Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, November 30, 2009

En. Rizal Outstation Lagik ...

Ouhh ... En. Rizal outstation lagi ... :(

Kali ni dia ke Cameron Highlands. Sumpah!! Kalau aku free macam dlu2, confirm aku akan follow dia ke sana ... hehe ...

Orang selalu tanya aku tak bosan ker duduk rumah sorang2 kalau En. Rizal terpaksa keje luar lama2. Ermm ... nak kata tak bosan tipulah kan, bosan jugak tapi aku dah biasa dengan benda tu jadi takde lah rasa sangat bosan or sunyi ke apa. Kekadang, nak hilangkan bosan aku suka window shopping sorang2. Tapi ni dulu la, masa belum jadi babysitter. Sekarang ni, siang dah kawan ... malam pulak memang selalu tido awal sebab tersangat penat.

Aku demam sebenarnya hari ni tapi still jugak nak bukak blog. Aishh .. kalau sehari tak jenguk blog ni rindu rasanya. Bukan ada benda nak cerita sangat pun tapi rindu nak baca blog rerakan seperjuangan ... hehehe ... poyo !!

Aku ingat nak jugak pergi Cameron hujung minggu ni sebab En. Rizal lama kat sana ... Agak2 boleh amik cuti tak eh ??? Hehehe ...

Khamis, November 26, 2009

Pakaian Dalam a.k.a BRA






Tajuk entri macam hebat kan ?? Idea ni timbul bila aku pegi shopping pakaian dalam kat Jusco sempena Member's Day semalam. Jenama pilihan aku semestinya Triumph. Kekadang tu beli jugak yang jenis murah tapi bila ada sales yang memang gila-sampai-nak-jalan-tak-boleh-sebab-berlaga-bontot macam ni, boleh la beli sepasang dua pakaian dalam yang mahal. Dulu En. Rizal hairan kenapa pakaian dalam perempuan sangat mahal sehingga harga beratus. Dia tanya kenapa tak beli yang kat pasar malam jek. Penat aku memberi penjelasan kepada sang suami sesungguhnya bukan tak boleh nak beli yang kat pasar malam tu tapi kekadang kualiti dia tak bagus sangat. Pakai tak sampai sebulan, dah lusuh la, koyak la. So, sesekali kena beli yang mahal tapi tahan berbulan2. Dulu aku kecik2 memang pakai yang cap pasar malam jek. Tapi bila dah dewasa, dah tahu kepentingan menjaga payudara dan kepentingan memilih pakaian dalam yang betul, terpaksa la korbankan duit sedikit untuk nampak cantik ... ye tak ??? Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan suami ... hehehe ;p

Masa zaman jahil dulu, aku main bantai je kalau beli pakaian dalam ni. Asal nampak cantik, ada renda-renda terus jek nak beli. Tak terfikir pun samada ianya sesuai atau tidak dengan bentuk payudara aku. Dahtu jenis malas nak try dulu, main ukur2 kat badan, agak2 ok terus beli. Bila nak pakai, baru lah tahu tak sesuai, saiz mangkuk kecik la, tali dia tak selesa la.

Aku mula aware pasal pemilihan bra ni masa beli jenama Triumph kat Plaza Angsana. Aunty yang promote bra jenama ni sangat peramah dan sangat suka memberi informasi yang bagus. Dia la yang ajar aku macamane nak pilih bra yang sesuai dengan bentuk payudara kita. Memang aku tabik la kat Aunty ni sebab ilmu yang aku dapat tu sangat berguna.

Jom kita tengok cara pemilihan bra yang sesuai dengan bentuk payudara kita ...


FAKTA:

Payudara kecil


- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas

- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan




Payudara pendulous


- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah

- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong

- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.




Payudara posisi jauh


- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.




Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).




INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?

  • Ukur saiz badan

    - Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

    Saiz badan TAMBAH Saiz coli
    Nombor genap 28" +4" 32"
    Nombor ganjil 29" +5" 34"



  • Ukur saiz mangkuk

    - Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli

    Beza SP-SC Saiz mangkuk
    0 A
    +1" B
    +2" C
    +3" D
    +4" DD


  • (info from Berita Harian)

    Selasa, November 24, 2009

    Buat Penghilang Bosan ... ;p

    1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

    2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

    3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

    4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
    melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

    5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

    6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

    7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

    8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

    13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

    14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.


    Ahad, November 22, 2009

    Hari Ahad ...

    Seperti yang telah dijanjikan ... arini duduk rumah jek. Memula memang ingat nak ajak En. Rizal keluar, tapi disebabkan semalam aku dah melepakkan diri sambil menonton wayang bersama kawan bujangku, CIK HAZA ... maka terpaksalah aku melupakan plan nak memujuk En. Rizal pegi Jusco Tebrau. Lagipun payment aku belum masuk, malas pulak rasanya nak jalan2-kosong-sambil-tarik-muka-bila-barang-yang-diidamkan-hanya-mampu-dilihat-dari-jarak-dekat-tapi-tak-dapat-beli!! Tension tau ...





    So, aktiviti berfaedah hari ini adalah kemas rumah-tido-lipat baju-tido-sapu lantai-tido-mop lantai-tido-basuh jamban-tido-tido-tido-bla-bla-bla ...


    Petang ni ingat nak pegi amik angin sambil main badminton kat taman. Taman mane aku nak pegi masih belum dapat dipastikan. Still jugak tu nak kuar jalan ...



    Mengantuk la ... nak tido kejap la ... jangan terlajak sudah ...

    Sabtu, November 21, 2009

    Imaginasi Tak Hengat Punya ...

    Lokasi : Big Apple Jusco Bukit Indah

    Aktiviti : Makan Donut sambil online
    Justify Full

    Tengah2 syok2 makan donut sambil melayari internet, telinga aku tetiba menangkap suara orang menjerit2. Terjengah2 aku kat luar. Takde ape2 pun. Tapi, still boleh dengar bunyi orang bergaduh. Aku pun pusing kanan ... ler ... staff Big Apple ni yang tengah bergaduh. Sorang Bangla/Nepal, sorang lagi macam Indon. Dah sampai pukul2 tapi belum tahap bertumbuk la. Entah mendek yang digaduhkan tak pulak aku teringin nak pegi menyiasat. Dari situasi yang sangat tegang itu, aku rasa si Bangla/Nepal tu tak puashati dengan si mamat Indon tu ... Haishh macam tak syiok pulak nak duduk sini. Kalau tetiba diaorang bergaduh besar macamane ... Sempat ke aku nak lari ... Lappy aku macamane ... Donut dengan air yang tak habis ni macamane ?? Berangan tak hengat ... hahaha ... padahal takde ape2 pun. Mamat 2 orang tu dah cool dah.

    Tetiba aku gelak sorang2 macam orang gila. Bukan sebab ape ... just teringat zaman2 kecik2 dulu. Aku ni memang kuat berangan. Suka fikir2 yang bukan. Kalau dulu ... aku suka main kat taman permainan. Taman ni jauh sikit dari rumah. Biasanya kalau nak main kat taman, nenek aku awal2 dah pesan kena balik sebelum kul 5.30 petang kalau tak nenek aku rotan. Tapi confirm la kan ... nama pun budak2, bila dah main jumpa kawan2, memang tak hengat dunia punya. Selalu balik lambat. Bila dah tau aku lambat, sambil lari2 itik ... dah tau lambat bukan nak pecut ni lari2 itik pulak ... mesti aku nangis sebab takut nenek aku tunggu depan pintu depan pegang batang paip. Wohhh nenek aku memang garang giler tuh ... Jelingan manja dia jek dah buat aku kecut jantung ...

    Dalam otak masa tu fikir, mesti kena sesah 2-3 kali ni, pastu mesti nenek aku tak kasi masuk rumah. Kalau tak boleh masuk rumah, mestilah tak boleh makan. Bila tak makan, aku mesti sakit. Bila sakit, tak boleh pergi sekolah. Bila tak pergi sekolah, mesti cikgu marah. Bila cikgu marah, mesti kena buang sekolah. Bila kena buang sekolah, mesti aku jadi tak pandai. Bila tak pandai, nak keje ape. Bila tak keje, camne nak cari makan .... dan senarai dia berterusan sehingga la aku dah sampai depan pintu rumah.


    Jeng ... jeng ... jeng ... Sampai rumah sebenarnya takde papepun. Nenek aku soh masuk mandi jek. Hahaha ... haish ... kelakar bila diingat2 balik. Setiap kali benda tu berulang, macam tu la aku fikir. Korang ada tak pengalaman or perasaan macam ni masa kecik2 dulu ??? Ke aku sorang jek yang kurang normal ??? Tak kesah la kan ... ;p

    Tetiba rindu giler pada nenek kesayangan hamba itu ... Arwah Sadiah bt Abd. Aziz ... Semoga Roh-nya dicucuri Rahmat di sana ... Amin ...

    Halo - Beyonce


    HALO

    Remember those walls I built
    Well baby they’re tumbling down
    And they didn’t even put up a fight
    They didn’t even make a sound
    I found a way to let you in
    But I never really had a doubt
    Standing in the light of your halo
    I got my angel now

    It’s like I’ve been awakened
    Every rule I had you breakin’
    It’s the risk that I’m takin’
    I ain’t never gonna shut you out

    Everywhere I’m looking now
    I’m surrounded by your embrace
    Baby I can see your halo
    You know you’re my saving grace
    You’re everything I need and more
    It’s written all over your face
    Baby I can feel your halo
    Pray it won’t fade away

    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    Woah…

    Hit me like a ray of sun
    Burning through my darkest night
    You’re the only one that I want
    Think I’m addicted to your light
    I swore I’d never fall again
    But this don’t even feel like falling
    Gravity can’t forget
    To pull me back to the ground again

    Feels like I’ve been awakened
    Every rule I had you breakin’
    The risk that I’m takin’
    I’m never gonna shut you out

    Everywhere I’m looking now
    I’m surrounded by your embrace
    Baby I can see your halo
    You know you’re my saving grace
    You’re everything I need and more
    It’s written all over your face
    Baby I can feel your halo
    Pray it won’t fade away

    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo)
    Halooooo ouuuu
    Halooooo ouuuu
    Halooooo ouuuu
    Ouuuuu ouuuuu ouuuuu

    Everywhere I’m looking now
    I’m surrounded by your embrace
    Baby I can see your halo
    You know you’re my saving grace
    You’re everything I need and more
    It’s written all over your face
    Baby I can feel your halo
    Pray it won’t fade away

    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo
    I can feel your halo (halo) halo
    I can see your halo (halo) halo


    Jumaat, November 20, 2009

    Nasi Dagang

    Tiba-tiba ....

    Teringat nasi dagang kat pasar malam kat TUTA dulu ...

    Sedapnya ...

    Teringin nak masak sendiri ...

    Tapi tak pandai ...

    Ada sesiapa yang tahu resepi asli Nasi Dagang tak ...




    ** pic from yahoo images **





    Hari Ini Aku Malas Nak Masak ...

    Hari ini aku dah cakap dengan En. Rizal aku malas nak masak. Dah lebih 2 minggu aku masak, sampai dah tak tahu nak masak ape. Aku ajak dia makan kat luar. Dah pilih dah nak makan kat mane. En. Rizal senyum jek bila aku cakap aku nak makan kat tempat ni. Nasib la restoran ni ada bukak cawangan baru dekat dengan UTM tu, kalau tak jenuh aku nak kena pegi highway. Tapi sebelum En. Rizal bersetuju, dia dah kenakan syarat supaya hari Ahad ni duduk rumah jek, kemas apa yang patut. Alaaa .... baru berangan nak pegi Jusco Tebrau. Mencik betul laa ... Oleh kerana tekak nak sangat makan benda tu, terpaksa la jugak bersetuju dengan syarat tersebut ... Takpe takpe ... Aku akan pujuk jugak En. Rizal supaya pegi Jusco Tebrau. Hehehe ;p





    nak makan kat sini la ... hehehe ...




    ... dan nak makan benda ni ... yumyum ...



    Khamis, November 19, 2009

    *** Blur Lagi ***

    Aduhhh ...

    Saya sakit kepala ...

    Pening sangat ...

    Sape ada petua nak hilangkan sakit kepala ...

    Tolong saya ...




    KEYAKINAN DIRI = MULUT BECOK


    Dulu2 orang kata aku ni pendiam ??? Tapi pendiamkah aku ??? Hah itulah persoalaannya !!! Sebenarnya, aku tak rasa aku pendiam cuma aku ni jenis kalau dengan orang tak kenal dan kurang biasamemang payah nak berbual. Yelah kan .. xkan tetiba dengan orang baru kenal terus nak berbual macam dah cium molot. Tapi ada jugak jenis orang yang memang jenis suka bercakap .. tak kira bila, dengan siapa, di mana ... Kekadang dengan orang yang baru jumpa kat kedai jual kasut pun boleh siap cerita kat rumah dia ada segudang kasut blablabla ...

    Tapi sekarang ni, orang kata aku banyak mulut pulak. Jenis tak reti nak diam. Dah takde sopan santun aka malu2 kucing even dengan orang yang aku baru kenal. Betul ker ??? Satu lagi persoalan !!! Bila difikir2 balik, ada betulnya kot .. Dulu aku ni jenis yang sangat tidak yakin diri. Rasa macam rendah diri sangat. Disebabkan keadaan fizikal aku yang montel tapi comel ... hehe ... tetap tu nak angkat bakul sendiri, aku jadi pemalu. Bila jalan sorang2, mesti rasa tak selesa sebab rasa macam orang semua tengok betapa 'comelnya' aku ... Dalam otak aku selalu fikir mesti orang2 ni kutuk2 aku ... Haish !!! Mentaliti kanak2 betul la ...

    Masa sekolah dulu, aku pernah admire kat sorang budak ni. Entah macamane, budak ni boleh dapat tau. Sejak aritu dia selalu kutuk2 aku. Yang buat aku sakit hati tu, kawan2 dia pon boleh join sekaki kutuk2 aku. Masa tu rasa terhina sangat. Kalau diaorang terserempak dengan aku, diaorang mesti jerit2 cakap gempa bumi, gempa bumi. Sampai sekarang aku masih ingat diaorang semua. Ada jugak yang aku jumpa kat FB. Masing2 dah ada keluarga sendiri termasuklah budak yang aku admire dulu. Takpelah ... benda semua tu dah berlalu. Aku pun dah ada kehidupan sendiri ... dah En. Rizal kesayanganku itu. Biarlah orang lain nak kata aku gemuk ke, badak ke, doraemon ke ... hahaha ... yang penting aku tau En. Rizal menerima aku seadanya. Cinta En. Rizal !!! Hehehe ;p

    Seiring dengan perubahan masa, bila dah kerja dan bergaul dengan lebih ramai orang, aku mula yakin pada diri sendiri. Tak amik port pun apa orang nak cakap pasal aku. Yang penting aku happy dan tak menyusahkan hidup orang lain. Bila dah bergaul dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang kehidupan serta usia, tu yang agaknya mulut aku ni macam bertih jagung sekarang ni. Tak kira orang tu aku baru kenal ke apa aku selamba jek menuturkan kata2. Kadang2 tu aku suka buat lawak poyo giler terhadap waiter yang amik order kat kedai makan yang aku singgah ... BFF aku, Pn. Siti selalu tegur aku ... hehehe ... rileks la siti ... aku kan peramah ...

    Sebenarnya sambil menaip ni aku tengah goggle resepi ... arini nak masak ketam tapi tak tahu nak masak ape ... En. Rizal suruh masak ketam cili ... tapi aku macam nak makan ketam masak lemak ... aishhh ... dah la ketam tu ada 4 ekor jek ... huhu ... mahal siot ketam ... sekilo RM18.00 ... Terkeluar tajuk la pulak ... Aku goggle jugak petua meningkatkan keyakinan diri ... jom kongsi bersama ...







    1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

    2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

    3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

    4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

    5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

    6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
    dan relak.)

    7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
    Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

    8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

    9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

    10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

    11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

    12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

    13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol



    -Petua di atas petikan dari artikel di sini -

    An Instant Mom


    Being an instant mom to 2 boys definitely not an easy task. At first, it's kind of hard because i'm not use of it. Aku terpaksa menyesuaikan diri untuk mengikut kerenah mereka. Nama pun kanak2 kan ... sometimes they can be so cute, the other time they can be so annoying ... especially kalau diaorang tiba2 buat perangai pastu nangis tak tentu pasal.

    Aku mengaku kekadang boleh hilang sabar dengan perangai diaorang tapi takde lah sampai tahap nak mendera just mulut jek selalu cakap 'nanti ibu popok (pukul=cubit=rotan=etc) nak ???' ... Selalunya teknik ni menjadi supaya diaorang behave tapi kadang2 tak jadi langsung ... bak kata orang masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Aku selalu senyum sorang2 terkenang agaknya macam tu lah perangai aku time kecik2 dulu. Selalu buat ibu dan nenek aku naik darah ... hehehe

    So far, Azeem dengan Aiman senang nak manage. Aku pun dah sediakan schedule untuk diaorang. First thing in the morning lepas diaorang datang, bagi minum susu then kena tidur. Biasanya dalam pukul 10 pagi diaorang terjaga, aku bagi sarapan pastu terus mandi. Then, main2 or tengok tv sampai kul 1 tgh. After that, makan tengahari. Selalunya, lepas makan tengahari diaorang akan tidur sampai petang. Bila dah bangun semula, just tengok tv or main2 sesama sendiri.

    Aku pulak, time diaorang tido la time untuk online or buat kerja rumah. Kalau tak memang tak boleh tinggal sebab Azeem suka mengacau adik dia. Kekadang aku pegi dapur kejap jek pun dia boleh usik adik dia sampai nangis. Yang si adik pulak, pantang kena usik sikit, asik nak merengek ... manja la katakan ...

    In the end of the days, aku puashati sebab dapat jalankan tugas dengan baik. Hehe ... ada chance untuk jadi ibu mithali ni ... one fine day ...

    Apepun, tugas seorang ibu memang mencabar ... so aku tabik spring kat ibu2 di luar sana yang boleh manage anak2 yang ramai ... InsyaALLAH , aku juga mau jadi seperti itu !!

    What Music Are You ??

    My sister once said that you don't need to know specific languange to love a music. I'm totally agree with her. As for me, i enjoy music so much. Any kind of music actually .. anything with groovy and easy-listening beat.

    Kekadang bila dengar sesuatu lagu tu dalam bahasa yang sepatah haram kita tak faham, but still kita boleh enjoy dan goyang kepala dan pinggul sekali. That's what i called Power Of The Music ... ececehh ... For example, aku sendiri suka dengar lagu Hindustan yang sememangnya nak menyebut patah2 perkataan dia pun sampai terbelit lidah ...

    I just can't live without music ... because i love it so much ... 70% of the capacity of my HP memory card was using for saving MP3's. I think got more than 150 songs in the list.

    Aku ni easy listener ... takde genre music tertentu yang aku suka. Whatever lagu yang boleh menarik perhatian aku, aku akan layan ...

    What about you ??? What music are you ???

    Rabu, November 18, 2009

    *** B.L.U.R ***

    Dah lebih sebulan tak menjengah dunia maya, adalah jugak 2-3 orang 'peminat' ... hahha yang call n sms tanya kenapa blog aku ni dah macam gua kelam ... bersarang macam sarang tikus takpun sarang semut ... eh macam nama kuih raya pulak ...

    Sebenarnya ... aku takde internet sepanjang bulan lepas. Aku sudah kasi potong aku punya broadband yang lama sebab aku taknak bayar sebab perkhidmatan broadband tersebut yang sangat 'hebat' kat area rumah aku nih ... Rasa macam nak bakar jek service provider tuh ...

    But now, aku dah pasang broadband dari provider yang baru ... yang mantap gitu ... hehehe ... so takyah pening2 kepala lagik ... pasni confirm aku online sampai muntah kelabu unless aku tak bayar bil ... hukhukhuk

    Bila dah lama sangat tak update blog ni, jadi blur pulak aku .... tak tau nak cerita ape ... So, aku update FB jela sambil download lagu sebab lappy aku ni buat hal ... kena virus ... then kena reformat ... habis segala dokumen, gambar dan lagu2 yang aku save dalam lappy ... Sedih giler tak buat backup awal2 ...

    Aku still macam biasa ... still being a instant mom to Azeem and Aiman ... Selain dari tu takde ape yang menarik dalam hidup aku sepanjang kehilangan diriku di dunia maya ... hehehe tak boleh blah ayat ...

    Anyway, thanks to rerakan yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog aku nih ... Insya-ALLAH lepas ni ... akan sentiasa ada cerita terbaru tentang dunia aku yang tak berapa glamer nih ... Oklah ... chow for now !!!

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin