Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Jun 09, 2009

Mana Ada Bosan, Seronok La ...

Ramai orang tanya aku. Tak bosan ker jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Duduk memerap kat rumah. Tak bergaul.

Korang ingat aku ni duduk dalam hutan ker ?? Aku suri rumah moden, okay.

Nak kata bosan tu bosan la jugak, sebab duit tak masyuk. Tapi yang lain2 seronok. Sebab apa ?
Sebab aku boleh tido semula lepas laki aku pegi keje. Sebab aku boleh mengadap komputer sampai juling mata sambil update blog, download lagu dan drama (pasni tak boleh lagik ... nanti kena tangkap). Sebab aku boleh membaca buku tanpa gangguan. Sebab aku boleh pegi jalan2 di waktu siang dengan senang hati. Sebab aku boleh buat apa saja yang suka tanpa ada orang yang mengarah.

Mungkin pada sesetengah orang memang tak boleh terima keadaan macam nih. Duduk rumah jek. Tapi sekarang kan zaman moden. Dok kat rumah pon boleh buat duit. Berniaga secara online. Kalau usaha sungguh-sungguh, masyuk beb ... lebih dari orang yang tertonggeng2 keje siang malam mcm En. Rizal (kesian laki aku ...)

Tepuk dada tanya selera. Bukan aku sorang jek yang korban kerjaya selepas bergelar isteri. Ramai lagi kat luar sana yang sejenis dengan aku. Mungkin mereka ada alasan lain. Tapi apapun, tugas suri rumah bukanlah mudah. Pada yang ada anak, kenalah uruskan anak2 pegi sekolah, masak makan tengahari, basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Waktu bekerja lebih kurang sama jek dengan waktu pejabat. Tapi confirmlah kena overtime. Malam nak urus suami pulak. Hehehe ... Rasanya suri rumah lagi penat dari kerani2 kat jabatan kerajaan yang boleh jalan2 kat shopping complexes time kerja (hehe ... aku lah tu dulu2 ... )

So, in my point of view ... i enjoyed each moment as a housewife. Having so much time for myself and my hubby. But in the same time, i still want to learn something new i.e cooking and baking. Berangan nak bukak bisnes makanan suatu hari nanti. Sekarang ni kecil-kecilan jelah. Tak salah kan berangan ...

3 ulasan:

mumy berkata...

nak jd full housewife gak...

Mz_Rizaliza berkata...

jom ... pastu kite berniaga online.. hehehe ... belajar bt kek, menjahit (mcm yekyek)

mumy berkata...

kena tunngu green lite dr big boss..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin