Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Jun 05, 2009

Kau Buat Aku Tergelak Dalam Sakit Hati

Aku ingat malas nak buat entry pasal benda nih. Takut orang salah sangka ingat aku ni jenis suka cari gaduh. Tapi bila dah si sengal sekor tu asik lalu lalang depan mata, macam panas jek hati aku. Rasa macam nak robek mulut dia.

Aku hairan kenapa sejak kebelakangan ni, aku banyak dapat tahu benda yang menyakitkan hati. Dan yang membuatkan aku rasa macam nak hilang kewarasan diri adalah kerana aku memang tak sangka langsung selama ni aku ni hot topic bagi sepasang suami isteri ini sebab depan aku si suami ni memang baik. Dahlah aku takde kena-mengena langsung dengan diaorang. EHHH ... sakit hati betul !!

Kisahnya macam ni ... tadi ... dengan kuasa ALLAH YANG MAHA ADIL, aku terdengar ('ter' ok !!) perbualan si sengal ni dengan bini dia la (sebab dia panggil mama dan bahasakan diri dia papa). Sebelum tu lupa nak habaq, lokasi kejadian adalah di opis En. Rizal (aku memang selalu lepak sana kalau bosan kat rumah ... dah jadi macam rumah kedua pulak) dan si sengal tu pulak kawan sekerja En. Rizal.

Aku terus berminat nak dengar perbualan tu sebab aku terdengar dia ada sebut nama En. Rizal. Amboi2 ... bila aku pasan telinga, rupanya bukan main seronok dia mengumpat En. Rizal !! Dan yang paling tak disangka, dia ngumpat pasal aku jugak. Siap ada nama gelaran lagik untuk aku. Nak tau ape ??? Hypo ... yelah aku ni kan memang gemuk macam badak air !!

Yang aku tak paham tu kenapa aku pon jadi mangsa ??? Aku ada menyusahkan hidup dia ker ??? Aku akui, En. Rizal memang selalu marah si dia sebab dia ni time kerja suka curi tulang. Aku kan selalu ikut En. Rizal pegi buat keje. So, aku memang nampak dengan mata sendiri la. Kalau dia marah En. Rizal memang la logik kan tapi dengan aku sekali kena, apehal pulak kan ??? Kes lepas geram ke ape ??? Memang gampang betul !! Tapi, memang patut pun dia kena marah dengan En. Rizal selama ni. Kerja nak mengular jek. Dia ingat dia biras boss dia boleh buat sesuka hati !! GTH LA !!!!

Kelakar pon ada jugak sebab boleh pulak dia bergosip dengan bini dia yang aku kenal suam-suam kuku jek. Time kerja pulak tuh ... dok sembunyi bawah tangga !! Bini dia pon bukan jenis mesra alam. Jenis gampang jugak la. Geram aku !!

Seingat aku lah kan ... sepanjang aku berkahwin dengan En. Rizal, tak pernah sekalipun tengah2 time kerja, En. Rizal tepon aku ajak bergosip pasal kawan sekerja dia. Kalau kat rumah tu adalah tapi cerita sambil lalu jelah takde pulak sampai mengumpat bini2 orang lain sekali !!

Dalam hidup aku, inilah first time aku jumpa lelaki sengal macam nih !! Bodoh betul !!

Tapi, macam biasa ... i don't give it a DAMN !! Lantak ko lah kan ... aku tak rugi ape2 pon sebab yang akan terus jadi gampang tu ENGKAU bukan AKU !!

Apepon, tahniah la sebab jadi pelakon HEBAT selama hari ini. Depan aku bukan main baik lagik, kalau aku tapau makan untuk staff En. Rizal, kau lah orang pertama yang berebut makan apa yang aku masak. Lain kali, Hypo ni dah takde masa nak tapau untuk kau !! Dasar manusia tak tahu malu. Opss sebelum lupa, kem salam kat BINI kau ... Teruskanlah bergosip dengan dia !! Kongsi sama-sama dosa2 tu ...

1 ulasan:

Adahjay berkata...

xpe sblm ko jumpe aku dh jumpe dulu dah lelaki camni yang keypoh amat! hahahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin