Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Mei 17, 2009

Ape-Ape Ntah ???!!

Tak tahu la nak bagi tajuk entry kali nih. Pening. Malas.

Tapi kalau dapat pegi jalan tak MALAS. Ditambah lagi segala perbelanjaan diTANGGUNG. Dapat makan kat TGI'S FRIDAY dan SUSHI KING. Seronok **sambil tersenyum kambing**.

Aku nih tak sedar diri agaknya. Kerja masih berlambak. Boleh pulak bersenang hati dengan berperasaan yang segalanya akan berjalan lancar. Ya !! Aku sangat yakin yang segalanya akan siap bila tiba masanya. Ada seminggu lagi. InsyaALLAH ... aku akan siapkan segala amanah orang. Sila yakin dengan diri sendiri, ok !! **sengih kerang**

Aku tengah runsing sebenarnya. Perasaan berkecamuk. Otak macam tak centre. Kenapa entah ?! Virus kot. Tapi bila fikir balik, apa yang buat aku runsing sebenarnya ?? Hish, entahlah. Tak tau la nak diterangkan apa yang mengganggu fikiran aku kebelakangan ini. Yang pasti, tidur malam aku tak lena.

Apa yang pasti, aku runsing tentang satu hal. Tapi takut nak ambil tindakan. Takut makan hati. Aduh !! Tak sanggup la nak kecewa. **tiba-tiba airmata bergenang**

Dengan sape aku nak berkongsi rasa. Ramai. Tapi aku sengaja pendam.

Biarlah. Biar masa menentukan segalanya. Takdir ALLAH itu INDAH.

1 ulasan:

sitiZ berkata...

weh..sudah test ka???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin