Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Januari 29, 2010

Kering Idea


Ok.

Takde idea nak update blog.

Takde aktiviti menarik sepanjang minggu ini kecuali aktiviti memasak dan kemudian menghantar kepada jiran, kenalah berbudi dan berbahasa.

Mengambil masa lebih kurang 1/2 jam nak buat entry ini.

Bye.

Isnin, Januari 25, 2010

Cik Nokia oh Cik Nokia


Cik Nokia 5610 aku tengah merajuk.


Gelap gelita skrin dia.










Pesanan untuk Cik Nokia ...


1) Cik Nokia ... mummy bukan nak tukar Cik Nokia 5610 dengan adik beradik Cik Nokia yang bermodelkan no 5730 tu la ... mummy gurau2 kasar jek !!


*mummy tak berkenan pun dengan adik kau yang ini ... *wink*wink*



2) Cik Nokia ... janganlah merajuk lama-lama, tak pasal-pasal mummy kena bayar RM100 nak bagi kau bercahaya semula, kau TAU TAK ??!!!
*&%$W^& betul la kau ini !!




*kau hengat daddy kau tu chop duit ker ??*



3) Cik Nokia ... kalau kau buat pasal lagi lepas ni, mummy tukar kau dengan Cik I-Phone, baru kau tau !!


*daddy cakap kalau nak beli yang ini kena korek duit tabung ayam*sob*sob*



4) Mummy serius ni !! Tengok muka mummy ... tak kelakar ok kalau kau selalu buat perangai !!



*gumuk tapi comel kan mummy*clap*clap*

Selasa, Januari 19, 2010

Hey Ladies !!

Eh ?? Tak tak ... aku bukan nak bagi lirik lagu Hey Ladies nyanyian Rossa tu tapi nak kongsi cerita sikit dengan semua ladies kat luar sana. Are you ready ?? Put your hands in the air *sambil buat Mexican Wave* huh ... dah kenapa dengan kau hari ini, Puan Faizah ???

Aku sebenarnya nak berkongsi pengalaman kena RAGUT. Iye ... RAGUT ... tapi bukan ragut yang macam kambing makan rumput mahupun hati I diragut oleh Encik Rizal ... auwww ... hahaha. Stop it !! Ini betul-betul punya ragut la. Yang kena tarik handbag tu. Hah ... betul betul la.

Walaupun benda ni dah lama berlaku, aku rasa masa tahun 2002/2003, tak ingat tapi still masih tersimpan kemas kenangan yang tak berapa nak manis tu dalam kepala hotak haku ni.

Actually masa tu aku tengah nak tunggu van syarikat amik aku kat bustop, awal pagi jugak la tapi taklah pagi sangat dalam kul 7.00 kot. Oleh kerana, that day adalah public holiday, jadi jalan macam sunyi sikit. Company aku keje dulu tu boleh pulak tak cuti, so terpaksa la kerja kan. Kedai2 kat situ semua tak bukak lagik. Aku sensorang kat bustop. Aku ni memang jenis dulu-dulu kalau naik bus suka belit tali handbag kat pergelangan tangan. Entah macamane, tetiba rasa orang tarik handbag aku dari belakang, aku tarik semula. Aku pusing jek belakang, ada mamat bodoh sekor ni main tarik2 handbag tu. Sakit dowhh ... sebab terbelit kat tangan aku. Aku pun terus menjerit tapi mamat ni memang jenis gampang, jenis yang tak takut mampos agaknya, dia terus rentap handbag tu. Terkena jugakla lengan aku kat tiang bustop tu. Bodoh !! Oleh kerana aku takut, aku lepaskan jek handbag tu ... mamat ni pun terus lari pegi kat member dia yang tengah tunggu kat atas motor tak jauh dari situ.

Aku ni tengah gelabah, raba-raba kocek seluar ... nasib handphone ada ... terus call Encik Rizal. Tak lama lepas tu dia sampai, bawak aku gi opis jap pastu buat report kat balai. Aku mula-mula tu steady jek, tapi lepas Encik Rizal datang, aku nangis la pulak. Hahaha nak bermanja la katakan ... Dia pun pujuk la aku suruh bersabar.

Banyak jugaklah duit aku hilang, duit Malaysia lebih kurang RM350 dan Singapore Dollar lebih kurang $100. Dulu aku rajin masuk Singapore. Tu yang stok Singapore Dollar selalu ada dalam wallet. Lain-lain yang hilang tu macam biasa arr, IC, kad bank, kad kredit.

Mulai dari hari tu, aku memang berhati-hatilah kalau pergi mana-mana. Aku lebih sanggup jalan jauh asalkan ramai orang dari ambil shortcut tapi sunyi sepi. Kalau aku keluar balik malam, mesti call bapak aku suruh tunggu kat bustop sebab takut nak balik jalan kaki sorang-sorang. Nasib baik bapak I cinta I tau ... sanggup tunggu anak dara dia yang tak sedar diri dah kena ragut tapi still nak balik malam-malam.

Sampai sekarang, kalau aku jalan sorang-sorang mesti mata aku melilau. Perhatikan orang sekeliling. Orang kata tak baik buruk sangka, tapi relevan lagi ker dengan dunia sekarang ?? Kadang-kadang orang yang nampak baik tu lah sebenarnya penyangak besar. Biarlah orang nak kata aku ni teruk punya kaki sebab selalu ingat orang lain jahat walaupun hakikatnya orang tu baik, tapi aku buat macam tu untuk keselamatan diri aku.

Pada ladies di luar sana, berhati-hatilah kalau berjalan seorang diri. Make sure handphone dalam kocek seluar supaya senang nak capai kalau ada apa2 yang terjadi, BOLEH GAK BUAT KETUK KEPALA PERAGUT. Takpun beli jek pepper spray. Ini semua untuk keselamatan. Yang paling penting, maklumkan kepada keluarga, suami, kawan, tunang, boyfren, orang kampung ke di mana current location anda. Kalau berjalan kat tepi jalanraya, jalanlah mengongsang arus kenderaan dan pastikan handbag anda berada disebelah dalam contoh ... nak jugak bagi contoh, kalau kenderaan bergerak sebelah kiri anda, handbag sangkut kat tangan kanan begitu juga sebaliknya. Bak kata orang, mencegah labih baik dari merawat ...



p/s : korang ada pengalaman macam haku ??

Sekadar Berkongsi ...

Got this from my e-mail ...


*click picture for better view*





p/s : bukan nak memalukan sesiapa tapi renung2kan sebagai pengajaran untuk kita bersama ...

Isnin, Januari 18, 2010

The Spy Next Door : 4 out of 5 Stars


Last Saturday, aku dengan Encik Rizal pergi tengok wayang. Kali ni tengok kat MBO Cinemas jek. Panggung yang sangat tidak best sebab seat dia sangat tidak user friendly. Macam kau pergi tengok konsert percuma kat Karnival Jom Heboh. Terpaksa terjenguk2 macam kura-kura dalam sampan eh bukan bukan kura-kura saja sebab kau kena tinggikan kepala kau dari kepala orang depan, then orang belakang kena lebih tinggi dari kau, then orang belakang kau punya orang belakang bla bla bla lastly, orang yang duduk row paling atas kena berdiri *clap*clap*. Ini semua gara-gara kereta Encik Rizal rosak, so satu-satunya kenderaan alternatif yang adalah van besar bapak gajah a.k.a kenderaan syarikat dia ... nak tak nak kena naik van besar bapak gajah tu jugak ... Nak pergi cinema yang lain, keadaan tak mengizinkan sebab van besar bapak gajah ni tak boleh masuk parking yang ada palang 2.5m tinggi, tapi kat MBO Cinemas tu open parking, so bolehlah tolong merempatkan si bapak gajah tu dimana-mana sesuka hati.


*beginilah lebih kurang rupa van bapak gajah tu*



Aku ambik show yang paling awal iaitu 9.00 malam bukan sebab apa, sebab risau nanti dalam panggung aku pulak yang membuta macam dulu. Rugi wooo ... nasiblah tiket kat sini agak murah, RM9, kalau hari rabu lagi best, RM5 jek. Memula planning nak tengok Adnan Semp-it tapi takde pulak, so the best choice yang ada The Spy Next Door. Itupun sebab ada Jackie Chan, kalau Jackie Teo ke, Jackie Chow ke, jangan harap aku nak tengok.



Best gaklah cita ni ... kelakar + action. Kalau dah nama Jackie Chan kan ... kelakar macam mana pun, still la skill kungfu dia yang mantopp tu kena tunjuk. Memang menghiburkanlah, sesuai untuk tontonan family yang bawak anak-anak kecil. Asyik gelak jek ...

Sinopsis : (aku malas nak taip ... aku copy dari sini .. hehe )

Bob Ho is an undercover CIA superspy who decides to give up his career in espionage to settle down with his next-door neighbor and girlfriend, Gillian. But Bob has one more mission to complete before Gillian agrees to marry him: winning over her three opinionated kids. When Gillian suddenly has to leave town, Bob volunteers to babysit the children so he can earn their approval. But when one of the kids mistakenly downloads a top-secret formula from his computer, Bob's archenemy, a Russian terrorist, moves in for the attack, forcing Bob to juggle the roles of spy and prospective stepfather in the most challenging mission of his career!


* hot mama Gillian a.k.a jiran dan girlfriend Bob Ho (Jackie Chan)*



*tengok scene ni teringat cerita Rush Hour*



*salah satu scene gaduh dengan crook. mamat yang jadi penjahat tu tak silap aku model yang berlakon dalam video klip Taylor Swift - You Belong With Me*



* si kecil Nora yang sangat comel dan blur ...*



*another action scene*



*partner Jackie as a CIA Agent, Billy Ray Cyrus ... yes yes ... dia bapak Miley Cyrus*

Ahad, Januari 17, 2010

Jangan Macam Pencuri Boleh Tak ?? Kan Dah Kena Sound !!


Amacam tajuk entry aku kali ni ?? Best tak ?? Bukan apa, ni nak cerita perihal manusia yang nak dikata bodoh, tidak, nak dikata pandai pun, tidak.

Benda ni terjadi last week kat rumah jiran aku. Time tu maghrib, aku baru lepas sembahyang, so aku nak ke dapur hangatkan lauk. Entah macamane tetiba dengar bunyi orang menjerit 'WOI !!'. Terperanjat kau !! Aku pun jengahlah kat tingkap, ternampak ada 2 orang mamat ni dalam keadaan mencurigakan kat depan rumah jiran aku. Aku dah suspek yang bukan sebab kat area rumah aku ni memang dah ada kejadian kecurian motor.

Aku pun bagitau Encik Rizal sebab dia pun dengar jugak bunyi orang menjerit dari dalam toilet. Dia keluar, tengok2 la takut2 ada apa2. Tapi bila keluar, nampak mamat 2 orang ni tengah berbual dengan jiran sebelah rumah aku. So, aku anggap takde pape la kan ...

Esoknya, aku tanyalah dengan jiran aku apa yang terjadi malam semalam. Rupa-rupanya, mamat 2 orang ni, nak pasang semula paip jiran aku yang kena potong sebab tak bayar bil air. Lerrr ...

Yang aku hairan tu, si mamat 2 orang ni tak reti nak bagi salam dengan tuan rumah agaknya. Tapi, dia boleh terjenguk2 ke dalam pagar. Memang la orang suspek yang bukan2. Yang menjerit 'woi' tu pulak, jiran sebelah rumah aku sebab dia nampak mamat 2 orang ni macam orang nak mencuri.

Sengal betul. Apalah salahnya, tekan loceng, bagi salam. Kan dah tak pasal kena sound. Malu sendiri. Aishhh manusia manusia. Tak guna otak. Pulak tu datang nak buat kerja time maghrib. Orang melayu, Islam. Tak boleh berfikir agaknya. Dah tak reti nak datang awal. Ni sebab nak kejar duit upah pasang semula paip la tuh. Bukan banyak pun RM25 jek. Nasib jiran aku tu cuma jerit, kalau dia terus panggil polis, tak ke kes naya ???


p/s : guna otak sebelum buat kerja ... tapi memang berderau la darah aku masa tu, sebab jiran yang hilang motor tu selang sebuah rumah jek dari aku !! dan nak dijadikan lebih misteri, mangga kat main gate dia tak berusik pun, tau2 pagi motor hilang !!

Jumaat, Januari 15, 2010

Me Or You ??

Memang payah nak puaskan hati sendiri dan lebih payah nak puaskan hati orang. Kadang-kadang rasa perlu ke nak puaskan hati orang sedangkan hati sendiri terluka. Tapi, nama pun manusia. Tak sempurna.

Ada orang sanggup puaskan diri sendiri hingga ada orang lain yang terluka, ada pula yang sanggup diri sendiri terluka asalkan orang lain bahagia. Benar kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Tak salah puaskan hati orang lain, tapi biarlah berbaloi dengan pengorbanan yang kita buat. Tak salah juga puaskan hati sendiri, tapi jangan sampai menindas orang lain.

Selagi bernama manusia, jadilah manusia yang boleh berfikir bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. Jadikan diri kita yang terbaik, bukan untuk membangga diri tapi jadikan diri kita yang terbaik untuk membuka mata manusia sekeliling bahawa kita boleh dijadikan contoh tauladan yang BAIK.

Tepuk dada tanya selera. Puaskan hati sendiri atau puaskan hati orang lain. Anda nilailah baik dan buruknya, buat keputusan. Bagi aku, lebih baik puaskan hati sendiri kalau yang berdiri di keliling aku itu hanya duri yang tahu menyakiti.

p/s : teringat kata seorang teman, 'aku tak peduli cakap orang selagi orang tak cakap pasal aku' ... kamu bagaimana ???

Tag Gay Or Less - Courtesy of Ogy


Dah lama tak kena tag ni ... So, kali ni kena tag dengan kawan lama, Ogy si WonderWomen !!

Ok. Mari menjalankan kerja-kerja menjawab tag !!

***********************************************


Andakah anda rasa anda HOT?
- Tengok time ... eh kejap ni HOT yang macam lelaki tengok diaorang 'phewitt' pastu cakap 'Hot lah u ni' or ko meroyan bila pagi-pagi sang suami bagi tazkirah percuma ?? hahaha ... -


Upload gambar kegemaran anda..

Cerita pasal gambar
- sebenarnya, taklah suka sangat tapi sebab gambar semua dah burn dalam cd, tinggal gambar ni jek yang macam agak cun dan comel sebab Encik Rizal buat muka ala-ala manja nak kena 'pang' ... hehehe -


Bila kali terakhir anda makan pizza?
- kalau tak silap, last Sunday dengan BFF-Haza -


Lagu terakhir anda dengar..
- Nobody by Wonder Girls -


Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
- comment2 kat Facebook -


Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
- boleh ke panggil dengan nama orang lain ?? chehcheh gurau jek ... family panggil 'kakak', kengkawan panggil 'cip' sebab diaorang kurang-ajar, orang lain panggil ... sukatilah nak panggil apa, erra fazira ker, fazura ker, yang penting kita ENJOY ;p -


Tag lagi 8 orang
- 8 jek ?? Nape tak 18 ke 80 ke 800 (ko ingat senang nak tag orang ???) -

1 - Adah
2- GG
3 - Siti
4 - Haza
5- Wan Nuraini
6 - Yatie Yahya
7 - sape ek ... hah Izzatul Hanis
8 - Areza Nizam


Siapakah orang no.1 kepada anda?
- the greatest sister in the world -


Kata sesuatu mengenai orang no. 5
- kawan yang sangat best, terkepoh dan ter ... macam2 ter la ... -


No. 3 ada hubungan ngan siapa
- ada hubungan kelamin dengan Encik Anwar Fathi (haha tak boleh blah hubungan kelamin ... 18SX) -


Bagaimana pula dengan no. 4
- dah kenapa dengan no. 4 ... ok ok, dia juga adalah kawan baik ku ... ada hubungan dengan Ustaz kat Permas Jaya tapi aku still tak pernah jumpa Ustaz tu -


Pesanan kepada orang no. 6
- Yatie ... kite ingat awak sampai mati sebab awak pernah jadi orang terpenting dalam hidup kite -


Kata-kata cinta tok no. 2
- Kaulah sepupuku yang paling poyo dan aku menyayangimu kerana itu -


Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
- Yup ... kawan yang dikenali di Alam Maya ... -


Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
  1. Nama penuh dia Norziana bt Abu Bakar, dah kawin dengan jejaka bernama Boy dan ada baby-boy yang sangat comel nama Farrel
  2. Asal skudai tapi sekarang menetap kat Kluang
  3. Dia kekadang suka hangin satu badan tapi bersebab la ...
  4. Pernah jadi Penolong Ketua Darjah masa darjah 5
  5. Pernah sekolah kat SIGS

Persamaan antara kambing ngan lembu?
- Dua2 binatang arr ... -


Perasaan anda buat tag ini
-
happy sebab baru lepas makan happy meal -


Adakah anda tahu si razman itu sengal?
- tau !! hahaha -


GAY or LESS??
- insan biasa !! -

Isnin, Januari 11, 2010

Makan-Makan @ Wan Nuraini's Place

Sabtu lepas, dapat undangan makan-makan dari my childhood friend a.k.a geng rapat time sekolah dulu. Sapelagik kalau bukan, Wan Nuraini atau lebih dikenali sebagai Wan Kepoh. Kenapa Kepoh ??? Sebab dia memang sangat kepoh and suka gosip2 dan mulut dia memang becok !! Perangai kau dah menurun kat anak kau, Wan !!

Actually, makan2 ni sempena 29th birthday dia 7hb lepas tapi dia taknak mengaku sebab malu dan dia tak beli birthday kek (aku kecewa tau!!).

Macam2 menu ada. Salah 3 darinya hehe ... adalah meehun goreng, roti jala dan puding yang ditempah dari aku. Menu lain ada yong taufu, kuih2 dan kek serta buah (buah pun dia soh aku belikan).

Memang seronok arr dapat makan free tapi yang paling seronok adalah jumpa kawan2 dan duduk mengimbau kenangan lalu. Itulah adalah aktiviti wajib kami, ulang2 cerita yang sama walaupun dah beribu kali tapi still cerita2 itu mengundang gelak dan ketawa mengilai. Macam kat rumah sendiri !! Aktiviti bergambar confirm arr wajib sebab sorang2 dah memang camera freak !! Yang jadi photographer semestinya Encik-Encik Suami yang sangat bersabar dengan kerenah Puan-Puan Isteri mereka ini. Nasiblah, Encik-Encik Suami 'ngam' dan 'boleh masuk' antara satu sama lain.

Bila dah ditapis, banyak gambar yang takbolehdigunapakai kat sini sebab banyak sangat gelak, muka ada yang senget, ternganga, tepejam mata ... so yang kat bawah ni jelah yang elok untuk tatapan umum !! Jom tengok piccas ...




Bachelor yang mendapat undian tertinggi malam itu, Shawal together wif Yus, Haza and Wan (yang belakang tu ... )



kawan-kawan yang masih bersama ...
front (left to right) : Yus, Wan, Haza and Siti
back (left to right) : me, Elis and Nenny



mereka2 yang aku kenali seawal sekolah rendah
(OMG !! Nenny la yang paling lama aku kenal ... since darjah 2 ... it's almost 21 years since i have known her ... how time flies !!)



geng2 panjat pagar sekolah dan jugak geng lepak kat Arked makan mee bandung dan ABC Cik Timah (i miss those days !!)


Kontraktor Oh Kontraktor

Sila rujuk status aku kat side bar ... Memang tengah sakit pinggang. Sebabnya ??? Kaki aku terperosok dalam lubang salur air kat bilik kucing aku. Actually, bilik tu bilik stor tapi aku jadikan tempat kucing-kucing aku tido, makan dan pee-pee/poo-poo !!

Nak dijadikan cerita, petang semalam lepas jalan2 dengan BFF-Haza dekat Jusco Bukit Indah, aku terus balik rumah lepas En. Rizal kutip aku kat situ. Niatnya nak sambung tido sebab penat memasak makanan yang orang order semalamnya tak habis lagi. Tapi, entah kenapa mata tak boleh lelap pulak. En. Rizal dah selamat berlayar sambil berlagu riang.

So, aku pun bangun, pegi dapur, settlekan kemas sinki ... simpan semula semua segala kuali, periuk, pinggan dan mangkuk yang dah digunakan semalam. Pastu sambung cuci toilet belakang. Dahtu aku basuh bilik kucing aku tu then terus mop satu rumah. Masa aku tengah mop rumah, ada sekor kucing aku yang nama dia Tiger ni, tak tahan nak pee-pee/poo-poo terus panjat atas tong yang ada kat dalam bilik tu sebab aku letak bekas pasir pee-pee/poo-poo dia atas tong tu, aku tak letak kat lantai sebab lantai tengah basah ... takut nanti kotor semula. Dah tertumpah pasir tu. Aku punya geram. Sambil settlekan mop rumah aku membebel. Dah macam membebelkan anak kecik yang tak sabar nak minum air, pastu pandai2 minum sendiri pastu tumpah ... korang paham tak ??

Lepas dah siap mop, aku pun masuklah semula bilik kucing tu nak kemas dan basuh semula pasir yang tertumpah tu. Entah macamana, dah ditakdirkan agaknya, aku terpijak bahagian lubang salur paip. Sekelip mata kaki aku dah termasuk dalam itu lubang. Dan yang paling tak syok, aku boleh tertepis bekas pasir kucing dan OMG !! terkena kat muka dan rambut. Uishhh, dalam sakit2 tu, aku menjerit panggil En. Rizal. Dia pulak tengah syok tido, so tak dengar lolongan bini dia yang dah meleleh2 airmata menahan sakit dan geli ni. Aku gagahkan jugak diri, keluarkan kaki kiri aku yang terperosok dalam lubang tu. Still jerit2 panggil En. Rizal, nasib dia dengar jugak akhirnya.

Dia pun terperanjat tengok aku dah terjelepok kat lantai, dengan paha aku melecet, luka2 dan yang paling geli ... pasir kucing kat muka dan rambut. Dia terus ambil air, siram badan aku terus. Dia suruh bersihkan badan kat dalam tu jugak. Sambil tu mulut dia membebel macamana lubang tu boleh jadi macam tu sedangkan dah simen dan letak tiles.

Aku pulak, dah tak tahan terus pegi mandi. Shampoo rambut sampai 4 kali. Cuci muka pun 4 kali. Nasib nasib. Lepas dah settle dekat 1 jam mandi, bersihkan badan, baru rasa ok. En. Rizal bagitau rupanya kontraktor yang renovate rumah aku ni menipu. Kontraktor tu tak tutup lubang tu dengan sempurna. Dia tak alas lubang dengan besi sebelum simen. Korang tau dia tutup lubang tu guna apa sebelum dia simen, guna papan yang sangat nipis. Memang kurang ajar !! Sebelum ni, aku dengar jek komplen dari jiran2 yang gunakan khidmat kontraktor yang sama, kali ni aku sendiri yang kena. Kontraktor cina. Memang sakit sangat hati aku masa tu (sampai sekarang kot).

Tapi, aku still bernasib baik, tiles tu tak pecah berderai yang mana boleh mencederakan tapak kaki aku, just melecet jek kat tapak kaki dengan luka2 kat paha sebab bergesel dengan tiles.

Ishhh ... memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sakit pinggang dan tulang belakang aku dibuatnya !! Lepas ni dah set dalam otak, kalau nak renovate rumah, nak cari kontraktor yang ada 'brand' sikit. Biar bayar mahal asal puashati. Ini tidak, bayar dahlah mahal, hasil macam TAIK !! Geramnya !!!

Selasa, Januari 05, 2010

Fikir 2 Kali

2-3 hari ini sangat penat dan mudah letih. Bukan buat kerja berat sangat pun tapi rutin biasa sebagai seorang rumahtangga dan babysitter. Mengantuk jangan cakaplah padahal malam dah tido awal depan tv sampai kena marah dengan En. Rizal, bila siang pun ewah ewah menjadi-jadi mata ni, macam tak boleh dibukak2. Nasib la, Aiman dengan Azeem memang jenis tido siang, so aku pun join sekali tapi bukan boleh lena sangat pun, tido-tido itik jek.

Tiba-tiba terus rasa macam nak melupakan hasrat yang membara itu. Macam tak sanggup rasanya nak lalui perjalanan hidup yang sama macam dulu. Bangun seawal pagi, pergi kerja+kena maki hamun+penat+mulut asyik mencarut+tak sebulu dengan opismate+buat kerja macam tak ikhlas+halalkah rezeki??+balik kerja, kena kemas rumah+basuh baju+masak. Arghhhh seperti tak sanggup. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa bawak kerja balik rumah. Mesti En.Rizal tarik muka+gaduh-gaduh manja+korang boleh muntah sekarang ...

Sebab itu, aku masih memikirkan tentang itu. Ya ALLAH !! Berilah aku Petunjuk-MU ... Amin ...

Dia Tak Janji, Tapi Dia Cuba

Aku awal2 dah bagitau En. Rizal, tahun ni kena juga cari masa+budget untuk pergi holiday. Bukan nak pergi jauh2 sampai London untuk bershopping ke apa, asalkan dapat berehat melapangkan minda sudah cukup untuk aku.

Aku berangan nak bercuti kat pulau yang tak ramai orang. Tapi, pulau apa ek ?? Rasanya, mana2 pulau mesti ramai orang datang bercuti. Aku tengah menggoogle pantai/pulau yang kurang jadi perhatian. Bukan apa, bolehla nak bersenang-lenang dengan tenang. Kalau sesak2 sangat, bosan, takde privacy nanti.



Siap berangan nak bersantai tepi pantai ala2 nak tanning kulit la ... beranganlah kau ini ... kulit dah macam buruh kasar, mau tanning konon !!




Tak sabarnya ... tapi seperti biasa, aku tak bolehlah terlalu excited. Kerja En. Rizal ni tak menentu, kalau projek tengah banyak (macam sekarang ini, dimana dia asik balik malam, dan aku tinggal sensorang kat rumah sambil Astro tengok aku), memang sabar jelah ... nasib aku ini sangat memahami !!



p/s : try hard ok, baby !! chaiyok !!

Isnin, Januari 04, 2010

My Cousin's Big Day - Majlis Bertandang

majlis bertandang ke sebelah pihak lelaki berlangsung pada keesokan harinya di Melaka. Kat sana double celebration sebab, kakak pada Rashid (my kazen punya hubby) ni pun kawin jugak ...



make-up kat sebelah lelaki ok-oklah cuma bab mata jek aku tak berapa nak gemar, dah macam pelakon wayang cina time bulan perayaan hantu pulak !!



first time tengok orang sanding ramai2 macam ni ...



si rashid ni aku peratikan ... sume gambar dia tak pandang kamera, nape dik oi ???



ok.fine.aku redha jek aku kena berdiri kat belakang, pastu muka aku tak nampak.kecik hati selama 20 minit ... ;(

My Cousin's Big Day - Sanding

Align Centerbaju kau meletop seh ... berkilau2 tapi boleh tak kau duduk betul2 tak dah macam orang bongkok ...



jangan tanya aku. aku pun tak paham kenapa muka budak dua orang ni boleh ada. hehe ... actually kiteorang ni macam pakej ... it comes with the friendship ... macam kazenmu kazenku jua la ... macam tu ... paham ??? tak paham ??? xpe ... buat2 paham jek !!



perantin lelaki sampai ... tolong abaikan si pemegang bunga manggar tu ...



perantin cool cuma pengapit perantin lelaki tak cool sebab pakai cermin mata hitam. kau ingat kau mat cool, mat cool kawanku ke kalau pakai cermin mata hitam ?? tak, okeh !! (p/s : gg, sape tuh?? sedara rashid ker ... aduih mampos aku kalau dia baca entri ni ... hahaha ...)



proses menepung tawar



kanak2 berebut duit syiling ... macam nak join sama tapi kerana takut jatuh susuk, so tuan tanah kedaung terpaksa melupakan hasrat tersebut ... hahaha ... banyak kau punya susuk !! dosa tau !!



menuju ke meja makan



alahai malu2 pulak kau ini, perantin !!



the best 'kompang' team ever ... pilihan lagu yang sangat COOL ...



kenapakah semua gambar masa kau potong kek, kau tengok kamera lain ?? kau ingat kamera aku brand'sek' ker ??? brand SONY CYBER-SHOT ok !!



ok.ok. tak bagi chance nanti cakap dengki pulak. mak+bapak perantin perempuan ni adalah makcik+pakcik yang juga sangat COOL ... sebab mampu melayan anak sedara seperti tuan tanah kedaung ini ...



my lovely sisters2 yang sudah berangan nak kawin tapi takde calon pun ... tapi serius seh, bila tengok adik2 perempuan aku ni, terus sedih sebab kitaorang takde mak, sangat cemburu melihat mak perantin yang sibuk ke sana-sini demi anaknya ... kalau adik2 aku kawin, akukah yang paling sibuk ??? wait n see ... ;)



tuan tanah kedaung dan cinta-hatinya wajib la ada dalam entri ini



kau berdua dah tak tahu nak buat ape kan ??? meh sini aku dera untuk berposing seperti ...



ini ... dan ...



ini jugak dan banyak lagi tapi sebab bateri kamera tuan tanah yang ada brand sangat tu dah mampos, terpaksalah mengharapkan copy dari ikhsan perantin nanti ...

My Cousin's Big Day - Nikah

perantin ... dulu dialah pengapit aku ... sekarang dia pulak jadi perantin. cepat betul masa berlalu. actually, kazen aku ni student lagik, kat UIA, ada 1 year lagi b4 graduated tapi gatal nak kawin ... haha ... kidding babe !!



perantin laki2 yang berdebar2 ... pak imam ni memang best, kelakar ... suka buat lawak ... i like u !!



ALHAMDULILLAH, dengan sekali lafaz ... my kazen ZAHRAH FATIN telah sah menjadi isteri kepada RASHID ... semoga kamu berdua berbahagia selalu .. nak petua kebahagiaan rumahtangga, sila beranja i chicken chop dulu ... ;p



lafaz taklik sedang dibaca ...



atas permintaan mak perantin, hantaran digubah simple menggunkan bunga2 segar dan semestinya penggubah adalah tuan tanah kedaung ... hehe



ok.kau belagakkan.time orang sibuk kata 'sah,sah' kau gelak2 dalam bilik, sekarang kau nangis jugakkan ...



cincin disarung tanda pengikat janji



aishh ... teringat kenangan lama ... ;)



perantin dan ibu masing2



ok.wajib ada gambar bersama2 adik-adik dan kazen-kazen yang best giler, suka buat lawak poyo dan bergambar mengikut arahan tuan tanah kedaung !! tuan tanah kedaung begitu gembira di belakang sana ... yeehaa ...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin