Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Disember 15, 2009

Manusia ... Manusia ...

Mengambil berat terhadap orang lain memang tak salah tapi yang salahnya bila kau terlebih-lebih sangat mengambil berat pasal orang lain sampaikan cerita dalam kelambu orang pun kau nak ambil tau. Aku memang paling tak suka kategori orang yang macam ni. Aku sebenarnya takde la kisah sangat nak bercerita pasal kehidupan aku pada orang lain. Mana lah tahu kalau aku boleh dapat pengajaran dari orang2 itu kan tapi tengok jugak la dengan siapa aku nak cerita tu ... kalau dengan kawan baik ker, adik beradik ker takpe la. Takkan aku nak jaja cerita atas katil aku kat semua orang.

Aku sangat-sangat menghargai niat baik orang yang selalu 'comfort' aku kalau bercerita perihal anak. Yela, memang aku sedih sebab aku belum ada rezeki nak ada zuriat sendiri. Tapi, itu tak bermaksud aku ni jenis suka nak orang korek cerita peribadi aku 'bersama' suami. Tanya yang basic sudahlah, ini sampai nak tanya berapa kali aku 'ehem-ehem' dalam sebulan, kenapa susah nak lekat la, tak pandai guna 'posisi' la ... apehal makcik ???? Terus hilang rasa hormat aku pada kau.

Terus-terang aku cakap, aku dah berusaha bermacam-macam cara untuk dapatkan zuriat tapi masih belum diizinkan oleh ALLAH. Susah sangat ker manusia2 yang segelintir ni nak faham konsep rezeki dan takdir. Aku memang bukan alim ulama yang hebat untuk bercerita tentang semua itu, tetapi sebagai manusia beragama ISLAM, aku redha dengan setiap ketentuan ALLAH. Apa yang boleh aku lakukan hanyalah terus berusaha dan bertawakal.

Takkanlah dengan setiap orang yang bertanya tentang anak pada aku, aku nak terangkan bahawa sesungguhnya aku ni dah pergi berubat cara moden, cara tradisional, makan ubat, makan jamu. Nanti aku siap tunjuk carta perubatan aku, kau pulak silap2 juling mata.

Ambil berat, bertanya, beri nasihat, itu sudah cukup buat aku. Terima kasih yang tak terhingga. Tapi, kalau nak tanya yang bukan-bukan, memang aku tak layan. Kau nak cakap aku bodoh sombong ke berlagak hidung tinggi ke ... AKU TAK KISAH. Sebab ini hidup aku ... aku percaya pada TAKDIR ALLAH. Segala yang berlaku ada HIKMAH disebaliknya.



P/S : Kau dah boleh siap2 kemas segala persoalan kau tu dan buang dalam tong sampah !!

1 ulasan:

iS3 DaEnG berkata...

Setujuuu....kadang2 manusia2 mcm tu sebenarnyer sakit hati nengok kebahagian kita so..cara nak sakitkan hati kita dia akan bukak cerita tentang kelemahan kita pulak.. dah biasa sangat2 dengan manusia macam tu....
||Salam Perkenalan||

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin