Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Mei 07, 2009

Tahniah Kepada Orang Yang Ke-10 ... Anda Masuk Carta !!

Pernah tak terjadi pada korang satu situasi di mana korang bercakap/bercerita tentang sesuatu perkara yang sebenarnya tersangatlah sejuk macam air dalam freezer, tapi bile cerita tu sampai kepada orang ke-10, cerita tu jadi panas macam air menggelegak dalam cerek yang bontot dia hitam sebab lama tak disental.

Pernah ??? Pernah ??? Pernah ??? Kalau pernah, mari kita bertepuk tangan dan menari poco-poco untuk orang yang ke-10 itu. Rasa macam nak buatkan majlis besar-besaran untuk orang itu sebab berjaya masuk carta (maksud aku berjaya masuk dalam blog aku).

Satu saja pesanan aku untuk orang ke-10 tu, ini blog aku. Aku menulis ikut suka hati aku. Kalau tak tahu hujung pangkal cerita, PLEASE la ... jangan nak bercakap macam serba tahu. Sorry, kalau statement aku nih menyinggung mane2 pihak, aku just nak mempertahankan diri aku. Selagi aku tak tulis nama sape2 dalam blog ni, tolong jangan buat andaian cerita tu berkaitan dengan sesapa. Ianya boleh terjadi pada sesiapa sahaja. So, sebelum membuat sebarang jugdement ... dipersilakan bertanya aku apa sebenarnya yang berlaku !!

P/S to orang yang ke-10 ... ko dah lama tak join aku, so kalau nak tahu ape2 tanya je aku direct, email ada, YM ada, hp ada ... banyak cara !!





3 ulasan:

captain_zed berkata...

ah, si mulut berbau jamban..relax ah babe..kita jd artis nie biasa la..ada jer yg xsenang duduk.. huhu.. yg pasti kita "glam"=P

mumy berkata...

kite setuju dgn zed..pedulikan je..kite x rugi apa2 pn..

Mz_Rizaliza berkata...

zack n nenny : betul la ... memang tak layan tapi rasa sakit hati tu adalah !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin