Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, September 07, 2009

Hakikat Sebuah Kehilangan

~ Kematian itu sesuatu yang pasti ~

Al-Fatihah untuk Arwah Ibu Mertuaku, Hajah Gayah binti Tani ... Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat Rahmat-NYA. Amin ...


**************************************************************************************

Sekarang aku kehilangan seorang lagi ibu.

Berita diterima jam 6.45 pagi Jumaat, 14 Ramadhan. My niece, Ain called En. Rizal bagitau my MIL sakit tenat. Punya la kelam-kabut masa tuh. Aku dah tak tau nak buat ape. Anak2 baru sahaja dihantar oleh mama mereka. Berkemas apa yang patut, kami bertolak ke Kota Tinggi bersama anak2 sekali selepas mama mereka diberitahu. Sepanjang perjalanan, aku tak putus berdoa ... harap2 my MIL tak ape2.

Sampai kat Highway Kempas, lagi sekali telefon En. Rizal berdering. Hati aku dah gundah gulana. Akhirnya khabar yang tak mahu didengar, disampaikan juga. My MIL telahpun menghembuskan nafas terakhir. Airmata aku terus jatuh tanpa ditahan2. Aku terkilan sebab tak sempat jumpa dan bercakap dengan dia buat kali terakhir kerana petang sebelumnya aku tak dapat ikut En. Rizal melawat dia. Sedih, pilu, sayu ... semua perasaan bercampur baur. Aku jeling pada En. Rizal. Aku nampak air jernih itu bergenang dalam mata dia. Bila aku tanya dia ok ke tak terus airmata dia jatuh. Dan kami sama2 menangis. Anak2 cuma melihat. Pelik agaknya.

Sampai kat Hospital, kami tak dibenarkan masuk ke wad dengan alasan jenazah sudah mahu dibawa turun. Ok. Terima dengan redha. Aku pun duduk jek kat kerusi melayan anak2 yang bertanya macam2 soalan. Tak lama lepas tu, nampak my FIL, Abah. En. Rizal terus dapatkan Abah dan mereka berpelukan sambil menangis. Agak lama. Aku yang memerhati pun turut menangis sama.

Jenazah terus dibawa ke bilik mayat untuk diuruskan ... dimandikan dan dikafankan. Sempat jugak la aku menatap wajah Emak kali terakhir. Putih bersih dan tersenyum ... Memang betul kata Ustazah yang menguruskan jenazah Emak. Memang Emak seolah-olah tersenyum. Aku kucup dahi sejuk Emak.

Semasa jenazah diuruskan, aku hanya menunggu di luar. Bukan tak mahu membantu tapi tidak dibenarkan terlalu ramai.

Selepas siap semua urusan di hospital, jenazah dibawa pulang ke rumah di Felda Air Tawar 1. Semua bercadang untuk kebumikan arwah lepas Asar. Sambil menunggu adik bongsu En. Rizal yang masih belum tiba dari KL. Kami pulang semula ke JB sebab hantar anak2. Nasib baik Mama mereka dapat amik cuti 1/2 day.

Sampai je kat JB, Abah telefon bagitau yang jenazah akan dikebumikan lepas solat Jumaat. En. Rizal dah pening kepala. Mana sempat nak balik. Lastly, aku cakap dengan dia tak payah pergi Solat Jumaat. Mula2 dia macam taknak tapi akhirnya dia setuju. Lepas anak2 diambil Mama mereka, kami terus memecut ke Kota Tinggi semula. Sampai di tanah perkuburan, jenazah dah selamat dikebumikan. Usai semua urusan, kami pulang ke rumah Abah.

3 hari 3 malam kami membuat kenduri Arwah. Terasa macam pelik bila Emak dah tiada. Selalunya, kalau ada kenduri, pada Emak la tempat kami merujuk segala resepi.

Semalam, tiba masa adik-beradik En. Rizal untuk pulang, Abah dah mula menangis. Susah nak tinggalkan Abah. Tapi terpaksa demi tugas dan tanggungjawab. Buat sementara waktu, my BIL, Andak akan tinggal dan menjaga Abah dirumah sehingga my anor BIL, Angah berpindah ke rumah Abah hujung tahun ni.

Kami tahu Abah sangat sedih. Walaupun Abah cuba untuk menutup perasaan itu, kami boleh tahu. Abah dan arwah Emak hidup bersama selama 52 tahun. Dari seorang anak ke seorang cicit. Dari sihat hingga ke nafas terakhir. Mana mungkin Abah akan melupakan Emak secepatnya.

Untuk Abah, kami doakan Abah agar tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan selepas ini. Arwah Emak memang dah tiada, tapi kasih sayang dia tetap subur dalam hati kami. Mungkin di dunia nyata Emak telah lenyap ditelah bumi, tapi dalam hati kami Emak masih lagi hidup selagi kami bernyawa.

Kami juga, sebagai anak dan menantu terasa sangat kehilangan Emak. Tapi, kami redha kerana kami tahu ALLAH menyayangi dia. Inilah hakikat sebuah kehilangan yang terpaksa kami telah walaupun pahit.

Doa kami untuk Arwah Emak, semoga dia berbahagia di ALAM SANA. Semoga ALLAH mencucuri RAHMAT YANG TAK TERHINGGA ke atas rohnya. Semoga dia ditempatkan dikalangan mereka yang SOLEH. Semoga kita berjumpa di SANA suatu hari nanti ... atas IZIN-NYA. Amin .... Kami sayang Emak SELAMANYA !!

4 ulasan:

yatiyahya berkata...

semoga arwah dicucuri rahmat olehNya...al-fatihah...

sitiZ berkata...

Al-Fatihah..n aku m.maaf tak dapat dtg kenduri..

mumy berkata...

Takziah..Al fatihah

captain_zed berkata...

Innalillah..sedihnya..saba la geng..al fatihah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin