Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tahun 2010



SELAMAT TAHUN 2010 UNTUK SEMUA BLOGGERS

DAH SIAP LIST AZAM BARU ANDA ???

AKU TAKDE AZAM.

APA YANG AKU HARAPKAN ADALAH :

1) IMPIAN MEMPUNYAI ZURIAT SENDIRI (MASIH DITERUSKAN SAMPAI BERJAYA)
2) DAPAT PERGI HOLIDAY
3) KEBERKATAN DALAM HIDUP
4) SEMOGA RUMAHTANGGA AKU DAN EN. RIZAL BERKEKALAN SAMPAI BILA2


AKU MENDOAKAN SEMOGA AZAM KALIAN TAHUN 2010 INI AKAN TERCAPAI. INSYAALLAH ... AMIN !!



p/s : ini adalah tahun terakhir aku dalam usia 20-an huahuahua ;p

Rabu, Disember 30, 2009

Kedai Makan Online



** Ini Adalah Entri merangkap Iklan Tidak Berbayar **


Pada sesiapa yang berada di kawasan Johor Bahru dan berniat untuk mengadakan apajua majlis secara kecil-kecilan, bolehlah berkunjung ke Kedai Makan Online aku untuk membuat tempahan pelbagai jenis menu.

Sebenarnya, sejak jadi suri rumahtangga ni, aku adalah buat perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Takde niat pun nak publish or buat blog. Tapi ALHAMDULILLAH, disebabkan permintaan terhadap khidmat aku ni mendapat sedikit sambutan, jadi aku rasa baik aku ambil peluang untuk maju lagi setapak dengan mengiklankan perkhidmatan aku itu di alam maya. Menjana pendapatan sampingan kata orang ;)

Jadi, bagi sesiapa yang berminat bolehlah hubungi aku. Tapi diingatkan sekali lagi, aku masih baru dalam bidang ni, baru nak bertatih, jadi perkhidmatan agak terhad. By the way, terima kasih pada kawan-kawan yang bagi sokongan dengan meng'order' makanan dari aku. Silalah order lagi ... hehe ...

Selasa, Disember 29, 2009

**Entri Tak Bertajuk**

Korang percaya pada sihir dan ilmu hitam ?? Kalau tanya pada aku, jawapan aku percaya tapi aku bukan pengamal. Ishh selisih malaikat 44 kata orang.

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal benda ni ?? Sebab beberapa hari yang lepas, telinga dan mata aku dihidangkan dengan kes berkaitan sihir dan ilmu hitam ni ... Benda ni terjadi pada seorang yang sangat rapat dengan aku. Sangat kasihan melihat beliau. Dalam nak mendapat kebahagiaan, dia terpaksa berdepan dengan kesakitan yang memang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku harap sangat dia tabah kerana segalanya sudah selesai dan semoga dia dan keluarganya sentiasa dibawah lindungan ALLAH.

Sebenarnya aku sedih sangat bila terjadinya perkara macam ni. Tapi, memang betul kata orang demi harta dan kecantikan, orang sanggup buat apa sahaja termasuk memperjudikan nyawa orang lain. Dan lebih menyedihkan lagi nyawa yang dipertaruhkan itu adalah nyawa yang sedarah dengan si pelaku ilmu sihir. Tak terfikir ke si pelaku bahawa perbuatan dia menyekutukan ALLAH. Aku tak mahu menuduh sesiapa walaupun dalam hati kecil aku mengiyakan siapa gerangan si pelaku. Apa yang aku boleh harapkan semoga si pelaku bertaubat dan memohon ampun pada ALLAH.

p/s : sentiasa berdoa kepada ALLAH agar diberi perlindungan dari segala Syaitan !!

CANDID PHOTO CONTEST

Lagi sekali aku join contest ... macam dah seoronok pulak !! Kali ni, aku join CANDID PHOTO CONTEST yang dianjurkan oleh Halim.



( klik gambar untuk sertai)



SYARAT2 SANGAT MUDAH SEPERTI YANG DINYATAKAN TUAN BLOG : -

1. Korang mestilah jadi follower blog aku yg x seberapa ni..hehe..(sambil menyelam minum air..nak promote sikit) - DONE


2. Namakan entry korang sbg CANDID PHOTO CONTEST - DONE


3. Copy gambar di atas tu dan paste kat entry korang..jgn lupa utk link gambar tu ke entry ini ye. Muat naik (upload) SATU gambar candid korang yg menarik (Contohnye spt gambar di bawah).gambar mestilah original dan bukan gambar org lain.. - DONE

4. Lps upload, jgn lupa leave your comment with the link...nanti aku dan para juri akan dtg melawat.. - DONE



*******************************************************************


Aku pilih gambar ni, gambar yang diambil oleh suami semasa nak tengok wayang ...

Rabu, Disember 23, 2009

Tudung Giveaway Contest

Sedang ber-bloghopping, nampak contest ni yang dianjurkan oleh Teratak Comel Lotte ... so join la ... Syarat2 dia pun senang jek ...

Syarat2 Penyertaan ialah:

  • Mesti ada blog - YUP
  • Jadi Follower Teratak Comellotte dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda - YUP
  • Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - YUP
  • Buat entri mengenai contest ini - YUP
  • Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia - YUP
  • Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira - YUP
  • Tinggalkan link entri anda di ruang komen dibawah - YUP
  • Tarikh tutup: 15/01/2010


Hadiah bakal diterima:

Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60
Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50
Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45

5 Hadiah Saguhati- 1 voucher RM10 serta hadiah misteri so apa tunggu lg,jom join sekarang.



*************************************************************************************

~ gambar ini diambil semasa bercuti ke Pulau Pangkor bersama adik dan kawan2nya pada tahun 2008 ~


Selasa, Disember 22, 2009

Masih Dalam Pertimbangan


Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa nak kerja semula selepas lebih 2 tahun jadi fulltime housewife. Mungkin sebab terpengaruh dengan segilintir manusia yang suka menyindir bila aku bagitau aku ni tak bekerja just jadi babysitter. Kekadang naik hairan dengan segelintir manusia ni yang fikir kalau seseorang tu bekerja office hour, dia dah sangat hebat. Kau ingat jadi suri rumah tangga dan babysitter tak hebat ke ?? Hebat tau !! Sebab kau jaga anak orang. Amanah orang. Dalam masa yang sama kau urus rumahtangga kau sendiri.

Bila aku suarakan perihal ni pada En. Rizal, dia bagi tazkirah. Dia tanya apa tujuan aku nak kerja semula. Aku cakap lah yang aku dah bosan duduk rumah, nak luaskan networking, nak bantu dia semula untuk kukuhkan ekonomi keluarga. Then, aku bagitau la jugak pasal aku menyampah dengan segelintir manusia tu. Eh tetiba dia marah. Dia cakap kenapa perlu nak ambil peduli sangat dengan apa orang cakap. Dia cakap aku tak perlu nak buktikan apa2 pada orang luar. Dia cakap lagi ( hai berapa banyak cakap dahhh ... ), nak buat apa kerja semata-mata nak puaskan hati orang lain. Let say orang sindir2 aku tak pandai masak, dia cakap takkan aku nak pegi kelas memasak, orang kata aku tak pandai menjahit, takkan aku nak pegi kelas menjahit. Apa yang aku buat sebab nak puaskan hati orang, bukan sebab kemahuan sendiri.

Termenung la jugak aku memikirkan apa yang En. Rizal cakap. Memang betul apa yang dia bising2kan tu tapi yang merasa hati aku, yang mendengar telinga aku. Aishhhh .... geram betul laa ...

En. Rizal izinkan aku kerja semula kalau niat aku untuk kebaikan keluarga tapi dia tak izinkan kalau niat aku salah which is nak kerja sebab nak menunjukkan kat segelintir manusia tu aku pun hebat sebab kerja 9-5 ...

Tapi, semuanya masih dalam pertimbangan. Banyak benda aku kena fikir. Azeem dan Aiman adalah perkara pertama bermain dalam kepala otak aku since aku tetiba meroyan nak kerja balik. Aku dah sayang sangat kat diaorang ni. Pastu, aku kena fikir, mental dan fizikal aku bersedia ke kalau dapat kerja yang menduga iman, sanggup ke lepaskan kebebasan yang aku nikmati sekarang.

Apapun, keinginan nak bekerja semula tu memang ada cuma timing belum mengiizinkan. InsyaALLAH, kalau ada rezeki dan peluang untuk aku lebih maju, tak salahkan aku merebut peluang tersebut. Untuk diri aku dan keluarga aku. Bukan untuk segelintir manusia itu.

Ear, Nose and Throat


Dah 2-3 hari aku selesema dan batuk. Malas nak pegi klinik sebab dasar jenis ada batu dalam kepala, payah sangat nak makan ubat as if rela mati dari makan ubat untuk sembuh. So, En. Rizal belikan ubat batuk kat farmasi je. Tapi, dah habis sebotol aku telan, batuk still tak baik tapi dia berjangkit kat tekak pulak. Bangun pagi tadi, tekak rasa kembang seolah2 ada ayam percik tersekat kat kerongkong. Lepas mandi, terasa telinga seperti pekak sebelah. Aduih ... bab ni yang paling aku kurang senang. Aku ni jenis kalau selesema mesti datang dengan pakej ... mula2 batuk, sakit tekak then hinggap kat telinga. Berdengung jek rasa ... gatal pun ia jugak ...


Oleh kerana tahap kesedaran tiba-tiba menyapa diri, dengan rela hati berbisik lembut pada En. Rizal supaya diri ini di bawa ke klinik. Hah ... lelaki itu confirm la teramat suka seperti orang mengantuk disorong bantal (agak kurang kena peribahasa itu tapi letih nak fikir peribahasa lain), terus bersetuju tapi kena tunggu dia balik kerja. Aku pun setuju jela.

Macam biasa, lepas Azeem dengan Aiman sarapan, dan mereka bersukaria menonton Ceria 611, aku pulak la yang membaham apa yang ada di atas meja. Menu sarapan harini ialah roti sapu mentega atau jem stroberi beli kat Cameron Highland. Entah macamane, tak sampai 5 minit aku telan roti tu, tetiba batuk2 yang sangat dahsyat ... dan aku akur terpaksa keluarkan semula apa yang baru ditelan. Tekak dah rasa perit gila. Sahlah la ni, tekak sedang membengkak.

Aku masih cuba bertahan tapi bila aku makan nestum dalam pukul 12 tghari still berulang perkara yang sama, terus capai hp, dial no En. Rizal. Mengadu dah tak larat sangat. Dengan nada berunsur paksa, aku mintak En. Rizal balik rumah time lunch break untuk hantar aku pegi klinik. Demi rasa sayang dan cinta pada isteri, En. Rizal balik kutip aku dengan Azeem dan Aiman bawak pegi jumpa doktor.

Sebenarnya, aku sakit hati kalau pergi klinik biasa ni ... Bukan dia check apa sangat pun, tapi charge mak oii ... Tapi, oleh kerana nakkan jugak ubat batuk dan ubat sakit tekak, aku pergi jugak la.

Sudahnya, dengan charge RM35, aku dapat consultation tak sampai 3 minit, ubat batuk, ubat selesama, antibiotik dan ubat sakit tekak.

Balik rumah, terus makan ubat2 sekelian walaupun dengan separuh hati.


p/s : terima kasih pada suami yang prihatin ... huhu sayang kamu !!

Isnin, Disember 21, 2009

Midnite Show with Encik Rizal

Hari Jumaat yang lepas masa cuti Awal Muharram tu, aku ajak En. Rizal pegi tengok midnite show. Dah lama sebenarnya tak tengok midnite show macam ni. Time berchenta dulu, memang suka keluar malam, balik sampai pukul 2-3 pagi walaupun esoknya hari kerja. Tengah hangat nak berdating la kononnya masa tu ... Selalu lepak2 tengok wayang pastu makan2, takpun jalan2 kat Danga Bay, paling tidak pun lepak kat Lido (masa tu kat area Lido boleh parking kereta, makan stimbot, sekarang tengah jalan upgrade).

Melalut pulak pergi cerita zaman berchenta dulu-dulu ...

Aku pergi tengok cerita Avatar. Punyalah ramai orang tengok. Family, couples and friends. Tapi ramai jugak yang hampa sebab tiket sold-out. Nasib aku dah tempah online, sebab dah boleh agak mesti fullhouse. Mula-mula nak book show pukul 12.45 am tapi dah tinggal seat yang bahagian bawah, so aku ambik show pukul 11.15 pm jek.

Aku malas nak review pasal cerita ni sebab ... aishh sedih nak cakap ...

Sebab kau tengok-tido-tengok-tido ... kan kan kan

Boleh pulak malam tu, aku kena batuk2 dan selesema ... So, sebelum gerak pegi panggung, aku pun minum la ubat batuk ... Terlupa pulak, ubat batuk itu menyebabkan ngantuk ... Jadi, kesudahannya baru 20 minit cerita tu tayang, aku dah terlena. Bila terjaga, dah separuh jalan, konon nak sambung tengok, kejap lagi tertidur semula ... berulang2 la bangun-tido-bangun-tido. Lastly, aku tanya En. Rizal jek macamane cerita dia. Tapi, masa yang aku terjaga tu aku dapat jugak la tengok aksi2 dalam cerita tu ... macam best jugak laa ...

Besok pagi, bukak Facebook, sana sini orang cakap Avatar best, so aku pun buat kesimpulan cerita tu best walaupun macam hampeh aku tak paham ... hahaha ;p




~ tak pernah2 aku tido masa tengok wayang, aishhh ~




~ mata dah start layu sambil minum air suam + panadol Soluble ~




~ sedang menunggu makanan ~




~ baru masuk panggung, then Zzzzzz .... ~

Rabu, Disember 16, 2009

***Takde Keje***


" Jangan melafaz andai tak cinta,
Jangan memilih andai tak kasih "

Aku Yakin

Aku yakin akan takdir-Mu
Aku pasrah dan redha

Aku yakin akan pintu-Mu
Aku lalui setiap cabangnya

Aku yakin akan rahmat-Mu
Aku berdoa untuk yang terbaik

Aku yakin akan nikmat-Mu
Aku bersabar menanti tibanya waktu

Aku yakin segala tentang-MU
Kerana KAU ADALAH SATU
Kerana KAU PENCIPTAKU
Kerana KAU KEAGUNGAN ABADI

Aku yakin ....

BLACK AND WHITE PHOTOGRAPHY CONTEST



Sebenarnya, ini first time aku join contest sepanjang menjadi blogger ni. Itupun lepas aku tengok member aku join. Oleh sebab syarat dia sangat mudah, aku pun join jelah. Jenuh gak godek2 lappy ni nak cari gambar yang bersesuaian. So, kalau korang nak join contest yang sangat simple ni, boleh la ke blog Ezzan.


**************************************************************




Gambar yang dirasakan dapat menarik minat juri adalah ....


gambar ni diambil masa kat Melaka, lebih kurang 6-7 bulan lepas semasa aku teman my bestfriend buat gambar pre-wedding dia ...

9 Sebab Hati Tidak Bahagia


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.
Pemarah : paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2
. Pendendam : tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3.
Hasad dengki : amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4.
Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia


5.
Tamak : orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6.
Tidak sabar : andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)


7.
Ego : ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8.
Riak : terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9.
Cinta dunia : tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan :
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Selasa, Disember 15, 2009

Merewang Bersama Teman

Last Saturday, dapat jugak la aku melepakkan diri bersama-sama dengan teman-teman seangkatan setelah lama tidak melakukan aktiviti tersebut. Lokasi, seperti biasa ... Jusco Aeon Tebrau. Aktiviti, juga seperti biasa .. menambah-kayakan TGV Cinemas dan segala restoran yang terdapat di situ ( dalam erti kata lain, makan ikut nafsu sebab kau dah makan pizza kat Vivo untuk lunch, then kawan kau boleh bagi idea untuk makan Sushi pulak untuk tea-time ... )




~ kalau dah namanya Camera Freak ... kat jamban pun boleh ... ~




~ kau berdua tak payah nak budget comel .. okeh ;p ~




~ terlepas kejap perempuan ini kerana suaminya tiada di rumah ~




~ aku rindu sentiasa saat2 seperti ini ... tapi tak cukup corumn la ... artis takde, tunggu artis balik, kita hangout lagik ok !! ~


Manusia ... Manusia ...

Mengambil berat terhadap orang lain memang tak salah tapi yang salahnya bila kau terlebih-lebih sangat mengambil berat pasal orang lain sampaikan cerita dalam kelambu orang pun kau nak ambil tau. Aku memang paling tak suka kategori orang yang macam ni. Aku sebenarnya takde la kisah sangat nak bercerita pasal kehidupan aku pada orang lain. Mana lah tahu kalau aku boleh dapat pengajaran dari orang2 itu kan tapi tengok jugak la dengan siapa aku nak cerita tu ... kalau dengan kawan baik ker, adik beradik ker takpe la. Takkan aku nak jaja cerita atas katil aku kat semua orang.

Aku sangat-sangat menghargai niat baik orang yang selalu 'comfort' aku kalau bercerita perihal anak. Yela, memang aku sedih sebab aku belum ada rezeki nak ada zuriat sendiri. Tapi, itu tak bermaksud aku ni jenis suka nak orang korek cerita peribadi aku 'bersama' suami. Tanya yang basic sudahlah, ini sampai nak tanya berapa kali aku 'ehem-ehem' dalam sebulan, kenapa susah nak lekat la, tak pandai guna 'posisi' la ... apehal makcik ???? Terus hilang rasa hormat aku pada kau.

Terus-terang aku cakap, aku dah berusaha bermacam-macam cara untuk dapatkan zuriat tapi masih belum diizinkan oleh ALLAH. Susah sangat ker manusia2 yang segelintir ni nak faham konsep rezeki dan takdir. Aku memang bukan alim ulama yang hebat untuk bercerita tentang semua itu, tetapi sebagai manusia beragama ISLAM, aku redha dengan setiap ketentuan ALLAH. Apa yang boleh aku lakukan hanyalah terus berusaha dan bertawakal.

Takkanlah dengan setiap orang yang bertanya tentang anak pada aku, aku nak terangkan bahawa sesungguhnya aku ni dah pergi berubat cara moden, cara tradisional, makan ubat, makan jamu. Nanti aku siap tunjuk carta perubatan aku, kau pulak silap2 juling mata.

Ambil berat, bertanya, beri nasihat, itu sudah cukup buat aku. Terima kasih yang tak terhingga. Tapi, kalau nak tanya yang bukan-bukan, memang aku tak layan. Kau nak cakap aku bodoh sombong ke berlagak hidung tinggi ke ... AKU TAK KISAH. Sebab ini hidup aku ... aku percaya pada TAKDIR ALLAH. Segala yang berlaku ada HIKMAH disebaliknya.



P/S : Kau dah boleh siap2 kemas segala persoalan kau tu dan buang dalam tong sampah !!

Isnin, Disember 14, 2009

**Dilemma**



I'm having a dilemma right now.

I really don't know what to do.

Ya ALLAH, please help me with this.

Give me Your Mercy.

I need strength.

Playground ;)


Hari : Jumaat

Masa : 4.30 petang

Tempat : Taman Permainan


~ dapat jugak bawak Azeem dengan Aiman main kat taman permainan ... itupun sebab adik aku ada. so, boleh la tolong jaga budak2 ni. nak harap aku sorang memang confirm tak jejak kaki kat taman tu. selalu main kat depan rumah jek sebab aku takut bawak pergi jauh2 kalau takde orang lain teman. mana tidaknya, Azeem dan Aiman ni aktif, tak terkejar pulak aku nanti ... meh la jemput tengok gambar2 semasa kami bersukaria di taman ... arghhh seronoknya jadi kanak2 ... huhu ;) ~








kids together with my sister, LUN a.k.a Bibik for the day





errr ... tuan tanah kedaung confirm arr nak enterframe ...















Jumaat, Disember 11, 2009

Super Human - Chris Brown feat Keri Hilson


Chris:

Weak, I have been crying and crying for weeks.
How'd I survive when I can barely speak,
barely eat on my knees.

Keri:
But that's the moment you came to me,
I don't know what your love has done to me.
Think I'm invincible I see through the me I used to be.

You've changed my whole life,
don't know what you're doing to me with your love.
I'm feeling all superhuman you did that to me,
a superhuman heart beats in me, nothing can stop me here with you.
Superhuman
I feel so superhuman x2

Chris:
Strong, since I've been flying and righting the wrongs.
Feels almost like I've had it all along, I can see tomorrow.

Keri:
Where every problem is gone because I flew everywhere with love inside of me.
It's unbelieveble to see how love can set me free.

You've changed my whole life,
don't know what you're doing to me with your love.
I'm feeling all superhuman you did that to me,
A superhuman heart beats in me, nothing can stop me here with you.
Superhuman..
I feel so superhuman x2

It's not a bird, not a plane, it's my heart and it's going gone away.
My only weakness is you, only reason is you, every minute with you
I feel like I can do, anything..
Going,going I'm gone away, in love.

You've changed my whole life,
don't know what you're doing to me with your love.
I'm feeling all superhuman you did that to me,
A superhuman heart beats in me, nothing can stop me here with you.
Superhuman

Bila ...

Kau wajib pergi berehat/bercuti bila :


1) kau rasa otak kau dah tepu takat didih

2) kau rasa nak lempang kucing hitam yang selalu jenguk-jenguk kat tingkap rumah kau sebab dia nak ngurat kucing betina kau

3) kau rasa nak bakar dekoder Astro sebab asyik tayang cerita yang sama sampaikan anak orang yang kau jaga cakap macam ni "ibu, cite ni dh main kan semalam kali ..." di mana maksudnya "ibu, cerita ni dah tayang banyak kali kan ..."

4) kau rasa nak jual segala perabot dalam rumah kau tapi suami kau tak bagi sebab takde peruntukan nak beli perabot baru

5) kau cemburu adik kau dah beli tiket nak pergi Sabah bulan Mac tahun depan pastu boleh pulak dia tak ajak kau ...

Rabu, Disember 09, 2009

Tentang Senggugut


Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


** dapatkan lebih info di SINI **

Selasa, Disember 08, 2009



" Aku bukan manusia sempurna
Hari demi hari aku cuba jadi yang terbaik
Tapi ...
Kenapa masih ada yang suka menilai
Tanpa memikirkan perasaan aku ini "


p/s : sayang, pulang segera ...

Isnin, Disember 07, 2009



THIS IS HOW I FEEL RITE NOW ....


WHY ???


COZ HE'LL BE BACK SOON ...


YEEHAAA !!!

Sabtu, Disember 05, 2009

Bulan Akhir ... Tercapaikah Azam Anda Tahun Ini ???

Ouh ... dah bulan Disember kan ??? Bulan terakhir dalam setiap tahun. Bulan paling seronok untuk kanak2 sebab cuti sekolah ... boleh rileks dari membaca dan belajar tapi jangan sampai over enjoy sudah. Selalunya masa2 macam ni lah ibu bapa amik kesempatan bawak anak2 pergi bercuti. Bulan ni jugak selalu hujan, banjir sana sini ...

Cakap pasal penghujung tahun ni, nak tanya la sikit ... azam anda tahun ini dah tercapai ker ?? Aku ?? Ouh ... malu lah nak cakap ... ;p

Aku sebenarnya berazam hangat2 tahi ayam jek. Aku buat ikut rasa suka dan aku tak buat pun ikut rasa suka. Ikut mood. Tak bagus, kan ?? Jangan ikut perangai aku okeh ...

So, kalau azam anda belum tercapai tahun ni takpe ... cuba lagik tahun depan. Masih ada masa untuk segalanya. Ceh ceh ... pandainya aku menasihati orang ... Sila pergi cermin muka anda dulu, Pn. Faizah ...

p/s : dah buat list ke azam tahun depan ?? kongsi sikit ... ;)

Aku Rindu Sayang KAMU



Terus terang aku cakap .. aku sangat rindu sama En. Rizal

Dah seminggu dia pergi buat kerja kat Cameron ... niat hati nak ke sana jugak tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan

Semenjak dia buat kerja kat sana memang tak sempat nak bergayut-ing or sms-ing lama2 sebab dia terlalu banyak kerja. Dia balik kerja pun dah pukul 12 tgh malam, aku pun dah tido ... tu yang tak sempat nak bergosip-ing ...

En. Rizal bagitau mungkin dia akan balik dalam minggu ni. Haih ... cepatlah masa berlalu ...

Aku ada kirim En. Rizal belikan strawberry dan kaktus. Dia cakap strawberry tak berapa nak cun sebab musim hujan tapi kaktus banyak dan cantik2. Tak sabar tak sabar ;)

Sayang ... sila balik cepat sebab I rindu sama U ... hihihi ...

Rabu, Disember 02, 2009

What Does Your Birthday Say About You ?? ... taken from my FB


Ieja took the What does your birthday say about you? quiz and the result is March



Attractive personality : don't think so !!

Sexy : me really not sexy ...

Affectionate : sometimes ...

Shy and reserved : used to be ;p

Secretive : hell yeah !!

Naturally honest, generous and sympathetic : do i ?? i guess so ...

Loves peace and serenity : of course

Sensitive to others : yup !!

Loves to serve others : depends ...

Easily angered : haha ... u really got me !!

Trustworthy : i really hope other people will say that

Appreciative and returns kindness : ermmm ;)

Observant and assesses others : a lot ;p

Revengeful : nope, okeh !!

Loves to dream and fantasize : DON'T YOU, DAAA ???

Loves traveling : love it

Loves attention : not all the time, really !!

Hasty decisions in choosing partners : what the h.... ???

Loves home decors : yeah ... enjoy it so much

Musically talented : erm ... i can sing a bit ... ;)

Loves special things : what special things ???

Moody : hahaha ... when people make me angry !!

Selasa, Disember 01, 2009

** Sakit ... Sensorang ... Sedih ... :( **

Itu luahan hati aku di Facebook ...

Memang aku tengah sakit sekarang ... demam ... sakit kepala ... selesema ... dan yang sewaktu dengannya ...

En. Rizal pulak jauh dari rumah ...

Sedih siot ... terpaksa tahan sakit sorang2 ... bertambah sakit rasanya ...

Doakan aku cepat sembuh ...

Rindu sama anak2 sebab tak dapat jaga diaorang ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin