Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, November 26, 2009

Pakaian Dalam a.k.a BRA






Tajuk entri macam hebat kan ?? Idea ni timbul bila aku pegi shopping pakaian dalam kat Jusco sempena Member's Day semalam. Jenama pilihan aku semestinya Triumph. Kekadang tu beli jugak yang jenis murah tapi bila ada sales yang memang gila-sampai-nak-jalan-tak-boleh-sebab-berlaga-bontot macam ni, boleh la beli sepasang dua pakaian dalam yang mahal. Dulu En. Rizal hairan kenapa pakaian dalam perempuan sangat mahal sehingga harga beratus. Dia tanya kenapa tak beli yang kat pasar malam jek. Penat aku memberi penjelasan kepada sang suami sesungguhnya bukan tak boleh nak beli yang kat pasar malam tu tapi kekadang kualiti dia tak bagus sangat. Pakai tak sampai sebulan, dah lusuh la, koyak la. So, sesekali kena beli yang mahal tapi tahan berbulan2. Dulu aku kecik2 memang pakai yang cap pasar malam jek. Tapi bila dah dewasa, dah tahu kepentingan menjaga payudara dan kepentingan memilih pakaian dalam yang betul, terpaksa la korbankan duit sedikit untuk nampak cantik ... ye tak ??? Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan suami ... hehehe ;p

Masa zaman jahil dulu, aku main bantai je kalau beli pakaian dalam ni. Asal nampak cantik, ada renda-renda terus jek nak beli. Tak terfikir pun samada ianya sesuai atau tidak dengan bentuk payudara aku. Dahtu jenis malas nak try dulu, main ukur2 kat badan, agak2 ok terus beli. Bila nak pakai, baru lah tahu tak sesuai, saiz mangkuk kecik la, tali dia tak selesa la.

Aku mula aware pasal pemilihan bra ni masa beli jenama Triumph kat Plaza Angsana. Aunty yang promote bra jenama ni sangat peramah dan sangat suka memberi informasi yang bagus. Dia la yang ajar aku macamane nak pilih bra yang sesuai dengan bentuk payudara kita. Memang aku tabik la kat Aunty ni sebab ilmu yang aku dapat tu sangat berguna.

Jom kita tengok cara pemilihan bra yang sesuai dengan bentuk payudara kita ...


FAKTA:

Payudara kecil


- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas

- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan




Payudara pendulous


- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah

- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong

- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.




Payudara posisi jauh


- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.




Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).




INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?

  • Ukur saiz badan

    - Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

    Saiz badan TAMBAH Saiz coli
    Nombor genap 28" +4" 32"
    Nombor ganjil 29" +5" 34"



  • Ukur saiz mangkuk

    - Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli

    Beza SP-SC Saiz mangkuk
    0 A
    +1" B
    +2" C
    +3" D
    +4" DD


  • (info from Berita Harian)

    1 ulasan:

    cik EPAL berkata...

    tips yang berguna....


    klik iklan new zealand ;)

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin