Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 19, 2009

KEYAKINAN DIRI = MULUT BECOK


Dulu2 orang kata aku ni pendiam ??? Tapi pendiamkah aku ??? Hah itulah persoalaannya !!! Sebenarnya, aku tak rasa aku pendiam cuma aku ni jenis kalau dengan orang tak kenal dan kurang biasamemang payah nak berbual. Yelah kan .. xkan tetiba dengan orang baru kenal terus nak berbual macam dah cium molot. Tapi ada jugak jenis orang yang memang jenis suka bercakap .. tak kira bila, dengan siapa, di mana ... Kekadang dengan orang yang baru jumpa kat kedai jual kasut pun boleh siap cerita kat rumah dia ada segudang kasut blablabla ...

Tapi sekarang ni, orang kata aku banyak mulut pulak. Jenis tak reti nak diam. Dah takde sopan santun aka malu2 kucing even dengan orang yang aku baru kenal. Betul ker ??? Satu lagi persoalan !!! Bila difikir2 balik, ada betulnya kot .. Dulu aku ni jenis yang sangat tidak yakin diri. Rasa macam rendah diri sangat. Disebabkan keadaan fizikal aku yang montel tapi comel ... hehe ... tetap tu nak angkat bakul sendiri, aku jadi pemalu. Bila jalan sorang2, mesti rasa tak selesa sebab rasa macam orang semua tengok betapa 'comelnya' aku ... Dalam otak aku selalu fikir mesti orang2 ni kutuk2 aku ... Haish !!! Mentaliti kanak2 betul la ...

Masa sekolah dulu, aku pernah admire kat sorang budak ni. Entah macamane, budak ni boleh dapat tau. Sejak aritu dia selalu kutuk2 aku. Yang buat aku sakit hati tu, kawan2 dia pon boleh join sekaki kutuk2 aku. Masa tu rasa terhina sangat. Kalau diaorang terserempak dengan aku, diaorang mesti jerit2 cakap gempa bumi, gempa bumi. Sampai sekarang aku masih ingat diaorang semua. Ada jugak yang aku jumpa kat FB. Masing2 dah ada keluarga sendiri termasuklah budak yang aku admire dulu. Takpelah ... benda semua tu dah berlalu. Aku pun dah ada kehidupan sendiri ... dah En. Rizal kesayanganku itu. Biarlah orang lain nak kata aku gemuk ke, badak ke, doraemon ke ... hahaha ... yang penting aku tau En. Rizal menerima aku seadanya. Cinta En. Rizal !!! Hehehe ;p

Seiring dengan perubahan masa, bila dah kerja dan bergaul dengan lebih ramai orang, aku mula yakin pada diri sendiri. Tak amik port pun apa orang nak cakap pasal aku. Yang penting aku happy dan tak menyusahkan hidup orang lain. Bila dah bergaul dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang kehidupan serta usia, tu yang agaknya mulut aku ni macam bertih jagung sekarang ni. Tak kira orang tu aku baru kenal ke apa aku selamba jek menuturkan kata2. Kadang2 tu aku suka buat lawak poyo giler terhadap waiter yang amik order kat kedai makan yang aku singgah ... BFF aku, Pn. Siti selalu tegur aku ... hehehe ... rileks la siti ... aku kan peramah ...

Sebenarnya sambil menaip ni aku tengah goggle resepi ... arini nak masak ketam tapi tak tahu nak masak ape ... En. Rizal suruh masak ketam cili ... tapi aku macam nak makan ketam masak lemak ... aishhh ... dah la ketam tu ada 4 ekor jek ... huhu ... mahal siot ketam ... sekilo RM18.00 ... Terkeluar tajuk la pulak ... Aku goggle jugak petua meningkatkan keyakinan diri ... jom kongsi bersama ...







1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol



-Petua di atas petikan dari artikel di sini -

6 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

hohoho..faezah...sapekah gerangan yg koadmire tu??
aku kenal ke??kekekkeke...

Ieja RizaLiza berkata...

hehe ... ko x kenal sebab time ti kt sek men ... hehehe

sitiZ berkata...

aku mesti kenal..sila memberitahu diriku ye pn faizah..

Ieja RizaLiza berkata...

sitiZ : mane boleh bgtau ... biarlah menjadi rahsia hidupku ... hahahahhaha

yatiyahya berkata...

faizah..kiter kenal tak bdk tu?
kita rasa mcm kenal..hehehhhe..

Ieja RizaLiza berkata...

yatie : confirm arr awak kenal ... hehe ... kite br tau dia dh kawin ... tgk FB dia ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin