Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Disember 22, 2009

Ear, Nose and Throat


Dah 2-3 hari aku selesema dan batuk. Malas nak pegi klinik sebab dasar jenis ada batu dalam kepala, payah sangat nak makan ubat as if rela mati dari makan ubat untuk sembuh. So, En. Rizal belikan ubat batuk kat farmasi je. Tapi, dah habis sebotol aku telan, batuk still tak baik tapi dia berjangkit kat tekak pulak. Bangun pagi tadi, tekak rasa kembang seolah2 ada ayam percik tersekat kat kerongkong. Lepas mandi, terasa telinga seperti pekak sebelah. Aduih ... bab ni yang paling aku kurang senang. Aku ni jenis kalau selesema mesti datang dengan pakej ... mula2 batuk, sakit tekak then hinggap kat telinga. Berdengung jek rasa ... gatal pun ia jugak ...


Oleh kerana tahap kesedaran tiba-tiba menyapa diri, dengan rela hati berbisik lembut pada En. Rizal supaya diri ini di bawa ke klinik. Hah ... lelaki itu confirm la teramat suka seperti orang mengantuk disorong bantal (agak kurang kena peribahasa itu tapi letih nak fikir peribahasa lain), terus bersetuju tapi kena tunggu dia balik kerja. Aku pun setuju jela.

Macam biasa, lepas Azeem dengan Aiman sarapan, dan mereka bersukaria menonton Ceria 611, aku pulak la yang membaham apa yang ada di atas meja. Menu sarapan harini ialah roti sapu mentega atau jem stroberi beli kat Cameron Highland. Entah macamane, tak sampai 5 minit aku telan roti tu, tetiba batuk2 yang sangat dahsyat ... dan aku akur terpaksa keluarkan semula apa yang baru ditelan. Tekak dah rasa perit gila. Sahlah la ni, tekak sedang membengkak.

Aku masih cuba bertahan tapi bila aku makan nestum dalam pukul 12 tghari still berulang perkara yang sama, terus capai hp, dial no En. Rizal. Mengadu dah tak larat sangat. Dengan nada berunsur paksa, aku mintak En. Rizal balik rumah time lunch break untuk hantar aku pegi klinik. Demi rasa sayang dan cinta pada isteri, En. Rizal balik kutip aku dengan Azeem dan Aiman bawak pegi jumpa doktor.

Sebenarnya, aku sakit hati kalau pergi klinik biasa ni ... Bukan dia check apa sangat pun, tapi charge mak oii ... Tapi, oleh kerana nakkan jugak ubat batuk dan ubat sakit tekak, aku pergi jugak la.

Sudahnya, dengan charge RM35, aku dapat consultation tak sampai 3 minit, ubat batuk, ubat selesama, antibiotik dan ubat sakit tekak.

Balik rumah, terus makan ubat2 sekelian walaupun dengan separuh hati.


p/s : terima kasih pada suami yang prihatin ... huhu sayang kamu !!

2 ulasan:

yatiyahya berkata...

mkn fisherman....tak pon hacks hitam....makan ubat btuk byk sgt pon tak bagus faizah..

Ieja RizaLiza berkata...

yatie ... btl laa ... mmg mkn ubat batuk x elok sgt .. kita mkn malam jek sebelum tido ... klu siang tu makan gula2 hacks ... tp yg warna oren ... yg itam tu klu makan mesti x hbs ;p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin