Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Disember 22, 2009

Masih Dalam Pertimbangan


Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa nak kerja semula selepas lebih 2 tahun jadi fulltime housewife. Mungkin sebab terpengaruh dengan segilintir manusia yang suka menyindir bila aku bagitau aku ni tak bekerja just jadi babysitter. Kekadang naik hairan dengan segelintir manusia ni yang fikir kalau seseorang tu bekerja office hour, dia dah sangat hebat. Kau ingat jadi suri rumah tangga dan babysitter tak hebat ke ?? Hebat tau !! Sebab kau jaga anak orang. Amanah orang. Dalam masa yang sama kau urus rumahtangga kau sendiri.

Bila aku suarakan perihal ni pada En. Rizal, dia bagi tazkirah. Dia tanya apa tujuan aku nak kerja semula. Aku cakap lah yang aku dah bosan duduk rumah, nak luaskan networking, nak bantu dia semula untuk kukuhkan ekonomi keluarga. Then, aku bagitau la jugak pasal aku menyampah dengan segelintir manusia tu. Eh tetiba dia marah. Dia cakap kenapa perlu nak ambil peduli sangat dengan apa orang cakap. Dia cakap aku tak perlu nak buktikan apa2 pada orang luar. Dia cakap lagi ( hai berapa banyak cakap dahhh ... ), nak buat apa kerja semata-mata nak puaskan hati orang lain. Let say orang sindir2 aku tak pandai masak, dia cakap takkan aku nak pegi kelas memasak, orang kata aku tak pandai menjahit, takkan aku nak pegi kelas menjahit. Apa yang aku buat sebab nak puaskan hati orang, bukan sebab kemahuan sendiri.

Termenung la jugak aku memikirkan apa yang En. Rizal cakap. Memang betul apa yang dia bising2kan tu tapi yang merasa hati aku, yang mendengar telinga aku. Aishhhh .... geram betul laa ...

En. Rizal izinkan aku kerja semula kalau niat aku untuk kebaikan keluarga tapi dia tak izinkan kalau niat aku salah which is nak kerja sebab nak menunjukkan kat segelintir manusia tu aku pun hebat sebab kerja 9-5 ...

Tapi, semuanya masih dalam pertimbangan. Banyak benda aku kena fikir. Azeem dan Aiman adalah perkara pertama bermain dalam kepala otak aku since aku tetiba meroyan nak kerja balik. Aku dah sayang sangat kat diaorang ni. Pastu, aku kena fikir, mental dan fizikal aku bersedia ke kalau dapat kerja yang menduga iman, sanggup ke lepaskan kebebasan yang aku nikmati sekarang.

Apapun, keinginan nak bekerja semula tu memang ada cuma timing belum mengiizinkan. InsyaALLAH, kalau ada rezeki dan peluang untuk aku lebih maju, tak salahkan aku merebut peluang tersebut. Untuk diri aku dan keluarga aku. Bukan untuk segelintir manusia itu.

5 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

faezah...pedulik pada kata2 org...bukan senang tau ajdik fully housewife ni..aku mmg tabik spring arr!!!
betul cakap en rizal tu...hehehee...

yatiyahya berkata...

takyah kejer faizah...duduk umah pon blh menjana pendapatan...
kalau blh kiter pon dh xnk kejer...boring..!

Ieja RizaLiza berkata...

ogy n yatie : tu arr ... dh syok duduk rumah jek ...

mumy berkata...

same like me...malas dh nk keje...duk umah...work at home...

iS3 DaEnG berkata...

Wah..kalau saya laa..lagiiiiii laa best dok kat umah jerrr..hehehe.. tapi x bole lagi wat masa ni.. ekonomi x mengizinkan dok goyang2 kaki kat umah lagi...:((..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin