Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Disember 21, 2009

Midnite Show with Encik Rizal

Hari Jumaat yang lepas masa cuti Awal Muharram tu, aku ajak En. Rizal pegi tengok midnite show. Dah lama sebenarnya tak tengok midnite show macam ni. Time berchenta dulu, memang suka keluar malam, balik sampai pukul 2-3 pagi walaupun esoknya hari kerja. Tengah hangat nak berdating la kononnya masa tu ... Selalu lepak2 tengok wayang pastu makan2, takpun jalan2 kat Danga Bay, paling tidak pun lepak kat Lido (masa tu kat area Lido boleh parking kereta, makan stimbot, sekarang tengah jalan upgrade).

Melalut pulak pergi cerita zaman berchenta dulu-dulu ...

Aku pergi tengok cerita Avatar. Punyalah ramai orang tengok. Family, couples and friends. Tapi ramai jugak yang hampa sebab tiket sold-out. Nasib aku dah tempah online, sebab dah boleh agak mesti fullhouse. Mula-mula nak book show pukul 12.45 am tapi dah tinggal seat yang bahagian bawah, so aku ambik show pukul 11.15 pm jek.

Aku malas nak review pasal cerita ni sebab ... aishh sedih nak cakap ...

Sebab kau tengok-tido-tengok-tido ... kan kan kan

Boleh pulak malam tu, aku kena batuk2 dan selesema ... So, sebelum gerak pegi panggung, aku pun minum la ubat batuk ... Terlupa pulak, ubat batuk itu menyebabkan ngantuk ... Jadi, kesudahannya baru 20 minit cerita tu tayang, aku dah terlena. Bila terjaga, dah separuh jalan, konon nak sambung tengok, kejap lagi tertidur semula ... berulang2 la bangun-tido-bangun-tido. Lastly, aku tanya En. Rizal jek macamane cerita dia. Tapi, masa yang aku terjaga tu aku dapat jugak la tengok aksi2 dalam cerita tu ... macam best jugak laa ...

Besok pagi, bukak Facebook, sana sini orang cakap Avatar best, so aku pun buat kesimpulan cerita tu best walaupun macam hampeh aku tak paham ... hahaha ;p




~ tak pernah2 aku tido masa tengok wayang, aishhh ~




~ mata dah start layu sambil minum air suam + panadol Soluble ~




~ sedang menunggu makanan ~




~ baru masuk panggung, then Zzzzzz .... ~

3 ulasan:

mumy berkata...

lamanya x tengok wayang..huhu

nedza berkata...

hehe kite pun sama la nenny...
winduu sesangat...

Ieja RizaLiza berkata...

nenny n sharun : kamu2 sudah ada anak, memang payah nak tgk wayang kan ... tp sang suami i dari dlu dah pesan, klu ada anak nnti, wayang ni kena kurangkan ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin