Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, November 21, 2009

Imaginasi Tak Hengat Punya ...

Lokasi : Big Apple Jusco Bukit Indah

Aktiviti : Makan Donut sambil online
Justify Full

Tengah2 syok2 makan donut sambil melayari internet, telinga aku tetiba menangkap suara orang menjerit2. Terjengah2 aku kat luar. Takde ape2 pun. Tapi, still boleh dengar bunyi orang bergaduh. Aku pun pusing kanan ... ler ... staff Big Apple ni yang tengah bergaduh. Sorang Bangla/Nepal, sorang lagi macam Indon. Dah sampai pukul2 tapi belum tahap bertumbuk la. Entah mendek yang digaduhkan tak pulak aku teringin nak pegi menyiasat. Dari situasi yang sangat tegang itu, aku rasa si Bangla/Nepal tu tak puashati dengan si mamat Indon tu ... Haishh macam tak syiok pulak nak duduk sini. Kalau tetiba diaorang bergaduh besar macamane ... Sempat ke aku nak lari ... Lappy aku macamane ... Donut dengan air yang tak habis ni macamane ?? Berangan tak hengat ... hahaha ... padahal takde ape2 pun. Mamat 2 orang tu dah cool dah.

Tetiba aku gelak sorang2 macam orang gila. Bukan sebab ape ... just teringat zaman2 kecik2 dulu. Aku ni memang kuat berangan. Suka fikir2 yang bukan. Kalau dulu ... aku suka main kat taman permainan. Taman ni jauh sikit dari rumah. Biasanya kalau nak main kat taman, nenek aku awal2 dah pesan kena balik sebelum kul 5.30 petang kalau tak nenek aku rotan. Tapi confirm la kan ... nama pun budak2, bila dah main jumpa kawan2, memang tak hengat dunia punya. Selalu balik lambat. Bila dah tau aku lambat, sambil lari2 itik ... dah tau lambat bukan nak pecut ni lari2 itik pulak ... mesti aku nangis sebab takut nenek aku tunggu depan pintu depan pegang batang paip. Wohhh nenek aku memang garang giler tuh ... Jelingan manja dia jek dah buat aku kecut jantung ...

Dalam otak masa tu fikir, mesti kena sesah 2-3 kali ni, pastu mesti nenek aku tak kasi masuk rumah. Kalau tak boleh masuk rumah, mestilah tak boleh makan. Bila tak makan, aku mesti sakit. Bila sakit, tak boleh pergi sekolah. Bila tak pergi sekolah, mesti cikgu marah. Bila cikgu marah, mesti kena buang sekolah. Bila kena buang sekolah, mesti aku jadi tak pandai. Bila tak pandai, nak keje ape. Bila tak keje, camne nak cari makan .... dan senarai dia berterusan sehingga la aku dah sampai depan pintu rumah.


Jeng ... jeng ... jeng ... Sampai rumah sebenarnya takde papepun. Nenek aku soh masuk mandi jek. Hahaha ... haish ... kelakar bila diingat2 balik. Setiap kali benda tu berulang, macam tu la aku fikir. Korang ada tak pengalaman or perasaan macam ni masa kecik2 dulu ??? Ke aku sorang jek yang kurang normal ??? Tak kesah la kan ... ;p

Tetiba rindu giler pada nenek kesayangan hamba itu ... Arwah Sadiah bt Abd. Aziz ... Semoga Roh-nya dicucuri Rahmat di sana ... Amin ...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin