Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 07, 2009

Aktiviti Bersama Keluarga di Jabatan Pertanian Ayer Hitam (Giler Poyo !!)



Last Saturday, family aku + makcik aku punya family saja jalan2 cari penat kat Jabatan Pertanian Ayer Hitam, Johor. Actually, the purpose nak pegi sana adalah kerana nak amik borang kursus tapi kebetulan Jabatan ada buat HARI BERTEMU PELANGGAN, so kiteorang pon ronda-ronda kotaraya la keliling Jabatan. Macam2 booth ada and of course sume berkaitan dengan pertanian dan produk tani la kan. En. Rizal dan Ayahca (pakcik gua) telah mempergikan diri mereka ke satu booth ni, so diaorang dapat la benih2 sayur mcm bendi, timun, kangkung. Aduhai !! Kalau la rumah aku ni tanah luas memang aku tanam, tapi tanah yang available kat rumah aku ni hanyalah sekangkang kucing aku jek. Boleh la kot tanam sikit2. Kalau berangan (yang pasti akan terus jadi angan-angan) nak tanam semua nanti, jadi kebun sayur la pulak laman rumah aku. P/S to En. Rizal, silalah tanam pokok2 yang patut.

Bagi kami yang wanita2 ni ... aku + makcik + adik2 aku + kazen2 tak minat pon, sekadar berlegar-legar secara poyo di booth tanaman sebab nak sedapkan hati pegawai penerangan tu (sebenarnya kiteorang nak amik gambar jek kat booth tu, bukan nak dengar dia cakap ape pon).

Macam biasalah, bile dah penat berjalan ... mulalah setan haus dan lapar datang (padahal dah makan tengahari dah). Pusing2, kiteorang beli tapai, ubi kayu, dan cendawan goreng yang dijual oleh 2 orang budak lelaki yang budget mereka comel (tapi memang yang sorang tu agak comel la). Dah puas pusing dan menghabiskan saki-baki duit, kiteorang pon berangkat pulang. Sebelum tu singgah rumah atok sedara yang penuh dengan kucings yang sangat2 gemuk dan sedap dipeluk. On the way balik, aku membuta jek sebab penat tahap gaban. Sampai JB, maghrib dah masuk, makcik aku lepak rumah aku sekejap sambil makan lasagna dan tengok AIM.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin