Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Jumaat, Januari 01, 2010

Requested By En. Rizal

Sebenarnya, semalam aku planning malas nak masak. Ingat nak ajak En. Rizal makan kat kedai pakcik Kolonel tapi disebabkan tetiba En. Rizal hantar mesej bagitau dia nak makan Sup Ayam Pedas dengan Sambal Ikan Keli, jadi aku dengan redha terus pegi dapur, bukak aisbox. Alhamdulillah, barang semua cukup, so aku reply mesej dia cakap aku masak. Baik kan aku ??? Hehe .. mestilah, kan suami yang mintak, kalau diaorang ni yang mintak ... confirm aku fikir lapanbelaskaliseratus kali ... huhu ;p

Nak bagitau ni ... resepi Sup Ayam Pedas tu aku reka sendiri. Sebab dah bosan makan sup biasa. Eleh ... macamlah bagus sangat resepi kau itu. Senang jek nak masak, sama macam sup biasa cuma aku tambahkan lada jek.

Oleh kerana kerajinan dan kebaikan hati sempena tahun baru ni, aku kongsi resepi ni dengan korang. Silalah try eh ... kalau sedap puji aku, kalau tak sedap ... hehe sendiri mau ingat la yek !! (BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG !!)

*****************************************

SUP AYAM PEDAS by Puan Faizah



Bahan Utama :

a) Ayam - ikut berapa ramai nak makan ... kalau aku biasanya dalam 6 ketul dah cukup ... basuh bersih2 dan rendam dengan tepung untuk hilangkan hanyir (petua dari arwah mak mertua aku)

b) Bahan Kisar : (kalau masak banyak, lebihkanlah semua bahan)
i) Bawang merah - 1 biji
ii) Bawang putih - 2 ulas
iii) Lada merah dan lada hijau - 10 batang ( 5-5 la )
iv) Serai - 1 batang

c) Rempah sup bunjut
d) Kentang - 2 biji (dipotong ikut suka)
e) Lobak merah - 1 batang (dipotong dadu)
f) Sedikit minyak untuk menumis
g) Air putih - 3 cawan (nak banyak kuah tambah air)
h) Air asam jawa (segenggam asam jawa bancuh dengan sedikit air)
i) Garam
j) Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan



CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah sup bunjut sehingga wangi.
2) Masukkan air, kentang, lobak merah dan tunggu sampai empuk.
3) Bila dah empuk, masukkan ayam dan air asam jawa. Biar ayam pulak empuk.
4) Dah mendidih dan empuk semua bahan, masukkan garam secukup rasa.
5) Hidangkan semasa panas dan taburkan bawang goreng bersama daun sup.


*****************************************


Senang jek kan ?? Selamat Mencuba !!

p/s : sup ni rasa dia masam2 sikit macam tomyam so, kalau tak suka masam xyah letak air asam jawa ...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin