Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Oktober 12, 2009

Raya 2009


Haahh ... dah nak masuk minggu akhir Syawal dah ni tapi baru ler sekarang ni aku berkesempatan nak update cerita raya. Tengok blog kawan2, sume dah update cerita seawal raya pertama. Aku sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Minggu pertama Syawal, berpusing satu Johor, beraya ke rumah sanak saudara. Minggu kedua dan ketiga pulak dah sibuk dengan Azeem dan Aiman .. hujung minggu aktiviti dengan rakan2. Semalam, baru pulang dari KL. Tujuan ke KL, hantar adik aku pergi konvo kat UIA then jalan2 beraya ke rumah my BIL yang baru jek pindah rumah 3 tingkat yang sangat penat nak panjat tangga. Terus bersyukur sebab rumah aku setingkat jek. Memang tak larat nak cari rumah bertangga lagi. Huhu ...

This year, 1 Syawal kat rumah sendiri ... bersama Ayah dan adik2 aku yang sangat gila dari sehari ke sehari. Penat sangat memasak, start dari petang membawa ke malam raya ... tapi dibantu oleh Makcik tercinta ... kurang la rasa penat ... Nasib baik En. Rizal sangat rajin membantu mengemas rumah ... pasang langsir, tukar sarung kusyen, mengemop lantai ... ermm semakin cinta aku pada dia ... chewahhhh !!!

2 Syawal pulak, gerak ke Kota Tinggi ... Lama jugak la aku stay sana lebih kurang seminggu. Kami beraya beramai-ramai, dari Kota Tinggi ke Yong Peng. Bila lagi kan nak berjalan.Time cuti macam ni jela baru dapat nak jenguk saudara. Memang penat giler sebab sehari suntuk berjalan dan makan dan berjalan dan makan dan ....

Sebelum balik JB, aku lepak sehari kat rumah Makcik tercinta. Sabtu pagi terus gerak balik ke JB. Sampai JB jek terus pegi pasar sebab nak masak soto. Kawan2 adik tercinta nak datang beraya kat rumah. So, aku ajak la BFF aku ... Puan Siti n Hubby datang sekali.

Minggu seterusnya aktiviti beraya ke rumah kawan2. Dah macam tradisi pulak. Tapi kali ni tak amik gambar sangat sebab kamera dipinjam oleh adik tercinta.

Oklah ... Jom layan piccas sepanjang Syawal 2009 ... ;)




~ wif all crazy cousins ~



~ boyz 3 men ... huhu ;) ~



~ wif makcik tercinta ~


~ makcik n pakcik tercinta wif their girls n boys ~


~ one happy family ~


~ ABAH and ALL THE MENANTU .. ;0 ~


~ ABAH and ALL THE SONS ;0 ~


~ us wif ABAH n our cucu ... liana ~


~ another BIG HAPPY FAMILY ... keluarga sebelah En. RIZAL ~


~ us on 1st HARI RAYA ~


~ us wif AYAH and ALL THE CRAZY SIBLINGS ~


~ my precious BROTHERs and SISTERs ;p ~


~ AYAH n HIS KIDS ~


~ us wif AYAH ~


3 ulasan:

mumy berkata...

nk tny ar..camne nk buat tulis2 kt gambar ek?

Ieja RizaLiza berkata...

selalunya kita guna PAINT jek

mumy berkata...

camne nk guna paint?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin