Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Rabu, Jun 10, 2009

Dating Dengan En. Rizal Di Hari Sabtu

Sabtu last week kan Public Holiday, so En. Rizal tak kerja. Aku pon mengendeng la En. Rizal ajak jalan2 sebab nak celebrate our anniversary. En. Rizal pon setuju sebab memang dah lama kami tak dating (hehe ...tak boleh blah !!)

Kiteorang just pegi Jusco Tebrau. Suka pegi sana sebab ada cinema, kedai2 best dan jugak parking yang murah. Memula ingat nak tengok Night At The Museum 2 tapi full house pulak so kiteorang tgk cerita Terminator Salvation. Sebenarnya aku langsung tak paham mendek jalan cerita dia tapi layankan jelah. En. Rizal dia paham sebab dia memang pengikut cerita tu dari mula. Dan yang ironinya, aku langsung tak tahu yang cerita ni adalah kesinambungan cerita Terminator yang Arnold-susah-nak-eja tu berlakon dulu2. Sumpah tak tahu !!

Sebelum tengok wayang, kiteorang lepak kat Secret's Receipe. Nak sangat makan Banana Choc Cake dan minum Green Apple Kasturi yang menjadi pujaan hatiku sekian lama itu. Kali ni aku yang belanja. Selalunya En. Rizal jek yang kuar duit kan. Suka betul En. Rizal ... dia tak tahu yang aku nak pow dia handbag Guess yang adorable itu time dia gaji nanti. Biar dia. Suprise !! Hahahaha ...

Habis tengok wayang dalam kul 10.30 malam, aku ajak En. Rizal pegi makan ikan bakar kat Kedai BBQ Tip Top. Tapi bila sampai dah nak tutup pulak. Takde rezeki nak makan ikan bakar mereka yang lazat itu. Oleh kerana perut dah lapar order jela nasi goreng. Pas kenyang terus balik rumah. Ingat nak singgah Danga Bay tapi macam malas dan penat.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin