Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Jun 30, 2009

Transformers, Angsana and Bowling

Akhirnya, Ahad lepas dapat gak melepaskan rindu dendam terhadap Bumble-Bee yang sangat comel itu ... After we send my sister dekat bustand coz she's going to KL untuk daftar Uni (sorry lun ... akak tak dapat hantar ), me n En. Rizal pon berdezupp ke Jusco AEON Tebrau dengan harapan kamilah orang yang pertama sampai kerana jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tetapi ...alangkah terperanjatnya kami apabila menyaksikan bahawa satu barisan manusia telah terbentuk sepanjang TGV walaupun pintu belum lagi terbukak ... hahahaha ... sungguh tragis !! Nak taknak kena jugak En. Rizal beratur panjang sebab itu memang tugas utama dia. Ishhh!! Nyesal plak tak booking online. Niat di hati nak tengok show petang, jap lagik manager TGV buat announcement tiket fully-booked. Ada show pagi jek kul 10.30 !! Nasib baik la, sampai turn we all kat kaunter, show kul 10.30 pagi ada lagik yang kosong. Tengok jam dah kul 10.25, pilih seat, bayar dan terus masuk house. Semua ini demi Bumble-Bee !! Hahahahaha .... Tak sempat pulak nak snap gambar orang beratur seawal 8.00 pagi tuh !!

Lepas dapat melepaskan rindu dan jugak menjerit2 setiap kali Shia Le Bouf dan Megan Fox yang amat HOT STUFF itu serta tak lupa Bumble-Bee kesayangan mengelak serangan musuh, we all pergi memenuhkan nafsu kelaparan kat Food Court. Then, pusing2 jap and singgah HARRIS yang menjadi destinasi wajib setiap kali ke Jusco Tebrau. Finally dapat beli New Moon. Eclipse dan Breaking Dawn, sila tunggu ... giliran anda tak lama lagik !!

Dah settle kat Jusco Tebrau, we all gerak-gerak-gerak-khas ke Plaza Angsana. Misi kali ini adalah mencari kain untuk baju raya. Kat sana, we all janji nak jumpa dengan makcik-pakcik-kazens. Ingat nak terus cari kain, jap lagik makcik kesayanganku itu mengajak bermain bowling. Alangkah girangnya rasa hati. Terus sahaja bersetuju walaupun permainan itu agak gampang !! Lebih banyak masuk longkang dari jatuhan pin ... aishhh !! Dah-dah-dah ... jom layan piccas !!











Durian dan Rambutan

Last 2 weeks, aku balik kampung En. Rizal kat Felda Air Tawar 1. Dah lama tak balik sebab En. Rizal busy ... diulang EN. RIZAL busy ... hahahaha ...

Sampai kat umah MIL dah pukul 10 malam. Oleh kerana dari JB tak makan, sampai2 jek gi bukak tudung saji. Nasib ada lauk lagi, terus la bedal. Alhamdulillah kenyang ... Ingatkan nak lepak tido, jap lagik En. Rizal boleh pulak mengajak aku makan durian. Dan aku, dengan takde rasa bersalah dan tanpa rasa walau sedikit pun segan silu, terus sahaja bersetuju dengan cadangan bernas itu. Akibat daripada makan durian itu pada tengah malam, maka sangat wajiblah perut ku sakit sehingga ke pagi.

Esok pagi, makan durian lagik. Sebelum FIL aku keluar, dia sempat kutip durian yang dah gugur kat dusun tepi rumah tu. Oleh kerana En. Rizal tidak berpuashati, dia pon sibuk nak gi cari durian gak. Aku of course la akan mem'follow' dia. Aku jadik cameraman. Tapi, nasib tak baik just jumpa 2 biji jek, itupun sebijik dah kena tebuk tupai. Habis madu sepah dibuang ... eh apa aku merepek nih !! Sambil tu sempat la amik rambutan yang masak ranum dan menggamit-gamit diriku ini ... aishhh ...

Dahlah ... takyah cerita panjang ... jom tengok gambar !! Layan !! Zass !!



~ mission possible begins ~


~ yeay !! jumpa sebijik !! ~


~ model DURIAN of The Year ~


~ aku yang paksa dia tengok kamera ~


~ giler besar nenas ni ... FIL aku timbang cecah 5 kilo ... selingan jek nih ~






Selasa, Jun 23, 2009

Congrats, Dear !! Make Us Proud !!


Nak ucap tahniah pada 3 orang yang sangat important in my life !!


1) My Sis ~ Adah a.k.a AdahJay-Poyo-Nak-Tuttt sebab dah graduate dari UIA dalam bidang Undang-Undang.

2) My Bro ~ Rudy a.k.a Faka the Oscar De La Hoya sebab dapat sambung belajar di GMI dalam bidang Mekatronik.

3) My Lil Sis ~ Lun a.k.a Alun Belon sebab dapat sambung belajar di UKM dalam bidang Perubatan.

**********************************************************************************

TO RUDY AND LUN :
TAHNIAH !! TAHNIAH !! TAHNIAH !!

KAKAK REALLY PROUD OF YOU GUYS !!

STUDY SMART AND MAKE DADDY PROUD !!




TO ADAH :
KAKAK SUPPORT YOU NO MATTER WHAT !!

BE TRUE TO YOUR HEART !!

KINDLY FIND A JOB RITE NOW, UNLESS YOU DECIDE TO BECOME A LAWYER ... WHICH IS I KNOW THAT IT WILL BE THE LAST OPTION IN YOUR MIND ... HAHA !!

Sabtu, Jun 20, 2009

Update

Takde cerita baru nak update. Just baca blog kengkawan jek.
Kalau ada cerita nanti aku update.
Hari ni nak balik kampung En. Rizal.
Mak mertua dah komplen sebab lama tak balik.
Padahal bukan jauh pun ... sorry yek, mak !!
Harap-harap ada durian kat kampung.
Gian giler nak makan.
Jahat tak, balik kampung sebab nak makan durian.
Bukan sebab rindu kat keluarga mertua.
Tak jahatlah cuma tak sopan.
Sabar eh, mak.
Malam ni kami sampai.
Kami tau mak rindu dekat anak menantu kesayangan mak nih ... (perasan!!)

Khamis, Jun 11, 2009

Sekadar Berkongsi Sesama Manusia 2


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.




Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya.
Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.




Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1]
jari manis
2]
jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


P/S : Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang
kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.
Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.


Cuti-Cuti Malaysia

Dah lama tak pergi holiday. Rasanya last time pegi jalan jauh was last year. Pegi Pulau Pangkor. Itupun dengan my sister and her friends. Tak pergi dengan En. Rizal sebab dia sibuk. Memang payah sebenarnya nak pergi bercuti dengan En. Rizal nih. Ada jek masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Selalunya melibatkan masa dan budget. Bila ada budget, masa pulak cemburu. Bila ada masa, budget pulak terkehel. Hehe ...

But for this year, I really hope that we will have some times to spent together alone. Away from works and hectic lifestyle. Berangan nak bercuti kat pulau tapi tak sure lagik pulau mane.

Actually bukan saja2 nak bercuti. Ada sebab. Nak berusaha dapatkan baby. Doktor (dan jugak rakan2 lain) suggest pegi bercuti. InsyaALLAH boleh lekat. Nak try jugak cara ni, kalau diizinkan ALLAH, menjadi kan ...

Harap2 lepas raya nanti, En. Rizal tak busy sangat. Aku tak kisah pegi bercuti kat manepun yang penting jauh dari kesibukan dunia. Aku prefer tempat ada laut. Boleh rileks2. Jalan2 sepanjang pantai sambil pegang tangan. Duduk bawah pokok rhu sambil bergesel hidung. Barulah timbul mood yang berganda nak berusaha dapatkan baby ... hikhikhik ...


P/S : En. Rizal, by any chance you read this ... silalah planning our vacation, okeh. Isterimu ini dah naik tepu otak asik mengadap komputer. Teringin nak mengadap matahari terbit dan matahari terbenam pulak. Romantik tak saya ??

Rabu, Jun 10, 2009

Sekadar Berkongsi Sesama Manusia


14 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
  14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.


Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Dating Dengan En. Rizal Di Hari Sabtu

Sabtu last week kan Public Holiday, so En. Rizal tak kerja. Aku pon mengendeng la En. Rizal ajak jalan2 sebab nak celebrate our anniversary. En. Rizal pon setuju sebab memang dah lama kami tak dating (hehe ...tak boleh blah !!)

Kiteorang just pegi Jusco Tebrau. Suka pegi sana sebab ada cinema, kedai2 best dan jugak parking yang murah. Memula ingat nak tengok Night At The Museum 2 tapi full house pulak so kiteorang tgk cerita Terminator Salvation. Sebenarnya aku langsung tak paham mendek jalan cerita dia tapi layankan jelah. En. Rizal dia paham sebab dia memang pengikut cerita tu dari mula. Dan yang ironinya, aku langsung tak tahu yang cerita ni adalah kesinambungan cerita Terminator yang Arnold-susah-nak-eja tu berlakon dulu2. Sumpah tak tahu !!

Sebelum tengok wayang, kiteorang lepak kat Secret's Receipe. Nak sangat makan Banana Choc Cake dan minum Green Apple Kasturi yang menjadi pujaan hatiku sekian lama itu. Kali ni aku yang belanja. Selalunya En. Rizal jek yang kuar duit kan. Suka betul En. Rizal ... dia tak tahu yang aku nak pow dia handbag Guess yang adorable itu time dia gaji nanti. Biar dia. Suprise !! Hahahaha ...

Habis tengok wayang dalam kul 10.30 malam, aku ajak En. Rizal pegi makan ikan bakar kat Kedai BBQ Tip Top. Tapi bila sampai dah nak tutup pulak. Takde rezeki nak makan ikan bakar mereka yang lazat itu. Oleh kerana perut dah lapar order jela nasi goreng. Pas kenyang terus balik rumah. Ingat nak singgah Danga Bay tapi macam malas dan penat.




Selasa, Jun 09, 2009

Mana Ada Bosan, Seronok La ...

Ramai orang tanya aku. Tak bosan ker jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Duduk memerap kat rumah. Tak bergaul.

Korang ingat aku ni duduk dalam hutan ker ?? Aku suri rumah moden, okay.

Nak kata bosan tu bosan la jugak, sebab duit tak masyuk. Tapi yang lain2 seronok. Sebab apa ?
Sebab aku boleh tido semula lepas laki aku pegi keje. Sebab aku boleh mengadap komputer sampai juling mata sambil update blog, download lagu dan drama (pasni tak boleh lagik ... nanti kena tangkap). Sebab aku boleh membaca buku tanpa gangguan. Sebab aku boleh pegi jalan2 di waktu siang dengan senang hati. Sebab aku boleh buat apa saja yang suka tanpa ada orang yang mengarah.

Mungkin pada sesetengah orang memang tak boleh terima keadaan macam nih. Duduk rumah jek. Tapi sekarang kan zaman moden. Dok kat rumah pon boleh buat duit. Berniaga secara online. Kalau usaha sungguh-sungguh, masyuk beb ... lebih dari orang yang tertonggeng2 keje siang malam mcm En. Rizal (kesian laki aku ...)

Tepuk dada tanya selera. Bukan aku sorang jek yang korban kerjaya selepas bergelar isteri. Ramai lagi kat luar sana yang sejenis dengan aku. Mungkin mereka ada alasan lain. Tapi apapun, tugas suri rumah bukanlah mudah. Pada yang ada anak, kenalah uruskan anak2 pegi sekolah, masak makan tengahari, basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Waktu bekerja lebih kurang sama jek dengan waktu pejabat. Tapi confirmlah kena overtime. Malam nak urus suami pulak. Hehehe ... Rasanya suri rumah lagi penat dari kerani2 kat jabatan kerajaan yang boleh jalan2 kat shopping complexes time kerja (hehe ... aku lah tu dulu2 ... )

So, in my point of view ... i enjoyed each moment as a housewife. Having so much time for myself and my hubby. But in the same time, i still want to learn something new i.e cooking and baking. Berangan nak bukak bisnes makanan suatu hari nanti. Sekarang ni kecil-kecilan jelah. Tak salah kan berangan ...

My BFF Wedding - Part 1


Akhirnya, dapat jugak aku cara camne nak upload gambar dari kamera pinjam. Tak perlu lah nak cerita panjang ... Let's enjoy the picture and caption ...



~ majlis Khatam Quran malam sebelumnya ~


~ Syami tembam yang takde rambut ... kesian dia nangis2 kena potong jambul ~


~ antara rakan yang hadir untuk majlis akad nikah ~


~ berdebar tapi still gedik nak amik gambar ... yang lain2 tuh memang hantu kamera ~


~ En. Anwar khusyuk mendengar penerangan kadi ... dan kadi ini jugalah yang menikahkan En. Rizal dengan diriku ... nostalgia ... hikhik ~


~ sign jangan tak sign ... jangan nak buat drama plak, okeh !! ~


~ hantaran dari pihak lelaki ... nape aku tak nampak handbag ko weh ?!! ~


~ hantaran dari pihak perempuan ... ehem ehem semestinya hasil kerjaku ... ~


~ tak cukup ?? hah amik lagik lagik satu gambar ... haha !! ~


~ En. Anwar sedang melafazkan akad ... selepas beberapa kali testing ... buat suspens betol la kadi nih ... ~


~ Alhamdulillah ... dengan sekali lafaz ... mereka sah sebagai suami-isteri ~


~ suka lah tu, kan kan kan ??? ~


~ lafaz taklik ~


~ sarung cincin untuk upacara membatal air sembahyang ~


~ ct, fyi ... ni jek gambar yang ada selepas ko bernikah ... ko lupa diri eh tanak amik gambar dengan PA ko nih ... kecik ati selama 2 saat ~


~ rakan2 yang hadir untuk majlis persandingan ... nenny dan anak2 dia yang comel tu pon join sekali ... tapi kenapa hariz blur ... tak nampak kecomelan dia ~


~ pelamin indah ~


~ perantin perempuan yang tengah sabar menanti ~


~ inilah dia perantin kanak-kanak yang sungguh cute !! ~


Entry Untuk My BFF ... Hari-Hari Terakhir Sebelum Kau Bertukar Status


To my dear Siti ...

Oleh kerana sekarang ko dah tukar status, aku ucapkan 'WELCOME TO THE CLUB' !!
Amacam ?? Seronok ?? Aku tau ko seronok, ko tak perlu nak propaganda, okeh !! Hahaha ...
Anyway, selamat jugak ko bersuamikan En. Anwar Fathi itu. Sesungguhnya korang memang perantin kanak-kanak. Hehehe ...

Specially for you ... gambar2 beberapa hari sebelum ko hilang status sebagai anak dara ...




~ penat aku menunggu ko setting rambut, walaupun rambut ko agak gampang selepas itu, kan kan kan ~


~ waiting for our spa treatment @ SPA MANJA ~


~ amik gambar dulu la kan ... ~


~ macam aku pulak yang nak jadi perantin ~


~ sungguh fresh lepas treatment ... merah2 muka aku kena picit dengan minah jawa tuh ~


~ kita makan2 kat Vivo ... confirm la ko belanja kan ... ~


~ aku bagi ko peluang la gedik depan aku sebab pasni tak tahu la bila kite boleh macam ni lagik ... ;( ~


Jumaat, Jun 05, 2009

Kau Buat Aku Tergelak Dalam Sakit Hati

Aku ingat malas nak buat entry pasal benda nih. Takut orang salah sangka ingat aku ni jenis suka cari gaduh. Tapi bila dah si sengal sekor tu asik lalu lalang depan mata, macam panas jek hati aku. Rasa macam nak robek mulut dia.

Aku hairan kenapa sejak kebelakangan ni, aku banyak dapat tahu benda yang menyakitkan hati. Dan yang membuatkan aku rasa macam nak hilang kewarasan diri adalah kerana aku memang tak sangka langsung selama ni aku ni hot topic bagi sepasang suami isteri ini sebab depan aku si suami ni memang baik. Dahlah aku takde kena-mengena langsung dengan diaorang. EHHH ... sakit hati betul !!

Kisahnya macam ni ... tadi ... dengan kuasa ALLAH YANG MAHA ADIL, aku terdengar ('ter' ok !!) perbualan si sengal ni dengan bini dia la (sebab dia panggil mama dan bahasakan diri dia papa). Sebelum tu lupa nak habaq, lokasi kejadian adalah di opis En. Rizal (aku memang selalu lepak sana kalau bosan kat rumah ... dah jadi macam rumah kedua pulak) dan si sengal tu pulak kawan sekerja En. Rizal.

Aku terus berminat nak dengar perbualan tu sebab aku terdengar dia ada sebut nama En. Rizal. Amboi2 ... bila aku pasan telinga, rupanya bukan main seronok dia mengumpat En. Rizal !! Dan yang paling tak disangka, dia ngumpat pasal aku jugak. Siap ada nama gelaran lagik untuk aku. Nak tau ape ??? Hypo ... yelah aku ni kan memang gemuk macam badak air !!

Yang aku tak paham tu kenapa aku pon jadi mangsa ??? Aku ada menyusahkan hidup dia ker ??? Aku akui, En. Rizal memang selalu marah si dia sebab dia ni time kerja suka curi tulang. Aku kan selalu ikut En. Rizal pegi buat keje. So, aku memang nampak dengan mata sendiri la. Kalau dia marah En. Rizal memang la logik kan tapi dengan aku sekali kena, apehal pulak kan ??? Kes lepas geram ke ape ??? Memang gampang betul !! Tapi, memang patut pun dia kena marah dengan En. Rizal selama ni. Kerja nak mengular jek. Dia ingat dia biras boss dia boleh buat sesuka hati !! GTH LA !!!!

Kelakar pon ada jugak sebab boleh pulak dia bergosip dengan bini dia yang aku kenal suam-suam kuku jek. Time kerja pulak tuh ... dok sembunyi bawah tangga !! Bini dia pon bukan jenis mesra alam. Jenis gampang jugak la. Geram aku !!

Seingat aku lah kan ... sepanjang aku berkahwin dengan En. Rizal, tak pernah sekalipun tengah2 time kerja, En. Rizal tepon aku ajak bergosip pasal kawan sekerja dia. Kalau kat rumah tu adalah tapi cerita sambil lalu jelah takde pulak sampai mengumpat bini2 orang lain sekali !!

Dalam hidup aku, inilah first time aku jumpa lelaki sengal macam nih !! Bodoh betul !!

Tapi, macam biasa ... i don't give it a DAMN !! Lantak ko lah kan ... aku tak rugi ape2 pon sebab yang akan terus jadi gampang tu ENGKAU bukan AKU !!

Apepon, tahniah la sebab jadi pelakon HEBAT selama hari ini. Depan aku bukan main baik lagik, kalau aku tapau makan untuk staff En. Rizal, kau lah orang pertama yang berebut makan apa yang aku masak. Lain kali, Hypo ni dah takde masa nak tapau untuk kau !! Dasar manusia tak tahu malu. Opss sebelum lupa, kem salam kat BINI kau ... Teruskanlah bergosip dengan dia !! Kongsi sama-sama dosa2 tu ...

Si Tua Yang Gampang !!

Pagi ni macam biasa la ... beli suratkhabar Harian Metro. Baca tajuk utama dia. Terus selak mukasurat yang berkenaan. Sambil baca berita tu sambil maki hamun dalam hati. Memang gampang betul si jantan tua tuh. Bukan setakat gampang tapi vavi, sibai dan sebagainya. Dahlah rogol cucu sendiri, siap offer rakan2 rogol sama. Tak ke HARAM J****H namanya tuh. Kalau budak tu dah baligh, dah ada body, t****k mantap, punggung melentik mungkinlah logik menaikkan nafsu setan dia, tapi ini budak 5 tahun. Nak cakap lancar pun belum tentu.

Sakit hati aku baca berita2 macam ni. Geram, marah !! Rasa macam kalau jumpa jantan tua tak sedar diri kubur-kata-mai tu, memang aku potong 'anu' dia bagi anjing makan. Entah anjing selera entah tidak. Memang gampang !!

Dunia zaman sekarang memang perlu syak wasangka. Tak boleh anggap orang tu baik walaupun nampak macam baik. Aku takde anak perempuan, tapi aku ada 2 adik perempuan. Memang aku risau. Kalau diaorang pegi mane2, aku memang akan mengepoh nak tahu lokasi diaorang setiap 2 jam (or less). Kalau diaorang still tak balik jugak on time, aku akan menelepon dan sms diaorang setiap 5 minit. Mungkin pada orang lain, aku ni macam menyusahkan tapi aku takkan berkomporomi dalam hal yang macam nih. Aku bertanggungjawab terhadap adik2 aku. Biar diaorang rasa aku mengawal hidup diaorang dari menyesal tak sudah nanti.

Aku berharap dan berdoa semoga tiada lagi mana2 perempuan menjadi mangsa kerakusan lelaki. Rasanya kaum wanita wajib amik kelas mempertahankan diri. Kalau ada orang kacau, kasi tendang 'anu' dia kuat-kuat, biar mati pucuk. Hahahahhaha ... ;p

Khamis, Jun 04, 2009

Gembira Vs Sedih

Gembira sebab semuanya dah selesai.

Sedih sebab semuanya takkan sama lagi.

Gembira sebab akhirnya ada yang dapat berita baik.

Sedih sebab diri sendiri masih tertunggu-tunggu.

Gembira sebab orang lain.

Sedih sebab diri sendiri.





~ Tapi tak mengapa. Takdir ALLAH itu INDAH ~

My 4th Anniversary


Kita skip cerita pasal my BFF wedding la eh. Tunggu dia balik honeymoon. Tunggu dia bagi gambar2 kahwin dia yang cantik2. Aku langsung takde simpanan sebab bijak sangat kan. Guna kamera pinjam, lepas tu lupa nak pinjam kabel sekali. Dah tak boleh nak transfer gambar. Gampang betul la.

Cerita pasal my 4th anniversary la. Actually, it happened yesterday. 03-06-2009. Genap 4 tahun kami menempuh segala suka duka dalam perkahwinan. Banyak yang kami tempuhi bersama. Gaduh, merajuk, pujuk, gelak dan tangis. Semua itu kami lalui setiap hari dalam kehidupan bersuami-isteri. Aku happy sangat2 sebab i've proved that some people are wrong about us. We still together and always do. To my beloved BIG BABY, En. Rizal ... Happy 4th Anniversary !! Ieja sangat2 sayang kat ayang, ok but i guess i don't have to say it so many times because we always love each other !! We know that !!

Takde celebration ape2 pon sebab En. Rizal very busy this week. OT sampai kul 12 t/mlm. Diulang, 12 t/mlm. Every single day this week alone. But nevermind, yang penting we have each other. Hug and kisses are more than enough, not mention the happy-anniversary-baby-wishes that we said all day !! Kelakar sangat !! Maybe this weekend, kiteorg akan keluar and buat aktiviti biasa which is tengok movie and makan2, aktiviti wajib every year.

Lastly, this one goes to you En. Rizal-my-BIG-BABY,




When I first saw you, I saw love

And the first time you touched me, I felt love

And after all this time, you're still the one I love



Looks like we made it

Look how far we've come my baby

We might took a long way

We knew we'd get there someday

They said, I bet they'll never make it

But just look at us holding on

We're still together still going strong




You're still the one

You're still the one I run to

The one that I belong to

You're still the one I want for life

You're still the one

You're still the one that I love

The only one I dream of

You're still the one I kiss good night



Ain't nothin' better

We beat the odds together

I'm glad we didn't listen

Look at what we would be missin'

You're still....



I'm so glad we made it

Look how far we've come my baby


I've Tagged Twice on This !!

Thanks To Nenny and Yatie for the Awards !!







Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :-

  • dua2 mereka ini aku kenali sejak sekolah rendah lagi
  • dua2 sudah berkahwin dan anak sulung mereka, girl
  • dua2 stay kat jb tapi jarang jumpa, berkomunikasi thru online jek
  • dua2 sangat comel dan adorable sama mcm baby girl diaorg
  • dua2 wanita berkarier

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

Fakta @ hobi diri sendiri


  • seorang yang sangat sempoi tetapi kekadang sensitif
  • suka membaca tak kira ape jua, terbaru blog-hopping
  • suka masak dan try resepi ciptaan sendiri
  • suka window shopping, it's just like a theraphy
  • suka beli handbag, kasut dan baju sampai tak muat wardobe
  • ada 3 ekor kucing tersayang : L, Kira dan Tiger
  • tinggal di Kangkar Pulai
  • suka nyanyi walaupun sumbang~seh~
  • suka menulis tak kira di mana berada, pantang nampak kertas kosong
  • berkahwin pada usia 24 tahun

Anda perlu memilih penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

1) Adah - my lovely sis yang tengah tanam anggur
2) GG - my lovely kazen yang memang happening-giler
3) SitiZ- my BFF yang baru bertukar title
4) Wan - kawan yang sentiasa akan jadi kawan dan dia sungguh kepoh-ci
5) Nenny (nak jugak tag awak) - kawan yang dikenali sejak darjah 2, giler lama kan !!!
6) Yatie (tag awak jugak) - kawan baik masa kat sekolah menengah, form 1-3
7) Naurah - kawan cyber yang suka berceloteh
8) Chooyaya - walaupun kenal melalui blog tapi aku rasa dia sangat cool, dia kawan yatie

Jalan-Jalan Ke Melaka Bersama Bride-To-Be (At that time laa)


Entri ni dah lama nak tulis. Tapi memandangkan aku dihambat kesibukan yang agak melampau, baru hari ni dapat share kat sini. Last month, way before my BFF got married, me n En. Rizal telah menjemput diri sendiri untuk mem'follow' bakal pengantin itu ke Melaka untuk sesi bergambar pre-wedding mereka. But in the end, sesi bergambar itu bertukar menjadi sesi bergambar poyo-giler-nak-mati. Sebab ape ?? Sebab kiteorg sampai agak lewat, dh nak dekat maghrib, so ari dh gelap dan gambar pasti tak cantik la kan sebab tak nampak berada di Melaka. Sebab kelambatan tiba di sana adalah kerana pagi tu perantin g fitting baju, pastu gerak dah lewat, singgah Batu Pahat lagik. Last2, kiteorg bergambar suka-suki jek. Aku dan En. Rizal tidak pasal2 menjadi model jugak. Model BECA. Hahahahaha.

Seronok gak dapat jalan-jalan free nih. Dah lama tak pegi Melaka. Memang dah lain sangat2. Aku rasa last aku jejak kaki kat sana, 3 tahun dulu. Itupun sebab En. Rizal ada keje kat sana dan aku ikut sekali. Bayangkan time tu belum ada lagik Dataran Pahlawan. Masih under construction. Betapa giler lama aku tak ke sana. Sekarang memang dah lawa la. Suka tengok pokok2 kat sana. Habis berbalut lampu. Dapat gak la tengok Menara Taming Sari tuh. Tapi tak naik pon. Eyes On Malaysia pon ada tapi nampak dari jauh jek.

Oleh kerana sesi photoshoot pre-wedding tak jadi, so aku n En. Rizal amik kesempatan jalan2 kat Dataran Pahlawan, cuci mata. Perantin tu aku biarkan jek. Pandai2 la korang bawak diri. Memang pandai pon sebab perantin perempuan sampai kena gigit semut. Yang ko pegi pijak sarang dia apehal, beb ??? Kalau yek pun nak posing, tengok la kiri-kanan-atas-bawah. Ni tidak, nak pose maut jek memanjang. Kan dah kena gigit. Dah la belom perantin masa tuh. Sebelum balik, kiteorg singgah kat Umbai, pekena seafood la. Banyak giler makan sampai senak perut aku. Takpe. Takpe. Orang sponsor, kan. Pasni dah takde lagik dah orang nak sponsor. Jawatan PA tak bergaji yang telah lama dipegang itu dah dilucutkan dengan serta-merta, after the kadi said "SAH" .... ;(

Nanti gambar yang cun (cun ker???) aku kasi update lain kali sebab itu perantin tak kasi copy lagik. Yang kat bawah ni koleksi dari HP aku yang tak berapa nak canggih tuh.



~ on the way to Melaka ~



~ posing jap, aktiviti wajib ~



~ ketiak basah siot !! hahahha .... ~







~ inilah yang aku maskudkan poyo-gile-nak-mati ~






~ model tak berbayar ~







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin