Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Mei 20, 2009

Rajin Kan Aku ??!

Tahap kerajinan aku tengahari tadi agak melampau. Sedar tak sedar, 3 hantaran bakal-Puan-CT aku siapkan. (Nota untuk bakal pengantin : rajin tak the best ever wedding planner ko nih ?? Siap MMS gambar lagik. Mana ko nak dapat servis macam ni kat tempat lain .. Sila tingkatkan upah saya ;p)

Mula2 ingat nak mandi, jap lagik terbaring plak atas katil yang empuk tuh. Sedang berbaring-baring, tiba2 teringat pulak hantaran BFF aku yang sorang tuh tak siap lagik. Dahla majlis dia lagi 11 hari (Nota untuk bakal pengantin : sila nervous dari sekarang ... dengan ucapan bawah katil available lagik tak ???? hahahhaha. Sila faham!! )

Terus bangun, keluarkan segala gadget dan memulakan projek. Cabut sana, pasang sini, gam sana, gam sini (sampai melecur kena gam panas ... dammit). Secara tiba-tiba siap 3 barang hantaran. Yippee !! Sila tepuk tangan untuk saya. Sila ! Sila !

Teruja aku menyiapkan amanah orang. Bila hasil agak memuaskan, aku pon stop dan sambung lain kali sebab feel dah hilang (poyo!!).

Sekarang ni, dalam otak aku tengah risau pasal baju aku untuk pegi majlis (Nota untuk bakal pengantin : sepatutnya ko sponsor tau !!) Takut pulak kalau tak siap bajunya. Sabar ! Sabar ! Tailor cakap baju itu akan dikurierkan ke rumah before 28hb. Kenapa kurier ??? Sebab aku hantar kat anak sedara aku yang ada kedai kat Medan Mara, KL.

Tetiba aku pulak yang tension.

P/S untuk bakal-Puan-CT : tentang pertanyaan ko arituh, still takde tindakan la, beb. Nantila. Aku malas nak fikir.

2 ulasan:

mumy berkata...

rajin..rajin..sgt rajin...

Mz_Rizaliza berkata...

ada time ... klu malas ... mmg sangat malas .. huhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin