Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Januari 15, 2010

Me Or You ??

Memang payah nak puaskan hati sendiri dan lebih payah nak puaskan hati orang. Kadang-kadang rasa perlu ke nak puaskan hati orang sedangkan hati sendiri terluka. Tapi, nama pun manusia. Tak sempurna.

Ada orang sanggup puaskan diri sendiri hingga ada orang lain yang terluka, ada pula yang sanggup diri sendiri terluka asalkan orang lain bahagia. Benar kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Tak salah puaskan hati orang lain, tapi biarlah berbaloi dengan pengorbanan yang kita buat. Tak salah juga puaskan hati sendiri, tapi jangan sampai menindas orang lain.

Selagi bernama manusia, jadilah manusia yang boleh berfikir bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. Jadikan diri kita yang terbaik, bukan untuk membangga diri tapi jadikan diri kita yang terbaik untuk membuka mata manusia sekeliling bahawa kita boleh dijadikan contoh tauladan yang BAIK.

Tepuk dada tanya selera. Puaskan hati sendiri atau puaskan hati orang lain. Anda nilailah baik dan buruknya, buat keputusan. Bagi aku, lebih baik puaskan hati sendiri kalau yang berdiri di keliling aku itu hanya duri yang tahu menyakiti.

p/s : teringat kata seorang teman, 'aku tak peduli cakap orang selagi orang tak cakap pasal aku' ... kamu bagaimana ???

4 ulasan:

Md Nasir berkata...

kadang2 mengalah tu lagi baik,tapi kalau dh selalu mengalah utk puaskan org lain,sekali sekala kita punya turn pulak kan..

Adahjay berkata...

puaskan hati Allah lagi bagus kot. tu yg lagi baik. xkan mungkin kite leh puaskan hati semua org.

Adahjay berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iS3 DaEnG berkata...

kalau dulu lebih tolenrasi sikit.. selalu bersabar untuk puaskan hati orang lain walaupun rasa tertekan kdng2 tu...tapi now maybe umur dah semakin meningkat setiap kali mesti nak kena puaskan hati sendiri dulu.. bila lagi kan..tak nak nanti putih mata di kendian hari..tapi setiap kali tu kadang2 memang rasa berbaloi dapat puaskan hati sendiri n kenkadang rasa menyesal plak bila dah terguris prsn orang lain.. huhuhu.. kesimpulannyer manusia susah nak jadi betul2 sempurna...Am I rite??

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin