Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, September 03, 2009

My MIL Got Admitted

Tengahari semalam masa aku tengah lepak2 sambil bertenet, En. Rizal called bagitau my MIL kena tahan dekat wad Hospital Kota Tinggi. My FIL cakap sebab high blood pressure. Aku terus jadi risau. En. Rizal pun amik 1/2 day. Dia ajak balik tengok my MIL. Mula2 nak gerak awal tapi disebabkan anak2 aku tu, terpaksa postponed petang, tunggu mama diaorang amik. Dekat pukul 6 jugak la baru kiteorang gerak balik Kota Tinggi. My BIL bagitau waktu melawat sampai pukul 6 jek, tapi En. Rizal cakap nekad jek try masuk nanti. Huh ... En. Rizal terus menunjukkan skill F1 dia. 1/2 jam dah sampai. Yang aku, macam biasa lah, belum separuh jalan dah membuta, giler mengantuk woi !! Alhamdulillah, masa kiteorang sampai kat wad still boleh melawat lagi. Nampak muka kiteorang, airmata my MIL dah bergenang. Aku pun bergenang sama tapi tahankan diri dari menangis. Risau kalau2 my MIL nangis sama. Ramai jugak ada masa tu. My MIL kena pakai alat bantuan pernafasan. Rupa-rupanya dari malam sebelumnya dia dah susah nak bernafas. Pagi semalam my FIL terus bawak pegi hospital. Blood pressure sangat tinggi sampai 200. Confirm la kena tahan. Kiteorang tak dapat duduk lama sebab waktu melawat dah nak habis. Pak guard dah sibuk2 halau. Sempat la jugak aku berbual2 kejap dengan dia. Lepas melawat, kiteorang singgah berbuka puasa kat rumah my BIL tak jauh dari situ. Tak lama lepas tu, sorang lagi my BIL dari KL pon sampai dengan my nieces. Semua adik-beradik En. Rizal ada except my younger BIL yang kt KL jugak tak dapat balik sebab tak cuti. Maybe this Friday baru dia balik. Aku tengok my FIL relaks jek tapi dalam hati dia siapa yang tahu kan ?? Aku memang respect kat my FIL sebab dia tak jemu jaga my MIL. FIY, my MIL tu duduk atas kerusi roda. Memang tak boleh berjalan, so kena pakai adult pampers. My FIL la yang uruskan hal rumahtangga dari memasak, membasuh, mandikan my MIL, tukar pampers etc. My MIL memang dah lama sakit. Seingat aku, masa aku baru2 kawan dengan En. Rizal, my MIL still boleh berjalan. Lepas kiteorang bertunang, my MIL start sakit kaki sampai tak boleh jalan. Kesian jugak kat my in-laws sebab duduk berdua jek kat rumah. Anak2 semua jauh. Nak balik seminggu sekali pun payah. Bukan sebab taknak tapi kerana kerja masing2. Kiteorang yang consider dekat ni pun nak dapat balik sebulan dua kali pun susah.

Bercerita pasal my MIL ni, saja nak bagitau yang En. Rizal ni anak kesayangan. Kalau lama sangat tak balik mesti my MIL sedih. Pernah jugak la my MIL cakap kekadang dia duduk depan pintu rumah sambil sebut2 nama En. Rizal sampai meleleh airmata sebab dah lama tak balik. Tak ker korang sedih. Aishhh ... meleleh airmata aku ni tau !! My MIL sangat 'attached' dengan En. Rizal, maybe because masa En. Rizal bujang dulu, every weekend ... diulang EVERY WEEKEND unless ada keje En. Rizal akan balik kampung. En. Rizal ni, masa bujang jenis tak sosial ... Kerja-rumah sewa-kampung ... Itu jela rutin harian dia. That's why I LOVED HIM so much !!! Haha ...

Apepun, aku doakan my MIL akan cepat sembuh dan akan discharged ASAP. Kesian tengok dia lama2 kat wad tu. Dahlah tak selesa. Dia pun mesti sedih jek sepanjang masa. To my MIL, kami doakan mak cepat baik dan sama2 sambut hari raya ok ... Sayang MAK !!

2 ulasan:

sitiZ berkata...

bawak2 bersabar..

captain_zed berkata...

untung dpt DIL mcm ko =) pray for the best utk ur MIL ya.. chyao!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin