Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Jun 30, 2009

Transformers, Angsana and Bowling

Akhirnya, Ahad lepas dapat gak melepaskan rindu dendam terhadap Bumble-Bee yang sangat comel itu ... After we send my sister dekat bustand coz she's going to KL untuk daftar Uni (sorry lun ... akak tak dapat hantar ), me n En. Rizal pon berdezupp ke Jusco AEON Tebrau dengan harapan kamilah orang yang pertama sampai kerana jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tetapi ...alangkah terperanjatnya kami apabila menyaksikan bahawa satu barisan manusia telah terbentuk sepanjang TGV walaupun pintu belum lagi terbukak ... hahahaha ... sungguh tragis !! Nak taknak kena jugak En. Rizal beratur panjang sebab itu memang tugas utama dia. Ishhh!! Nyesal plak tak booking online. Niat di hati nak tengok show petang, jap lagik manager TGV buat announcement tiket fully-booked. Ada show pagi jek kul 10.30 !! Nasib baik la, sampai turn we all kat kaunter, show kul 10.30 pagi ada lagik yang kosong. Tengok jam dah kul 10.25, pilih seat, bayar dan terus masuk house. Semua ini demi Bumble-Bee !! Hahahahaha .... Tak sempat pulak nak snap gambar orang beratur seawal 8.00 pagi tuh !!

Lepas dapat melepaskan rindu dan jugak menjerit2 setiap kali Shia Le Bouf dan Megan Fox yang amat HOT STUFF itu serta tak lupa Bumble-Bee kesayangan mengelak serangan musuh, we all pergi memenuhkan nafsu kelaparan kat Food Court. Then, pusing2 jap and singgah HARRIS yang menjadi destinasi wajib setiap kali ke Jusco Tebrau. Finally dapat beli New Moon. Eclipse dan Breaking Dawn, sila tunggu ... giliran anda tak lama lagik !!

Dah settle kat Jusco Tebrau, we all gerak-gerak-gerak-khas ke Plaza Angsana. Misi kali ini adalah mencari kain untuk baju raya. Kat sana, we all janji nak jumpa dengan makcik-pakcik-kazens. Ingat nak terus cari kain, jap lagik makcik kesayanganku itu mengajak bermain bowling. Alangkah girangnya rasa hati. Terus sahaja bersetuju walaupun permainan itu agak gampang !! Lebih banyak masuk longkang dari jatuhan pin ... aishhh !! Dah-dah-dah ... jom layan piccas !!











1 ulasan:

sitiZ berkata...

budget..men bowling xajak aku..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin