Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 07, 2009

Kursus Roti dan Pastry ( Sungguh Seronok !!)

Selama 2 hari berturut - Selasa dan Rabu, aku pegi kursus membuat ROTI DAN PASTRY yang diadakan di Jabatan Pertanian Ayer Hitam, Johor (lagik!!). Memang excited giler la sebab aku memang dah lama nak join kursus macam ni tapi baru sekarang dapat. Ramai jugak yang datang kursus ni, ada 27 orang. Most of them datang dari kawasan berhampiran mcm Kluang, Batu Pahat dan ada jugak dari JB (aku!! aku!! aku!!), Kota Tinggi, Muar dan Segamat. Ada yang kakak, ada yang makcik, ada yang adik (damn !! aku ingat aku paling muda ... ;p). Ada antara diaorang ni memang dah ada bisnes sendiri such as buat kerepek, tapai, frozen food, cafe tapi aku rasa sume ZERO on buat roti dan pastry (aku agak jek, klu dah terror buat ape susah payah datang kan...).


First day tu, kelas start agak lewat which is aku paling tak suka sebab aku ni jenis punctual (huhu). Kelas bermula dengan teori, cikgu Rosli (our chef of the day) tunjuk la bahan2 buat roti dan jugak mesin2 yang digunakan (giler mahal mesin dia !! semua riban2). Lepas minum pagi, we all terus ke dapur untuk praktikal. Timbang bahan, adun dan uli. Seronok !! Seronok !! We all start buat soft bun dlu, after that bun pedas.
Note : Soft bun = bun manis yang ada inti mcm kacang merah, kaya, cheese.
Bun pedas = bun yang inti sardin, sosej, roti pizza.

Kalau nak ikutkan, memang senang jek buat roti ni. Gaul jek sume bahan. Tapi, bagi orang macam aku yang takde mesin2 canggih ni terpaksa la kurangkan adunan sebab confirm mixer aku tak larat nak uli sampai 3 kilo tepung. Kata cikgu Rosli, adunan yang dah siap akan jadi 2 kali ganda. Kalau dah 3 kilo, bile dikembang jadilah 6 kilo. Mau meletop mixer aku nanti !! Part yang paling susah adalah masa nak buat presentation roti tu. Cara melipat, memotong mesti betul baru la roti kita cantik dan menarik perhatian orang.

On day two plak, sebelah pagi we all have to make our own bun seperti ape yang dah diajar semalam. We all dibahagikan kepada 3 groups. Each groups kena buat soft bun and bun pedas jugak. Cikgu langsung tak tolong sebab dia busy prepare bahan untuk buat pastry. So, adalah 1-2 orang cuba berlagak nak jadi macam cikgu. Dia jek la yang betul. Jangan itu, jangan ini. Aku tak suka !! Tapi, lantakla. Malas aku nak layan orang macam ni. Lagipun diaorang lebih tua, kalau aku cakap lebih2 nanti, dikata aku kurang ajar pulak. Apepon, adunan sume cantik dan menjadi. Cuma yang tak syioknya, bile dah siap bakar sume roti bercampur. So, tak tahu group mane punya. Yang cantik dan gebu jek, adalah suara2 sumbang yang cakap itu roti group diaorang. Sambil bakar roti, cikgu ajar buat pastry. Agak rumit la sebab dia ada lipatan yang tersendiri. Kalau salah lipat mesti tak jadi.

We all manage to bake all the pastry sebelum lunch hour. Lepas roti dan pastry sejuk, we all bungkus sumenya dan bahagi sama rata which is tak rata sebenarnya. Aku banyak dapat soft bun. Dahtu kaya pulak tu semua. Benci !! Benci !! Aku cuma dapat satu roti hotdog dan roti pizza yang aku idamkan langsung tak dapat padahal aku rasa roti pizza tu cukup kalau dibahagi sorang satu. Sakit hati !! Sakit hati !! Takpe, nanti aku buat sendiri banyak2.

Lepas lunch, we all berkumpul kat dewan kuliah semula, cikgu bagi ucapan sikit pastu bersurai. Overall, aku sangat berpuashati la dengan kursus ni. Walaupun masa agak terhad tapi ilmu yang aku dapat tu tersangat la banyaknya. Tak sabar nak buat sendiri. Lepas ni, kalau ada rezeki aku nak apply kursus KEK dan BISKUT plak. Suka !! Suka !!

P/S to diri sendiri ... bila dah ada ilmu, gunakanlah sebaiknya. Jangan peram jek jadi pekasam. (Poyo ... sekadar membakar semangat sendiri !!)


5 ulasan:

captain_zed berkata...

terliur plak..saba jer la...

Chooyaya! berkata...

seronoknya! kiter suka jugak main masak2 macam ni...

anyway, kiter rasa kan, awak kena light kan lagi tulisan nih and kalau boleh besarkan sikit... senang nak baca and nampak menarik...

:)

Mz_Rizaliza berkata...

zed : sila terliur sahaja ..


chooyaya : thank 4 the comment !!

taufiq_aysyah berkata...

bolh sy thu x cmne nk dftr kursus ni ek??

Ieja RizaLiza berkata...

taufiq_aysyah : saya dftr melalui pakcik yg kerja kat sana. cuba awak google jbtn pertanian air hitam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin