Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Ahad, Januari 17, 2010

Jangan Macam Pencuri Boleh Tak ?? Kan Dah Kena Sound !!


Amacam tajuk entry aku kali ni ?? Best tak ?? Bukan apa, ni nak cerita perihal manusia yang nak dikata bodoh, tidak, nak dikata pandai pun, tidak.

Benda ni terjadi last week kat rumah jiran aku. Time tu maghrib, aku baru lepas sembahyang, so aku nak ke dapur hangatkan lauk. Entah macamane tetiba dengar bunyi orang menjerit 'WOI !!'. Terperanjat kau !! Aku pun jengahlah kat tingkap, ternampak ada 2 orang mamat ni dalam keadaan mencurigakan kat depan rumah jiran aku. Aku dah suspek yang bukan sebab kat area rumah aku ni memang dah ada kejadian kecurian motor.

Aku pun bagitau Encik Rizal sebab dia pun dengar jugak bunyi orang menjerit dari dalam toilet. Dia keluar, tengok2 la takut2 ada apa2. Tapi bila keluar, nampak mamat 2 orang ni tengah berbual dengan jiran sebelah rumah aku. So, aku anggap takde pape la kan ...

Esoknya, aku tanyalah dengan jiran aku apa yang terjadi malam semalam. Rupa-rupanya, mamat 2 orang ni, nak pasang semula paip jiran aku yang kena potong sebab tak bayar bil air. Lerrr ...

Yang aku hairan tu, si mamat 2 orang ni tak reti nak bagi salam dengan tuan rumah agaknya. Tapi, dia boleh terjenguk2 ke dalam pagar. Memang la orang suspek yang bukan2. Yang menjerit 'woi' tu pulak, jiran sebelah rumah aku sebab dia nampak mamat 2 orang ni macam orang nak mencuri.

Sengal betul. Apalah salahnya, tekan loceng, bagi salam. Kan dah tak pasal kena sound. Malu sendiri. Aishhh manusia manusia. Tak guna otak. Pulak tu datang nak buat kerja time maghrib. Orang melayu, Islam. Tak boleh berfikir agaknya. Dah tak reti nak datang awal. Ni sebab nak kejar duit upah pasang semula paip la tuh. Bukan banyak pun RM25 jek. Nasib jiran aku tu cuma jerit, kalau dia terus panggil polis, tak ke kes naya ???


p/s : guna otak sebelum buat kerja ... tapi memang berderau la darah aku masa tu, sebab jiran yang hilang motor tu selang sebuah rumah jek dari aku !! dan nak dijadikan lebih misteri, mangga kat main gate dia tak berusik pun, tau2 pagi motor hilang !!

4 ulasan:

ZIANA ♥ FARREL berkata...

hahahhaha...ku pkirkan apela tadik...

alia berkata...

ada gak org yg uat kerja cam gini...

Md Nasir berkata...

haha..lawak punya org SAJ..baik2 jiran tak tau jadi tau plak hal 'rumah tangga' org lain..duuusss...

Ieja RizaLiza berkata...

ogy : hahaha memang kelakar ko tau tak ... ngoi punya mamat

alia : org yg buat keje tak guna otak ... nyusahkan orang dan diri sendiri

nasir : tau xpe ... sengal betul diaorang ni ... !! klu bab duit laju jek datang, cuba buat aduan ... slow giler feedback !!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin