Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Jun 04, 2009

Jalan-Jalan Ke Melaka Bersama Bride-To-Be (At that time laa)


Entri ni dah lama nak tulis. Tapi memandangkan aku dihambat kesibukan yang agak melampau, baru hari ni dapat share kat sini. Last month, way before my BFF got married, me n En. Rizal telah menjemput diri sendiri untuk mem'follow' bakal pengantin itu ke Melaka untuk sesi bergambar pre-wedding mereka. But in the end, sesi bergambar itu bertukar menjadi sesi bergambar poyo-giler-nak-mati. Sebab ape ?? Sebab kiteorg sampai agak lewat, dh nak dekat maghrib, so ari dh gelap dan gambar pasti tak cantik la kan sebab tak nampak berada di Melaka. Sebab kelambatan tiba di sana adalah kerana pagi tu perantin g fitting baju, pastu gerak dah lewat, singgah Batu Pahat lagik. Last2, kiteorg bergambar suka-suki jek. Aku dan En. Rizal tidak pasal2 menjadi model jugak. Model BECA. Hahahahaha.

Seronok gak dapat jalan-jalan free nih. Dah lama tak pegi Melaka. Memang dah lain sangat2. Aku rasa last aku jejak kaki kat sana, 3 tahun dulu. Itupun sebab En. Rizal ada keje kat sana dan aku ikut sekali. Bayangkan time tu belum ada lagik Dataran Pahlawan. Masih under construction. Betapa giler lama aku tak ke sana. Sekarang memang dah lawa la. Suka tengok pokok2 kat sana. Habis berbalut lampu. Dapat gak la tengok Menara Taming Sari tuh. Tapi tak naik pon. Eyes On Malaysia pon ada tapi nampak dari jauh jek.

Oleh kerana sesi photoshoot pre-wedding tak jadi, so aku n En. Rizal amik kesempatan jalan2 kat Dataran Pahlawan, cuci mata. Perantin tu aku biarkan jek. Pandai2 la korang bawak diri. Memang pandai pon sebab perantin perempuan sampai kena gigit semut. Yang ko pegi pijak sarang dia apehal, beb ??? Kalau yek pun nak posing, tengok la kiri-kanan-atas-bawah. Ni tidak, nak pose maut jek memanjang. Kan dah kena gigit. Dah la belom perantin masa tuh. Sebelum balik, kiteorg singgah kat Umbai, pekena seafood la. Banyak giler makan sampai senak perut aku. Takpe. Takpe. Orang sponsor, kan. Pasni dah takde lagik dah orang nak sponsor. Jawatan PA tak bergaji yang telah lama dipegang itu dah dilucutkan dengan serta-merta, after the kadi said "SAH" .... ;(

Nanti gambar yang cun (cun ker???) aku kasi update lain kali sebab itu perantin tak kasi copy lagik. Yang kat bawah ni koleksi dari HP aku yang tak berapa nak canggih tuh.



~ on the way to Melaka ~



~ posing jap, aktiviti wajib ~



~ ketiak basah siot !! hahahha .... ~







~ inilah yang aku maskudkan poyo-gile-nak-mati ~






~ model tak berbayar ~







Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin