Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Januari 11, 2010

Kontraktor Oh Kontraktor

Sila rujuk status aku kat side bar ... Memang tengah sakit pinggang. Sebabnya ??? Kaki aku terperosok dalam lubang salur air kat bilik kucing aku. Actually, bilik tu bilik stor tapi aku jadikan tempat kucing-kucing aku tido, makan dan pee-pee/poo-poo !!

Nak dijadikan cerita, petang semalam lepas jalan2 dengan BFF-Haza dekat Jusco Bukit Indah, aku terus balik rumah lepas En. Rizal kutip aku kat situ. Niatnya nak sambung tido sebab penat memasak makanan yang orang order semalamnya tak habis lagi. Tapi, entah kenapa mata tak boleh lelap pulak. En. Rizal dah selamat berlayar sambil berlagu riang.

So, aku pun bangun, pegi dapur, settlekan kemas sinki ... simpan semula semua segala kuali, periuk, pinggan dan mangkuk yang dah digunakan semalam. Pastu sambung cuci toilet belakang. Dahtu aku basuh bilik kucing aku tu then terus mop satu rumah. Masa aku tengah mop rumah, ada sekor kucing aku yang nama dia Tiger ni, tak tahan nak pee-pee/poo-poo terus panjat atas tong yang ada kat dalam bilik tu sebab aku letak bekas pasir pee-pee/poo-poo dia atas tong tu, aku tak letak kat lantai sebab lantai tengah basah ... takut nanti kotor semula. Dah tertumpah pasir tu. Aku punya geram. Sambil settlekan mop rumah aku membebel. Dah macam membebelkan anak kecik yang tak sabar nak minum air, pastu pandai2 minum sendiri pastu tumpah ... korang paham tak ??

Lepas dah siap mop, aku pun masuklah semula bilik kucing tu nak kemas dan basuh semula pasir yang tertumpah tu. Entah macamana, dah ditakdirkan agaknya, aku terpijak bahagian lubang salur paip. Sekelip mata kaki aku dah termasuk dalam itu lubang. Dan yang paling tak syok, aku boleh tertepis bekas pasir kucing dan OMG !! terkena kat muka dan rambut. Uishhh, dalam sakit2 tu, aku menjerit panggil En. Rizal. Dia pulak tengah syok tido, so tak dengar lolongan bini dia yang dah meleleh2 airmata menahan sakit dan geli ni. Aku gagahkan jugak diri, keluarkan kaki kiri aku yang terperosok dalam lubang tu. Still jerit2 panggil En. Rizal, nasib dia dengar jugak akhirnya.

Dia pun terperanjat tengok aku dah terjelepok kat lantai, dengan paha aku melecet, luka2 dan yang paling geli ... pasir kucing kat muka dan rambut. Dia terus ambil air, siram badan aku terus. Dia suruh bersihkan badan kat dalam tu jugak. Sambil tu mulut dia membebel macamana lubang tu boleh jadi macam tu sedangkan dah simen dan letak tiles.

Aku pulak, dah tak tahan terus pegi mandi. Shampoo rambut sampai 4 kali. Cuci muka pun 4 kali. Nasib nasib. Lepas dah settle dekat 1 jam mandi, bersihkan badan, baru rasa ok. En. Rizal bagitau rupanya kontraktor yang renovate rumah aku ni menipu. Kontraktor tu tak tutup lubang tu dengan sempurna. Dia tak alas lubang dengan besi sebelum simen. Korang tau dia tutup lubang tu guna apa sebelum dia simen, guna papan yang sangat nipis. Memang kurang ajar !! Sebelum ni, aku dengar jek komplen dari jiran2 yang gunakan khidmat kontraktor yang sama, kali ni aku sendiri yang kena. Kontraktor cina. Memang sakit sangat hati aku masa tu (sampai sekarang kot).

Tapi, aku still bernasib baik, tiles tu tak pecah berderai yang mana boleh mencederakan tapak kaki aku, just melecet jek kat tapak kaki dengan luka2 kat paha sebab bergesel dengan tiles.

Ishhh ... memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sakit pinggang dan tulang belakang aku dibuatnya !! Lepas ni dah set dalam otak, kalau nak renovate rumah, nak cari kontraktor yang ada 'brand' sikit. Biar bayar mahal asal puashati. Ini tidak, bayar dahlah mahal, hasil macam TAIK !! Geramnya !!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin