Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Selasa, Januari 19, 2010

Hey Ladies !!

Eh ?? Tak tak ... aku bukan nak bagi lirik lagu Hey Ladies nyanyian Rossa tu tapi nak kongsi cerita sikit dengan semua ladies kat luar sana. Are you ready ?? Put your hands in the air *sambil buat Mexican Wave* huh ... dah kenapa dengan kau hari ini, Puan Faizah ???

Aku sebenarnya nak berkongsi pengalaman kena RAGUT. Iye ... RAGUT ... tapi bukan ragut yang macam kambing makan rumput mahupun hati I diragut oleh Encik Rizal ... auwww ... hahaha. Stop it !! Ini betul-betul punya ragut la. Yang kena tarik handbag tu. Hah ... betul betul la.

Walaupun benda ni dah lama berlaku, aku rasa masa tahun 2002/2003, tak ingat tapi still masih tersimpan kemas kenangan yang tak berapa nak manis tu dalam kepala hotak haku ni.

Actually masa tu aku tengah nak tunggu van syarikat amik aku kat bustop, awal pagi jugak la tapi taklah pagi sangat dalam kul 7.00 kot. Oleh kerana, that day adalah public holiday, jadi jalan macam sunyi sikit. Company aku keje dulu tu boleh pulak tak cuti, so terpaksa la kerja kan. Kedai2 kat situ semua tak bukak lagik. Aku sensorang kat bustop. Aku ni memang jenis dulu-dulu kalau naik bus suka belit tali handbag kat pergelangan tangan. Entah macamane, tetiba rasa orang tarik handbag aku dari belakang, aku tarik semula. Aku pusing jek belakang, ada mamat bodoh sekor ni main tarik2 handbag tu. Sakit dowhh ... sebab terbelit kat tangan aku. Aku pun terus menjerit tapi mamat ni memang jenis gampang, jenis yang tak takut mampos agaknya, dia terus rentap handbag tu. Terkena jugakla lengan aku kat tiang bustop tu. Bodoh !! Oleh kerana aku takut, aku lepaskan jek handbag tu ... mamat ni pun terus lari pegi kat member dia yang tengah tunggu kat atas motor tak jauh dari situ.

Aku ni tengah gelabah, raba-raba kocek seluar ... nasib handphone ada ... terus call Encik Rizal. Tak lama lepas tu dia sampai, bawak aku gi opis jap pastu buat report kat balai. Aku mula-mula tu steady jek, tapi lepas Encik Rizal datang, aku nangis la pulak. Hahaha nak bermanja la katakan ... Dia pun pujuk la aku suruh bersabar.

Banyak jugaklah duit aku hilang, duit Malaysia lebih kurang RM350 dan Singapore Dollar lebih kurang $100. Dulu aku rajin masuk Singapore. Tu yang stok Singapore Dollar selalu ada dalam wallet. Lain-lain yang hilang tu macam biasa arr, IC, kad bank, kad kredit.

Mulai dari hari tu, aku memang berhati-hatilah kalau pergi mana-mana. Aku lebih sanggup jalan jauh asalkan ramai orang dari ambil shortcut tapi sunyi sepi. Kalau aku keluar balik malam, mesti call bapak aku suruh tunggu kat bustop sebab takut nak balik jalan kaki sorang-sorang. Nasib baik bapak I cinta I tau ... sanggup tunggu anak dara dia yang tak sedar diri dah kena ragut tapi still nak balik malam-malam.

Sampai sekarang, kalau aku jalan sorang-sorang mesti mata aku melilau. Perhatikan orang sekeliling. Orang kata tak baik buruk sangka, tapi relevan lagi ker dengan dunia sekarang ?? Kadang-kadang orang yang nampak baik tu lah sebenarnya penyangak besar. Biarlah orang nak kata aku ni teruk punya kaki sebab selalu ingat orang lain jahat walaupun hakikatnya orang tu baik, tapi aku buat macam tu untuk keselamatan diri aku.

Pada ladies di luar sana, berhati-hatilah kalau berjalan seorang diri. Make sure handphone dalam kocek seluar supaya senang nak capai kalau ada apa2 yang terjadi, BOLEH GAK BUAT KETUK KEPALA PERAGUT. Takpun beli jek pepper spray. Ini semua untuk keselamatan. Yang paling penting, maklumkan kepada keluarga, suami, kawan, tunang, boyfren, orang kampung ke di mana current location anda. Kalau berjalan kat tepi jalanraya, jalanlah mengongsang arus kenderaan dan pastikan handbag anda berada disebelah dalam contoh ... nak jugak bagi contoh, kalau kenderaan bergerak sebelah kiri anda, handbag sangkut kat tangan kanan begitu juga sebaliknya. Bak kata orang, mencegah labih baik dari merawat ...



p/s : korang ada pengalaman macam haku ??

3 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

pepper spray pn xjalan..sbb xkan nak megang je benda tu...aku lg suke pakai sling bag...so susah skit la..
tp kwn adek aku kena ragut kat area nakhoda..siap mamat tu hunus pisau..tp yg relexnye kwn adek aku boleh balik umah..tampal plaster..kekekkee...

Ieja RizaLiza berkata...

ha'ah ogy .. aku pun suka pakai sling bag tapi kalau dh nama peragut, ko pakai beg dalam baju pun dia ragut gak ... mcm member aku kena ... pakai sling bag, dia heret sekali sampai luka muka org tu bergesel dengan jalan tar ... adusss

A person on Earth berkata...

aiii...pragut nie x abisss2.....smoga d blas keesokan hari

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin