Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Disember 29, 2009

**Entri Tak Bertajuk**

Korang percaya pada sihir dan ilmu hitam ?? Kalau tanya pada aku, jawapan aku percaya tapi aku bukan pengamal. Ishh selisih malaikat 44 kata orang.

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal benda ni ?? Sebab beberapa hari yang lepas, telinga dan mata aku dihidangkan dengan kes berkaitan sihir dan ilmu hitam ni ... Benda ni terjadi pada seorang yang sangat rapat dengan aku. Sangat kasihan melihat beliau. Dalam nak mendapat kebahagiaan, dia terpaksa berdepan dengan kesakitan yang memang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku harap sangat dia tabah kerana segalanya sudah selesai dan semoga dia dan keluarganya sentiasa dibawah lindungan ALLAH.

Sebenarnya aku sedih sangat bila terjadinya perkara macam ni. Tapi, memang betul kata orang demi harta dan kecantikan, orang sanggup buat apa sahaja termasuk memperjudikan nyawa orang lain. Dan lebih menyedihkan lagi nyawa yang dipertaruhkan itu adalah nyawa yang sedarah dengan si pelaku ilmu sihir. Tak terfikir ke si pelaku bahawa perbuatan dia menyekutukan ALLAH. Aku tak mahu menuduh sesiapa walaupun dalam hati kecil aku mengiyakan siapa gerangan si pelaku. Apa yang aku boleh harapkan semoga si pelaku bertaubat dan memohon ampun pada ALLAH.

p/s : sentiasa berdoa kepada ALLAH agar diberi perlindungan dari segala Syaitan !!

2 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

ish...takutla...hope org yg kena tu dpt diubati segera...
*mintak dijauhkan dgn org2 yg suke guna benda2 mcm ni..

mumy berkata...

Semoga Allah menjauhkan kite dr segala perbuatan khianat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin