuk orang itu sebab berjaya masuk carta (maksud aku berjaya masuk dalam blog aku).

Satu saja pesanan aku untuk orang ke-10 tu, ini blog aku. Aku menulis ikut suka hati aku. Kalau tak tahu hujung pangkal cerita, PLEASE la ... jangan nak bercakap macam serba tahu. Sorry, kalau statement aku nih menyinggung mane2 pihak, aku just nak mempertahankan diri aku. Selagi aku tak tulis nama sape2 dalam blog ni, tolong jangan buat andaian cerita tu berkaitan dengan sesapa. Ianya boleh terjadi pada sesiapa sahaja. So, sebelum membuat sebarang jugdement ... dipersilakan bertanya aku apa sebenarnya yang berlaku !!

P/S to orang yang ke-10 ... ko dah lama tak join aku, so kalau nak tahu ape2 tanya je aku direct, email ada, YM ada, hp ada ... banyak cara !!





Kursus Roti dan Pastry ( Sungguh Seronok !!)

Selama 2 hari berturut - Selasa dan Rabu, aku pegi kursus membuat ROTI DAN PASTRY yang diadakan di Jabatan Pertanian Ayer Hitam, Johor (lagik!!). Memang excited giler la sebab aku memang dah lama nak join kursus macam ni tapi baru sekarang dapat. Ramai jugak yang datang kursus ni, ada 27 orang. Most of them datang dari kawasan berhampiran mcm Kluang, Batu Pahat dan ada jugak dari JB (aku!! aku!! aku!!), Kota Tinggi, Muar dan Segamat. Ada yang kakak, ada yang makcik, ada yang adik (damn !! aku ingat aku paling muda ... ;p). Ada antara diaorang ni memang dah ada bisnes sendiri such as buat kerepek, tapai, frozen food, cafe tapi aku rasa sume ZERO on buat roti dan pastry (aku agak jek, klu dah terror buat ape susah payah datang kan...).


First day tu, kelas start agak lewat which is aku paling tak suka sebab aku ni jenis punctual (huhu). Kelas bermula dengan teori, cikgu Rosli (our chef of the day) tunjuk la bahan2 buat roti dan jugak mesin2 yang digunakan (giler mahal mesin dia !! semua riban2). Lepas minum pagi, we all terus ke dapur untuk praktikal. Timbang bahan, adun dan uli. Seronok !! Seronok !! We all start buat soft bun dlu, after that bun pedas.
Note : Soft bun = bun manis yang ada inti mcm kacang merah, kaya, cheese.
Bun pedas = bun yang inti sardin, sosej, roti pizza.

Kalau nak ikutkan, memang senang jek buat roti ni. Gaul jek sume bahan. Tapi, bagi orang macam aku yang takde mesin2 canggih ni terpaksa la kurangkan adunan sebab confirm mixer aku tak larat nak uli sampai 3 kilo tepung. Kata cikgu Rosli, adunan yang dah siap akan jadi 2 kali ganda. Kalau dah 3 kilo, bile dikembang jadilah 6 kilo. Mau meletop mixer aku nanti !! Part yang paling susah adalah masa nak buat presentation roti tu. Cara melipat, memotong mesti betul baru la roti kita cantik dan menarik perhatian orang.

On day two plak, sebelah pagi we all have to make our own bun seperti ape yang dah diajar semalam. We all dibahagikan kepada 3 groups. Each groups kena buat soft bun and bun pedas jugak. Cikgu langsung tak tolong sebab dia busy prepare bahan untuk buat pastry. So, adalah 1-2 orang cuba berlagak nak jadi macam cikgu. Dia jek la yang betul. Jangan itu, jangan ini. Aku tak suka !! Tapi, lantakla. Malas aku nak layan orang macam ni. Lagipun diaorang lebih tua, kalau aku cakap lebih2 nanti, dikata aku kurang ajar pulak. Apepon, adunan sume cantik dan menjadi. Cuma yang tak syioknya, bile dah siap bakar sume roti bercampur. So, tak tahu group mane punya. Yang cantik dan gebu jek, adalah suara2 sumbang yang cakap itu roti group diaorang. Sambil bakar roti, cikgu ajar buat pastry. Agak rumit la sebab dia ada lipatan yang tersendiri. Kalau salah lipat mesti tak jadi.

We all manage to bake all the pastry sebelum lunch hour. Lepas roti dan pastry sejuk, we all bungkus sumenya dan bahagi sama rata which is tak rata sebenarnya. Aku banyak dapat soft bun. Dahtu kaya pulak tu semua. Benci !! Benci !! Aku cuma dapat satu roti hotdog dan roti pizza yang aku idamkan langsung tak dapat padahal aku rasa roti pizza tu cukup kalau dibahagi sorang satu. Sakit hati !! Sakit hati !! Takpe, nanti aku buat sendiri banyak2.

Lepas lunch, we all berkumpul kat dewan kuliah semula, cikgu bagi ucapan sikit pastu bersurai. Overall, aku sangat berpuashati la dengan kursus ni. Walaupun masa agak terhad tapi ilmu yang aku dapat tu tersangat la banyaknya. Tak sabar nak buat sendiri. Lepas ni, kalau ada rezeki aku nak apply kursus KEK dan BISKUT plak. Suka !! Suka !!

P/S to diri sendiri ... bila dah ada ilmu, gunakanlah sebaiknya. Jangan peram jek jadi pekasam. (Poyo ... sekadar membakar semangat sendiri !!)


Aktiviti Bersama Keluarga di Jabatan Pertanian Ayer Hitam (Giler Poyo !!)



Last Saturday, family aku + makcik aku punya family saja jalan2 cari penat kat Jabatan Pertanian Ayer Hitam, Johor. Actually, the purpose nak pegi sana adalah kerana nak amik borang kursus tapi kebetulan Jabatan ada buat HARI BERTEMU PELANGGAN, so kiteorang pon ronda-ronda kotaraya la keliling Jabatan. Macam2 booth ada and of course sume berkaitan dengan pertanian dan produk tani la kan. En. Rizal dan Ayahca (pakcik gua) telah mempergikan diri mereka ke satu booth ni, so diaorang dapat la benih2 sayur mcm bendi, timun, kangkung. Aduhai !! Kalau la rumah aku ni tanah luas memang aku tanam, tapi tanah yang available kat rumah aku ni hanyalah sekangkang kucing aku jek. Boleh la kot tanam sikit2. Kalau berangan (yang pasti akan terus jadi angan-angan) nak tanam semua nanti, jadi kebun sayur la pulak laman rumah aku. P/S to En. Rizal, silalah tanam pokok2 yang patut.

Bagi kami yang wanita2 ni ... aku + makcik + adik2 aku + kazen2 tak minat pon, sekadar berlegar-legar secara poyo di booth tanaman sebab nak sedapkan hati pegawai penerangan tu (sebenarnya kiteorang nak amik gambar jek kat booth tu, bukan nak dengar dia cakap ape pon).

Macam biasalah, bile dah penat berjalan ... mulalah setan haus dan lapar datang (padahal dah makan tengahari dah). Pusing2, kiteorang beli tapai, ubi kayu, dan cendawan goreng yang dijual oleh 2 orang budak lelaki yang budget mereka comel (tapi memang yang sorang tu agak comel la). Dah puas pusing dan menghabiskan saki-baki duit, kiteorang pon berangkat pulang. Sebelum tu singgah rumah atok sedara yang penuh dengan kucings yang sangat2 gemuk dan sedap dipeluk. On the way balik, aku membuta jek sebab penat tahap gaban. Sampai JB, maghrib dah masuk, makcik aku lepak rumah aku sekejap sambil makan lasagna dan tengok AIM.



Rabu, Mei 06, 2009

Aku Yang Busy ( Giller !! )





Tak sempat nak update blog kerana busy memplanning wedding bakal-puan-CT (konon!!)

Busy giler dengan kursus membuat roti dan pastry - sangat bangga kerana berjaya belajar buat roti dan pastry seperti di SEASON'S dan ROTI BOY (konon!!)

Menguruskan jadual kursus akan datang (konon!!)


HARAP MAKLUM !!!!!



Note : Tapi, aku memang tidak sabar nak pergi kursus kek dan biskut plak ... mintak2 la dapat walaupun terpaksa potong Q. Sori la pada yang dah berbulan2 apply !! Nanti aku update cerita and upload gambar masa kursus buat roti dan pastry !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin