Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, September 14, 2009

Ukur Baju Di Badan Sendiri


Kata orang, ukur baju di badan sendiri ... maksudnya, kalau nak buat sesuatu kenalah ikut kemampuan masing2 tak kira la dari segi tenaga, duit atau masa.

Tapi, yang aku tak paham kenapa makcik tailor itu, jahit baju aku tapi saiz badan dia ?? Adakah makcik itu telah bersungguh-sungguh menggunakan bidalan di atas atau sememangnya makcik itu SENGAL !!! Mungkin jugak makcik itu mengamalkan konsep 1Malaysia ... so buat 1 baju, boleh guna ramai2 ...

Pesanan kepada makcik si tukang jahit ...

1) makcik, saya sungguh kecewa kerana baju saya BELUM muat dipakai ketika saya mengambil baju tersebut.

2) makcik, kenapa makcik tipu !!? masa memula saya hantar upah dulu, makcik cakap harga dia RM60, tapi tiba2 bila baju tu dah siap, ianya bertukar menjadi RM80 setelah makcik bagi diskaun RM10 kerana sebenarnya upahnya RM90. Sekali lagi saya kecewa ...

3) makcik, tolong lah siapkan baju saya dengan segera ... kalau tak, saya tidur depan kedai makcik sampai baju saya tu siap di'alter' ... saya tak tipu !!!




Moral of the story ... especially to tailors ... ukur baju di badan orang yang hantar baju tersebut ... kalau awak semua mengamalkan bidalan di atas, nescaya awak semua dah lama hidup senang ... SEKIAN, TERIMA KASIH !!

Weekend ... BBQ Style !!


Program : Jalan2 cari pasal ...

Venue : Jusco Bukit Indah

Artis Jemputan : Me n En. Rizal


******************************************************



" nak beli sendiri tak mampu, kita guna yang free jela .... hahahaha !! "




" buka puasa @ BBQ Chicken ... yumyum ... ;) "




" oleh kerana takut tak dapat tempat duduk, wajib pukul 4.00 ptg dah buat reservation !! "




" suka pakai baju yang dibeli kat LONDON tuh ??? "
p/s : boss En. Rizal yang present baju tu, dia x mampu lagi nak pegi LONDON !!





" saya sudah direserved ... huhu ;p "




" pose ala gedik tak cukup ruang, screen kamera kecik sangat "




" aktiviti wajib ... bergambar dengan menampilkan ciri2 kesedapan makanan yang diorder ... "




" sume gambar ada menu saya "



__________________________________________________________



INI IKLAN ( TIADA KENA MENGENA DENGAN CERITA DI ATAS ) :


" walaupun dalam plastik, ini hasil kreativiti saya ... bukan beli kat kedai, dari last year nak buat tapi tak sempat ... "



" nahh !! saya bagi lagik sekeping ... kalau nak order sila call ... huahuahua !!



" inipun hasil kerja saya ... saya suka menjahit manik supaya baju saya terserlah ke'cun'annya !! "

Keriangan Tanpa Batasan


Kalau cakap pasal keriangan, kanak2 pasti juara. Diaorang ni happy jek. Tak perlu nak fikir isu rumahtangga jauh sekali isu global. Dan, bila hari raya hampir tiba, diaorang la jugak paling seronok walau tak cukup puasa sebulan ... hehe ...



~ anak2 jiran yang menyerbu pelita buluh ~



~ Azeem ... tak reti penat, banyak soalan !! ~



~ takde bunga api, habis daun2 pokok mak diaorang tanam, dioarang pegi bakar ... asalkan dapat main api ... ~



~ eh ... ?? ramainya peminat En. Rizal yang sangat seksi berkain pelikat tanpa baju itu ... hahaha ~



~ terbakar pokok serai aku yang sememangnya hidup segan mati tak mau tu ... En. Rizal, sila alihkan pelita itu sekarang jugak !! ~



~ hehe ... inilah home sweet home ... jemputla datang beraya ~



~ ini alamatnya ... :p ~




Khamis, September 10, 2009

Raya ... Raya ... Raya

9 more days before Hari Raya ... tapi aku tak rasa macam nak raya. Bahan2 untuk buat kuih dah lama beli tapi until today haram sebijik kuih pun tak buat lagi except kuih yang orang dah order. Semalam, tailor tempat biasa hantar baju kurung pun dah called bagitau baju dah siap, tapi aku tak rasa excited langsung. Kain untuk buat langsir baru langsung tak bersentuh. Takde feel nak gunting ke ukur ke jahit ke. Segala benda la sebenarnya takde mood nak buat.

Maybe sebab aku masih bersedih atas kehilangan Emak. En. Rizal pun sama macam aku. Bila duduk berbual mesti nak luahkan ayat2 sedih. Nyampah !! Dah la aku ni sensitif, nak meleleh jek airmata.


Cinta Sempurna - Yuna


Aku Manusia Lemah

Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah
Mengerti Dirimu

Kusanjung Setiap Kata Cinta
Kau Berikan Aku

Hilangkan Rasa Itu
Akhirkan Semua

Dan Bila Kau Sedar
Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo


Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...


Berminat ?? Klik SINI

Rabu, September 09, 2009

Home Sweet Home ...

Pejam celik pejam celik, macam tak percaya it's been a year since i moved in to our own house. We moved in to this house first Ramadhan last year. So, this is 2nd year we celebrate hari raya here. Memang tak prnah terfikir nak ada rumah sendiri secepat ini. I guessed it comes naturally when you've married, to start family mesti agenda nak beli rumah ada dalam list. En. Rizal memang dah lama nak beli rumah sendiri since the first year of our marriage tapi masa tu biasalah ekonomi belum stabil. We have to rent a house first. 3 tahun duduk rumah sewa, and suprisingly bila kira2 semula duit yang dilaburkan untuk bayar sewa which is almost rm15k, rasa macam nak terduduk dan golek2 menangis sebab banyak wehhh amaun tuh !!!!

Masa mula2 cari rumah dulu, berpusing jugak la satu JB. Pergi survey sampai ke area Masai and Pasir Gudang. Memang ada jumpa rumah yang berkenan di hati tapi aku yang taknak sebab jauh. Aku lebih prefer area Skudai sebab aku membesar kat sini. Lastly, tak dapat area Skudai tercampak kat Kangkar Pulai but still it's near Skudai. And the most important, dekat dengan kawan2 aku ... hehehe ... giler poyo cara pemikiran di kala itu !!

Eventhough this area macam jauh and belum membangun which is takde shopping complex ... (cheet !!! itu jek yang aku ingat) but i believed one day it's going to be big !! Sekarang ni pun dah banyak sangat kawasan perumahan yang dibangunkan kat area sini. Macam2 jenis nama taman sampaikan dah tak tahu kat mana dan juga sangat mengelirukan.

For me, apa yang seronok about having our own house is kita boleh ubahsuai rumah mengikut idea and kreativiti sendiri. Tapi kena ikut budget la. For now, aku just buat ubahsuai mana yang patut jek dulu because budget sangat terhad. InsyaALLAH, next time kalau ada rezeki lebih boleh change to new interior. Idea memang banyak. Kalau duduk2 berbual dengan En. Rizal sambil berangan nak tukar tu, tukar ni memang beshh giler. Nama pun berangan kan ... so bayangkan jelah nak letak apa dalam rumah, dalam bilik, kat dapur. Aishhh seronok la ...

Raya tahun ni, ikut perancangan awal memang turn rumah aku tapi lepas pemergian Emak, kami berkira2 nak balik beraya dengan Abah. Semua belum finalized lagi. Tengok la macamane nanti. Nasib la satu negeri dan berdekatan, senang nak balik kampung. Kalau sorang selatan sorang utara, jenuh gak ...

Sebelum terlupa, nak amik kesempatan untuk wish Happy Hari Raya to all !!

Isnin, September 07, 2009

Hakikat Sebuah Kehilangan

~ Kematian itu sesuatu yang pasti ~

Al-Fatihah untuk Arwah Ibu Mertuaku, Hajah Gayah binti Tani ... Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat Rahmat-NYA. Amin ...


**************************************************************************************

Sekarang aku kehilangan seorang lagi ibu.

Berita diterima jam 6.45 pagi Jumaat, 14 Ramadhan. My niece, Ain called En. Rizal bagitau my MIL sakit tenat. Punya la kelam-kabut masa tuh. Aku dah tak tau nak buat ape. Anak2 baru sahaja dihantar oleh mama mereka. Berkemas apa yang patut, kami bertolak ke Kota Tinggi bersama anak2 sekali selepas mama mereka diberitahu. Sepanjang perjalanan, aku tak putus berdoa ... harap2 my MIL tak ape2.

Sampai kat Highway Kempas, lagi sekali telefon En. Rizal berdering. Hati aku dah gundah gulana. Akhirnya khabar yang tak mahu didengar, disampaikan juga. My MIL telahpun menghembuskan nafas terakhir. Airmata aku terus jatuh tanpa ditahan2. Aku terkilan sebab tak sempat jumpa dan bercakap dengan dia buat kali terakhir kerana petang sebelumnya aku tak dapat ikut En. Rizal melawat dia. Sedih, pilu, sayu ... semua perasaan bercampur baur. Aku jeling pada En. Rizal. Aku nampak air jernih itu bergenang dalam mata dia. Bila aku tanya dia ok ke tak terus airmata dia jatuh. Dan kami sama2 menangis. Anak2 cuma melihat. Pelik agaknya.

Sampai kat Hospital, kami tak dibenarkan masuk ke wad dengan alasan jenazah sudah mahu dibawa turun. Ok. Terima dengan redha. Aku pun duduk jek kat kerusi melayan anak2 yang bertanya macam2 soalan. Tak lama lepas tu, nampak my FIL, Abah. En. Rizal terus dapatkan Abah dan mereka berpelukan sambil menangis. Agak lama. Aku yang memerhati pun turut menangis sama.

Jenazah terus dibawa ke bilik mayat untuk diuruskan ... dimandikan dan dikafankan. Sempat jugak la aku menatap wajah Emak kali terakhir. Putih bersih dan tersenyum ... Memang betul kata Ustazah yang menguruskan jenazah Emak. Memang Emak seolah-olah tersenyum. Aku kucup dahi sejuk Emak.

Semasa jenazah diuruskan, aku hanya menunggu di luar. Bukan tak mahu membantu tapi tidak dibenarkan terlalu ramai.

Selepas siap semua urusan di hospital, jenazah dibawa pulang ke rumah di Felda Air Tawar 1. Semua bercadang untuk kebumikan arwah lepas Asar. Sambil menunggu adik bongsu En. Rizal yang masih belum tiba dari KL. Kami pulang semula ke JB sebab hantar anak2. Nasib baik Mama mereka dapat amik cuti 1/2 day.

Sampai je kat JB, Abah telefon bagitau yang jenazah akan dikebumikan lepas solat Jumaat. En. Rizal dah pening kepala. Mana sempat nak balik. Lastly, aku cakap dengan dia tak payah pergi Solat Jumaat. Mula2 dia macam taknak tapi akhirnya dia setuju. Lepas anak2 diambil Mama mereka, kami terus memecut ke Kota Tinggi semula. Sampai di tanah perkuburan, jenazah dah selamat dikebumikan. Usai semua urusan, kami pulang ke rumah Abah.

3 hari 3 malam kami membuat kenduri Arwah. Terasa macam pelik bila Emak dah tiada. Selalunya, kalau ada kenduri, pada Emak la tempat kami merujuk segala resepi.

Semalam, tiba masa adik-beradik En. Rizal untuk pulang, Abah dah mula menangis. Susah nak tinggalkan Abah. Tapi terpaksa demi tugas dan tanggungjawab. Buat sementara waktu, my BIL, Andak akan tinggal dan menjaga Abah dirumah sehingga my anor BIL, Angah berpindah ke rumah Abah hujung tahun ni.

Kami tahu Abah sangat sedih. Walaupun Abah cuba untuk menutup perasaan itu, kami boleh tahu. Abah dan arwah Emak hidup bersama selama 52 tahun. Dari seorang anak ke seorang cicit. Dari sihat hingga ke nafas terakhir. Mana mungkin Abah akan melupakan Emak secepatnya.

Untuk Abah, kami doakan Abah agar tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan selepas ini. Arwah Emak memang dah tiada, tapi kasih sayang dia tetap subur dalam hati kami. Mungkin di dunia nyata Emak telah lenyap ditelah bumi, tapi dalam hati kami Emak masih lagi hidup selagi kami bernyawa.

Kami juga, sebagai anak dan menantu terasa sangat kehilangan Emak. Tapi, kami redha kerana kami tahu ALLAH menyayangi dia. Inilah hakikat sebuah kehilangan yang terpaksa kami telah walaupun pahit.

Doa kami untuk Arwah Emak, semoga dia berbahagia di ALAM SANA. Semoga ALLAH mencucuri RAHMAT YANG TAK TERHINGGA ke atas rohnya. Semoga dia ditempatkan dikalangan mereka yang SOLEH. Semoga kita berjumpa di SANA suatu hari nanti ... atas IZIN-NYA. Amin .... Kami sayang Emak SELAMANYA !!

Khamis, September 03, 2009

My MIL Got Admitted

Tengahari semalam masa aku tengah lepak2 sambil bertenet, En. Rizal called bagitau my MIL kena tahan dekat wad Hospital Kota Tinggi. My FIL cakap sebab high blood pressure. Aku terus jadi risau. En. Rizal pun amik 1/2 day. Dia ajak balik tengok my MIL. Mula2 nak gerak awal tapi disebabkan anak2 aku tu, terpaksa postponed petang, tunggu mama diaorang amik. Dekat pukul 6 jugak la baru kiteorang gerak balik Kota Tinggi. My BIL bagitau waktu melawat sampai pukul 6 jek, tapi En. Rizal cakap nekad jek try masuk nanti. Huh ... En. Rizal terus menunjukkan skill F1 dia. 1/2 jam dah sampai. Yang aku, macam biasa lah, belum separuh jalan dah membuta, giler mengantuk woi !! Alhamdulillah, masa kiteorang sampai kat wad still boleh melawat lagi. Nampak muka kiteorang, airmata my MIL dah bergenang. Aku pun bergenang sama tapi tahankan diri dari menangis. Risau kalau2 my MIL nangis sama. Ramai jugak ada masa tu. My MIL kena pakai alat bantuan pernafasan. Rupa-rupanya dari malam sebelumnya dia dah susah nak bernafas. Pagi semalam my FIL terus bawak pegi hospital. Blood pressure sangat tinggi sampai 200. Confirm la kena tahan. Kiteorang tak dapat duduk lama sebab waktu melawat dah nak habis. Pak guard dah sibuk2 halau. Sempat la jugak aku berbual2 kejap dengan dia. Lepas melawat, kiteorang singgah berbuka puasa kat rumah my BIL tak jauh dari situ. Tak lama lepas tu, sorang lagi my BIL dari KL pon sampai dengan my nieces. Semua adik-beradik En. Rizal ada except my younger BIL yang kt KL jugak tak dapat balik sebab tak cuti. Maybe this Friday baru dia balik. Aku tengok my FIL relaks jek tapi dalam hati dia siapa yang tahu kan ?? Aku memang respect kat my FIL sebab dia tak jemu jaga my MIL. FIY, my MIL tu duduk atas kerusi roda. Memang tak boleh berjalan, so kena pakai adult pampers. My FIL la yang uruskan hal rumahtangga dari memasak, membasuh, mandikan my MIL, tukar pampers etc. My MIL memang dah lama sakit. Seingat aku, masa aku baru2 kawan dengan En. Rizal, my MIL still boleh berjalan. Lepas kiteorang bertunang, my MIL start sakit kaki sampai tak boleh jalan. Kesian jugak kat my in-laws sebab duduk berdua jek kat rumah. Anak2 semua jauh. Nak balik seminggu sekali pun payah. Bukan sebab taknak tapi kerana kerja masing2. Kiteorang yang consider dekat ni pun nak dapat balik sebulan dua kali pun susah.

Bercerita pasal my MIL ni, saja nak bagitau yang En. Rizal ni anak kesayangan. Kalau lama sangat tak balik mesti my MIL sedih. Pernah jugak la my MIL cakap kekadang dia duduk depan pintu rumah sambil sebut2 nama En. Rizal sampai meleleh airmata sebab dah lama tak balik. Tak ker korang sedih. Aishhh ... meleleh airmata aku ni tau !! My MIL sangat 'attached' dengan En. Rizal, maybe because masa En. Rizal bujang dulu, every weekend ... diulang EVERY WEEKEND unless ada keje En. Rizal akan balik kampung. En. Rizal ni, masa bujang jenis tak sosial ... Kerja-rumah sewa-kampung ... Itu jela rutin harian dia. That's why I LOVED HIM so much !!! Haha ...

Apepun, aku doakan my MIL akan cepat sembuh dan akan discharged ASAP. Kesian tengok dia lama2 kat wad tu. Dahlah tak selesa. Dia pun mesti sedih jek sepanjang masa. To my MIL, kami doakan mak cepat baik dan sama2 sambut hari raya ok ... Sayang MAK !!

Selasa, September 01, 2009

Macam-Macam Ada !!

Sepanjang 2 bulan aku x update blog ni, macam2 benda yang jadi dalam hidup aku ... Secara ringkasnya :

1) Majlis Pertunangan My Kazen - GG ... congrats dear !! Sory x sempat nak upload cerita ko !!

2) Birthday En. Rizal - belanja dia makan and tengok movies ...

3) Perselisihan faham dengan seorang teman ... benda ni memang sedih sangat. Amik masa jugak nak sembuh dan nak lupakan luka di hati.

4) Sambut puasa kat rumah jek sebab En. Rizal kena kerja ... damn sedih !!

5) Start jadi babysitter ... seronok !!

My New Job & I'm Loving It !!

Aku dah ada kerja baru. Memang tak pernah terfikir nak amik job ni tapi rasa sangat seronok melakukannya. Haha macam yekyek jek bercerita. Actually, sekarang ni aku jadi BABYSITTER. Yes !! BABYSITTER ... For the time being, aku jaga 2 orang jek. Ala anak jiran selang sebuah pintu ... (teringat nenek aku ... tetibe jek !!) Both of them are boys - Azeem (abang) n Aiman (adik).




It's kind of hard at first, sebab diaorang tak biasa dengan aku. Aiman asik nangis jek. Azeem tak nangis sebab dia dah besar, so dia faham that his mom kena pegi work. Dia pun dah selalu tukar babysitter. Lagipun ada ASTRO CERIA, bertambah senang la kerja aku. Aiman pulak masa 1st day nangis sampai tertidur, tapi bila dia wake up pastu dah ok dah. Siap main dengan kucings aku yang 3 ekor tu.

Hari-hari yang seterusnya sampai hari ni ... everything was fine. Diaorang ni senang nak jaga. Jenis tak banyak kerenah eventhough sometimes tu adalah jugak buat perangai. Tapi, biasalah nakal budak2 kan ...

Aku memang tak pernah terfirkir pun nak jadi babysitter nih. Mama diaorang ni dah pernah jugak mintak tolong jaga diaorang dulu masa baru2 pindah. Tapi, masa tuh hati macam susah nak terima sebab dulu suka merayap ... Bukan sekarang ni tak suka merayap tapi dah kurang geng, so banyak habiskan masa kat rumah, then i think why not kan accept the offer kali nih. Dapat jugak duit tambahan...

Aku suka sangat dengan kerja aku ni. Hilang rasa sunyi. Walaupun bukan darah daging sendiri, Azeem dan Aiman sangat memberi kesan dalam kehidupan aku. The best part is, they called me 'Ibu'. Memang sangat nikmat. They also called En. Rizal - 'Ayah'. Tak ker best tu !!!

Sekarang ni Azeem dan Aiman tengah tidur ... tu yang amik kesempatan update blog nih ... Nanti diaorang bangun dah susah nak ngadap lappy ... ;)

Finally ...

Hermmm ... finally i got my lappy back !! Seronok yang amat sangat sampai rasa nak guling2 atas katil selama 19 hari tanpa henti untuk sampaikan hari raya ... huhu ...

Banyak benda yang hendak diblogkan tapi tak tau mana nak mula dan sebenarnya malas nak cerita lagi. So, aku amik keputusan blog apa yang penting dan yang latest jek ...

Lama sangat tak berblogging sampaikan nak baca update kengkawan pun tak larat. Mana yang sempat jela aku singgah. Nanti ada masa aku blog-hopping lagik ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin