Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Sabtu, Februari 27, 2010

Letih


One word.

LETIH.

Sangat-sangat letih.

Letih kerana terpaksa melayan hangin orang lain.

Letih kerana terpaksa memendam perasaan sendiri.

Letih kerana terpaksa berpura-pura.

Letih kerana terpaksa menjadi orang lain.


LETIH laaa

Jumaat, Februari 26, 2010

Benci Aahhh

I really hate it when sometimes i have to do something i didn't like and i have to pretend that i love doing it. Benci gila tau tak. I am only human. I can't lie to myself that i do feel like idiot when i have to put a fake smiles everytime it happens. I just hate it !! Arghhhh !!

Fahamlah sikit perasaan aku. Aku pun ada hati, ada jantung, ada limpa yang nak dijaga. Takkan memanjang nak jaga hati, jantung dan limpa orang lain. Cuba kalau aku yang paksa kau. Kau tak suka kan ??

Tension arr. Benci aaahhh.

Kalau kau nak tahu, bukan senang nak berpura-pura tau. Aku sendiri pun tak suka nak berlakon ala-ala primadona ni. Tapi, kadang-kadang perasaan aku ni tak boleh aku sembunyikan. Tu yang aku nak hangin jek lebih-lebih lagi kalau terpaksa berdepan dengan orang-orang yang boleh menambah takat didih aku.

Tolonglah faham. Jangan paksa.

Arghhhhh !!

Khamis, Februari 25, 2010

Tips Mempertahankan Diri (Beserta Gambarajah)


1) bersedia memasang kuda-kuda pada kaki. mesti berhadapan dengan penjenayah, kalau kau membelakangkan dia, cara ini tidak boleh digunapakai eh



2) bila penjenayah memulakan serangan, kau tunduk tau. jangan bagi dia tangkap kepala kau. lagi sekali, kalau dia tangkap kaki kau, cara ini tidak boleh digunapakai eh


3) pastu, kau cepat-cepat tanduk kat dada dia. dushhh*sound*effect* ... padan muka dia


4) dahtu, dalam keadaan dia tengah kesakitan kat dada, kau tendang bu** dia dengan sekuat hati biar sampai dia menjerit keseronokan kesakitan lagi sekali


5) bila tendangan kau tepat kena kat bu** dia, confirm dia akan menunduk, so amik kesempatan ini dengan melakukan aksi wrestling iaitu menyiku tulang belakang dia sambil berkata *do you smellll what The Rock is cooking ??*


6) teruskan aksi kau. jangan bagi dia chance. kali ni, kau tangkap kepala dia, pastu kau bagi lutut kau cium muka dia sambil cakap *nak sangat kan, hah ambik, ambik kau*


7) pasti penjenayah akan jatuh tergolek dokk. then, kau pijak tulang rusuk dia berkali-kali.
*hiah hiah hiahhhhh*


8) bila dia dah terkulai layu di tasik madu dan tak boleh bangun lagi, kau pun dengan muka berlagak, tolak dia dengan kaki kau buat kali terakhir.
*rasakan kau*



pastu kau blah arr sambil gelak macam ni ... muahahahahaha

Jangan Lupa Lirik Yeah !! Yeah !!

Aku ni adalah pengkarok tegar *chehcheh poyo* kat Redbox, siap ada membership card. Dah ribu-ribu jugak la kot habiskan kat situ. So far, point dia pun dah ribu-ribu tapi aku dah tukar dengan payung. First time tukar payung berkaki tapi hilang. Aku tukar point lagi, amik payung jugak tapi payung dalam botol. Comel sangat. Sayang nak pakai sebab satu payung tu redeem point dia 500 which is equal to RM500. Gila gila !!

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Cuba tengok tajuk entri. Aku rasa korang mesti pernah tengok rancangan tu kan. Siaran rancangan tu kat Astro Ria, diacarakan oleh Pak Nil tu. Tadi aku dapat email dari Customer Service Redbox. Sekarang ni tengah ada Audition rancangan Jangan Lupa Lirik tu. Hehe ... rasa macam nak try pulak. Manalah tahu kot-kot bernasib baik, ada peluang menang sampai RM1 Juta. RM1 Juta ok babe !! Boleh la aku beli rumah idaman dan melancong ke Europe !!

Sesiapa yang berminat boleh la join. Tak payah suara sedap-sedap sangat macam Dato' Siti Nurhaliza or Misha Omar, yang penting hafal lirik. So, mari menghafal lirik dari sekarang !! Dah dah pegi hafal lirik sekarang. Bergerak dari kiri ke kanan !!





* bagi yang ada kat JB, Audition akan diadakan pada tarikh dan di tempat yang aku dah gariskan tu. nak pegi nanti jangan lupa ajak aku eh ... *wink*wink*

Rabu, Februari 24, 2010

Rumah Idaman

Walaupun aku dah ada rumah sendiri tapi masih milik bank sebab tak habis bayar lagi dan ada kira-kira 24 tahun lagi nak habis bayar, aku tetap ada rumah idaman aku. Bukan tak bersyukur dengan apa yang dah ada, nama pun idaman, tak semestinya aku boleh dapat. Tapi kalau dapat, I suka You !! Jom, kita menjenguk RUMAH IDAMAN Puan Faizah dan sila jangan kutuk sebab ini hanyalah imiginasi penulis ... hehe ;o


Aku sangat mengidamkan rumah seperti ini ...




atau ini


dan semestinya terletak di atas bukit yang mengadap laut seperti ini

supaya setiap pagi aku dan Encik Rizal dapat menghirup udara segar sambil berehat-rehat. Aku juga menginginkan sebuah gazebo di mana aku boleh duduk membaca buku kegemaran


dan sebuah kolan ikan di mana Encik Rizal boleh bagi ikan-ikan itu makan untuk mengisi masa lapang. Yela, dah tua-tua selain tambah pahala dengan beribadat, InsyaALLAH, ini jela yang boleh dibuat. Takkan nak pegi main futsal kot ...


Hehe ... bila berangan, mestilah kena berangan habis-habisan kan ... rumah dah cantik-cantik, kenalah ada kolam renang walaupun aku tak reti berenang ...







Dah habis bahagian luar, kita jenguk pula bahagian dalam. Mari kita ke dapur dulu. Aku suka dapur yang simple. Aku memang suka konsep 2 dapur yang berlainan iaitu dry kitchen dan wet kitchen. I like anything simple yang penting kena ada counter bar macam ni ...



atau yang ini





Untuk wet kitchen pulak mesti ada 'island' supaya senang nak potong bahan-bahan masakan *ala kau mengada-ngada la, kalau masak sedap takpe jugak* ... macam ni ...



atau ini ... cantik kan ???



Ok. Seterusnya, bilik tidur utama dan bilik membaca. Wajib ada bilik membaca, sebab aku memang suka membaca. Malam-malam, sebelum tidur boleh lepak-lepak kat bilik study dulu. Eh jap jap, nak tunjuk bilik tidur utama dulu ... aku mahu seperti ini ye ...



simple jek ... tak mau sarat-sarat sangat. Nanti rimas. Paling vogue pun nak yang macam kat bawah ni ...



Tak perlu perabot banyak-banyak sangat. Nama pun bilik tidur hanya untuk tidur. Less is more. Bilik study pulak nak yang cun like this one ..





Last but not least, bilik tidur anak-anak ...



yang ni confirm arr untuk baby girl ... comel gila ...



woooo .. yang ini sangat class !! dengan mak bapak sekali nak duduk dalam bilik ini tau tak !!



oleh kerana budak-budak sekarang hi-tech, bedroom simple macam ni sangat praktikal. Yang penting ada lappy ... kalau anak ramai tapi bilik tak banyak, yang macam kat bawah ini sangat membantu. Sharing is Caring !!


ini sesuai for both girls and boys !!


Ok. Dah jenguk kan rumah idaman aku. Kelas tak ?? Luaran dia rumah kampung, tapi kat dalam makk aiii, taste sungguh moden !! Hehe ... so, rumah idaman kamu-kamu pula macamana ??? Jom laa share !!


note : all piccas credited to yahoo! image

Selasa, Februari 23, 2010

I Don't Need A Reason to LOVE Them ...



Belum apa-apa aku dah gelak tahap perempuan jahat baru lepas mati laki yang kaya-raya guling-guling. Mendengar nama mereka sahaja sudah boleh mengundang senyum memanjang sebab teringat scene dan dialog mereka dalam pelbagai filem yang menjadi santapan aku masa kecik-kecik dulu.

Ni gara-gara menonton Ali Baba Bujang Lapok malam tadi kat tv2. Sambil minum Chocolate CoolBlog, aku dengan Encik Rizal dah macam tengok wayang first class yang kalau kena bayar harga dia RM18 tapi ni free siap dengan toto dan bantal busuk empuk.

Aku rasa dah beratus kali aku tengok cerita-cerita mereka ini. Dari yang kelakar tak hengat macam Pendekar Bujang Lapok sampailah yang sedih stok-stok meleleh dengan hingus sampai kena stanbdy tisu kat sebelah macam filem Antara Dua Darjat tapi aku memang tak pernah rasa jemu.



Dah boleh siap hafal skrip dah terutamanya kalau cerita Pendekar Bujang Lapok. Hahaha kan tengah-tengah taip ni boleh terbayang pulak cerita tu ... dah aku tergelak-gelak depan lappy ni sensorang macam orang gila.

Paling tak boleh lupa kalau dalam filem Pendekar Bujang Lapok scene baca surat. Bahaha ... "al padang fasirun ... tak ada pokok kayu weh .... al tumfuk tumfuk taik unta ..."

Pada pendapat aku, mereka bertiga adalah TRIO Lawak Terhebat sepanjang zaman. Belum ada orang lain yang boleh menandingi mereka. Walaupun sekarang ni berlaku lambakan artis yang rasa mereka lawak tapi lawak artis baru ni langsung tak tercapai level mereka yang TIGA ini. Sorry ... no offense yek. Ini pendapat aku. Lawak TRIO ini lawak yang spontan dan sangat menghiburkan. Tak macam lawak-lawak sekarang yang aku rasa lebih menjurus kepada seks dan kutukan terhadap sesama pelakon, main tonjol-tonjol kepala, main bodoh-bodohkan orang lain. I hate that !!


*tengok ni jek aku dah boleh tersengih macam kerang busuk kau tahu tak??*


TRIO ini membuktikan bahawa you don't need a pretty face to be funny, all you need is a sincerity untuk membuatkan orang lain ketawa dan mengingati kamu selama-lamanya !!

That is why i think i don't need a reason to love them because they are really who they are ... entertain others to satisfy themselves. Artis baru-baru sekarang ni banyak kontroversi tapi lakonan hampeh. Glamer sebab kontroversi tapi lakonan tak meninggalkan kesan. Lakonan aku lagi bagus kot. Bahaha ... kidding ok !! Tapi tetap ada pelapis yang memang bagus-bagus. Harap-harap boleh bertahan dari badai dunia artis ni.


*P.Ramlee ... the best*


*alalololo ... comeynya ...*


*bahahaha ... lagi sekali gelak guling-guling*


Dah-dah ... nak search kat YouTube jap filem Pendekar Bujang Lapok. Bahahaha


Isnin, Februari 22, 2010

Europe ?? Are You Kidding Me ???

Align Center

Aku suka-suka hati amik kuiz ni kat Facebook. Nama kuiz ni 'Where Should You Go On Your Honeymoon'. Lepas dah jawab soalan-soalan dia yang ala-ala soalan UPSR sebab kacang giler, inilah hasilnya. Europe kau !! Europe ok !! Bahaha ... InsyaALLAH, memang aku ada berangan-angan disiang hari nak jejakkan kaki kat Europe ni tapi tak tahulah tahun, bulan, hari, jam, minit dan saat bila ... Tunggu kalau tetiba ada orang kaya yang dah gila baik hati nak sedekah kat aku SATU JUTA RINGGIT MALAYSIA, bolehlah kot 7-8 kali aku pergi Europe. Bulan ni dengan Encik Rizal, bulan depan dengan kawan-kawan ... aku belanja, bulan depan lagi dengan jiran-jiran ... aku belanja, bulan depan lagi dan lagi dengan sesiapa jek yang aku jumpa kat airport ... aku belanja sampai satu tahap aku balik Malaysia, makan pasir, minum air embun. Ok tak ??? Kalau rajin dan banyak masa macam aku, try arr buat kuiz tu ... nak jugak tau destinasi lain yang Facebook berangan-angankan bagi pihak korang !!

Alahai

Bila aku dapat tau Encik Rizal akan mula buat kerja kat KL tak lama lagi, aku macam blank. Tak tau nak happy *guling*guling* atau sedih *nangis*nangis*.

Kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang tak waras memang aku suka sebab ada chance aku nak merayap kat KL. Memang suka gila. Boleh tolong bukakkan kedai kat KLCC *bak kata Encik Rizal*, boleh tengok wayang awal kat TGV KLCC, boleh makan kat Chili's, boleh window shopping kat Pavillion, boleh cuci mata kat IKEA, boleh pegi The Curve, boleh pegi One Utama, boleh pegi Sunway Pyramid dan bolehlah semuanya sampaikan Encik Rizal hairan macamana aku boleh tau segala shopping mall yang ada kat KL tu sampaikan macamana cara nak pegi samada naik bus atau train pun aku tau ... bahahaha ... of course la aku buat research ...

Tapi, kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang waras memang aku tak suka sebab aku kena duduk rumah sensorang. Arghh bosan siot !! Aku bukan jenis penakut, cuma semenjak ada kes kecurian kat area rumah aku ni, aku rasa macam seram sejuk pulak bila fikir kena tidur sorang-sorang bertemankan si kucing-kucing. Ermm tapi demi memikirkan Encik Rizal mencari rezeki untuk kami dan juga janji-janji manis dia nak bawak pergi holiday yang tak tau zaman bila dan nak belikan handbag jenama kereta kuda tu, terus aku mendapat kekuatan. InsyaALLAH, takkan ada apa-apa yang berlaku. Aku kena kuat semangat. Kalau boleh, kalau la kan ... tak mau nangis-nangis bila nak tido sebab rindu kat Encik Rizal ... *alahai gila gediknya kau ni,padahal weekend jek jumpa,jumpa jek weekend*

Rabu, Februari 17, 2010

Tiger ...


Aku kehilangan seekor kucing.


Nama dia Tiger.

Umur dia 8 bulan.

Dia mati sebab sakit yang tak dapat dikenalpasti.

Dia mula sakit dari hari Sabtu lepas, hari Selasa pagi dia dah takde.

Aku nangis sebab aku sangat sedih.

Dia paling manja dengan aku.

Dia takut dengan orang lain, kalau aku panggil jek dia datang. Even, Encik Rizal panggil pun dia taknak datang.

Dia kesayangan aku.

Aku rindu dia !!
















Khamis, Februari 11, 2010

Email Forwarded : Nak Gelak Ke Nak Nangis ???

Dapat e-mail ni dari seorang teman :






Gambaran lebih jelas






p/s : tepuk dada, tanya sakit ke tidak !! mula-mula tengok aku gelak, tapi serious lepas 5 minit aku rasa senak ... ini adalah realiti, biar bertudung tapi tetap SEKSI, kau !!

Penne Pasta with Beef Sauce

Actually dah berzaman aku masak benda ni. Adalah sebulan yang lalu tapi masa tu macam takde mood nak upload gambar ke resepi ke. Tapi, tadi bila godek2 lappy ni, ternampak pulak gambarnya, terus aku seperti mendapat hidayah semangat nak tunjuk kat semua orang betapa aku boleh masak western/italian food walaupun resepi dia ikut sesuka hati aku. Dah aku yang masak, ikut selera akulah kan ... hehehe

Kalau tiba-tiba selera melayu korang murtad berubah nak makan pasta, bolehlah amik resepi yang tak seberapa ni. Kalau sedap, sila-silalah puji. Kalau tak sedap, puji jugak. Tak baik kutuk-kutuk tau. Sebab, kalau tak sedap, korang la yang tak pandai masak. Aku masak sedap jek ... Bahahaha !! ;o


p/s : tapi takde gambar step-by-step la ... lupa nak snap. korang ikut jek resepi, insyaALLAH menjadi ... kalau nak adjust pun takpe, takde siapa yang marah !! tapi, atas tanggungjawab sendiri eh ...


**************************************



PENNE PASTA WITH BEEF SAUCE



Bahan-bahan : ( Untuk 4-6 orang )

1) Satu bungkus penne pasta - 500 gram (ikut brand apa yang korang suka, kalau aku biasanya guna San Remo)

2) Daging kisar - 500 gram (tukar ayam pun boleh)

3) Sos Spageti - 1 tin (brand Prego atau apa-apa saja)

4) Cendawan butang - dihiris

5) 2 biji bawang merah - dicincang halus

6) 2 ulas bawah putih - dicincang halus

7) Cheese Mozarella

8) Sedikit mentega untuk menumis

9) 1 helai daun bay (takde pun takpe)

10) Garam, gula dan lada hitam untuk penambah rasa

11) Satu cawan air rebusan pasta




CARA-CARA MEMASAK


1) Rebus pasta dalam air mendidih, letak sedikit minyak dan garam dalam air tersebut. Rebus dalam 10-15 minit (tengok label). Lepas dah masak, angkat dan toskan. Jangan cuci dengan air sejuk.

2) Dalam kuali lain, cairkan mentega, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.

3) Masukkan sos spageti, air rebusan pasta dan daun bay, biar mendidih.

4) Lepas sos mendidih, masukkan daging kisar dan gaul rata, biar sampai daging empuk.

5) Bila daging dah empuk dan kuah hampir pekat, letak cendawan dan bahan penambah rasa ikut selera korang.

6) Matikan api, baru masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul2 biar mesra.

7) Isikan separuh dari pasta tadi ke dalam loyang dan tabur cheese. Then, tuang balance pasta, dan lagi sekali tabur cheese kat atas dia.

8) Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 25-35 minit.

9) Siap untuk dihidangkan.




inilah hasilnya



siap untuk menjadi santapan piranha



ini side dish ... drummet AYAMAS ... yumyum

Rabu, Februari 10, 2010

Mengapa ??

Bila baca suratkhabar, makin banyak kes penceraian sekarang ini. Sana-sini, orang turun naik mahkamah selesaikan masalah talak. Yang kelakarnya, belum ada ikatan yang sah pun, dah turun naik mahkamah demi menjaga ego dan maruah sendiri. Saman-menyaman. Untung-untung boleh kaya kalau menang kes. Hehe ... Tapi apa yang aku nak luahkan di sini adalah tentang mereka yang dah ada ikatan sah tapi ambil jalan mudah ... bercerai. Walaupun, masa bercinta bagai nak rak kata orang, lepas kawin kemanisan itu semua hilang. Lebih parah lagi, sebenarnya hati dah berubah. Dah tersangkut kat orang lain.

Kadang-kadang, aku selalu berfikir kenapa manusia mudah berubah cinta dan hatinya dengan sekelip mata. Ada sesetengah pasangan sudah hidup bersama lebih dari 20 tahun, tapi bila rumahtangga terlerai di tengah jalan, alasan yang diberikan cukup mudah ... 'dah takde jodoh', 'dah tak serasi' ...

Kalau pasangan yang baru nak bercinta, baru nak bertunang, mungkin aku boleh faham kenapa mereka mudah berubah fikiran. Mungkin masih mencari keserasian. Tapi yang aku tak faham yang dah beranak-pinak ni. Anak-anak dah besar panjang. Bukankah anak-anak lambang cinta dan kasih-sayang semua pasangan ?? Tidakkah ada sekelumit rasa cinta yang membara dulukala dalam hati ketika talak menjadi jalan akhir ?? Tidakkah mereka terkenang bagaimana hangatnya pelukan dan ciuman yang diberikan pasangan masing-masing semasa mereka beralih pandang pada yang lain ??

Ya. Aku tidak menafikan kehendak Takdir ALLAH. Cuma, aku cuba memahami mengapa mereka-mereka ini dengan mudah meletakkan takdir sebagai alasan.

Ya. Aku tidak mengalaminya jadi aku tak tahu. Aku tak mengalami bagaimana perasaan dilamun cinta dengan yang lain sedangkan kita adalah hakmilik pasangan kita.

Ya. Aku tidak mahu itu terjadi dalam perkahwinan aku. Tak mahu itu terjadi walau apapun alasannya.

Pernah aku bertanya pada seorang teman yang melalui pengalaman ini. Memang katanya, semasa dia dilamun asmara terhalang ini, dia lupa dunia. Lupa siapa diri dia yang sebenar. Lupa dimana suami dan anak-anak. Yang penting bagi dia ketika itu hanya sang pencuri hati. Dia sendiri sukar untuk menjelaskan kenapa hati dia mudah berubah sedangkan suami dia sangat sempurna, pada mata aku. Dia sendiri tidak menafikan itu. Suaminya lelaki baik, beriman, bertanggungjawab dan sangat penyabar. Ketika dia hilang pertimbangan, mujur suaminya tidak hilang kewarasan juga. Suaminya setia menanti, mengharap sang isteri kembali ke tempat asalnya. Ke hati sang suami. Bagaimana kisah asmara terhalang itu berakhir ?? Juga di tengah jalan. Kerana menurut teman aku, suatu hari, ketika dia pulang dari berseronok bersama sang pencuri hati, sang suami masih lagi tersenyum menyambut dia pulang. Ketika itu, dia kata hatinya seperti dipanah petir. Sakit. Pilu. Dia mula sedar. Dia mula mencari jalan pulang. Ke hati sang suami.

Itu hanya secebis dari jutaan kisah lain. Ada yang berjaya pulang, ada juga yang kecundang. Kalau masih ada yang sayang seperti teman aku ini, mungkin tak mengapa, tapi bagaimana yang terputus di tengah jalan ?? Siapa bakal jadi mangsa ?? Bagi yang punya anak, mungkin anaklah yang merasa keperitan. Kemudian, sudah tentu pihak yang ditinggalkan setelah jiwa raga dicurah.

Lagi sekali, aku mengaku aku tidak mengalaminya jadi aku tak boleh menjatuhkan hukuman. Mungkin mereka yang mengalaminya ada seribu satu alasan kenapa hati mereka rapuh ketika usia perkahwinan semakin bertambah. Mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa hati mereka terpaut pada sang pencuri hati walaupun yang halal berada di sisi.

Hanya satu, aku sentiasa berdoa agar aku dan Encik Rizal bahagia sampai akhir hayat. Macam ibu bapa kami. Insya-ALLAH. Mudah-mudahan.

Sucks Big Time !!

One word untuk Secret Recipe AEON Bukit Indah :

BANGANG !!

Why ??

1) One of their staff muka memang kelat ... tak tau la sebab apa, baru putus tunang ke, datang bulan ke, aku tak pasti. Memang payah nak senyum. Sambil lap sudu+garfu, muka tension. Hantar order kat customer macam tak ikhlas.

2) Yang satu ni pulak, aku tak sure la kalau ini polisi mereka ke apa ... kalau kau dah makan hidangan kau tetiba ada bahagian tak masak, kau tak boleh tukar dengan yang baru tapi diaorang masakkan semula jek. WTF ??? Kau paham tak ... MASAKKAN SEMULA, bermaksud balance yang kau tak sempat nak habiskan tu, diaorang akan goreng semula ke, panggang semula ke apa2 jela supaya masak dengan sempurna. Alasannya, sebab kau dah makan. Kalau kau belum makan, boleh dapat yang baru. Kepala otak diaorang berjambul!! Kalau belum makan manalah nak tahu makanan tu masak ke tidak, bangang !!


p/s : BANGANG LAGIK SEKALI !!

Cuaca Oh Cuaca 2

Dua tiga kucing berlari hari kebelakangan ini, aku rasa semacam. Buat apa pun tak kena. Baring salah, duduk salah, berdiri salah. Entah kenapa entah. Rasa resah. Kadang-kadang rasa mengantuk tapi biji mata ni taknak pulak lelap bila dah baring. Kadang-kadang rasa lapar tapi bila pergi dapur bukak fridge terus hilang selera.

Mungkin masih dalam mood panas kot. Milo pulak dah habis stok. Tu yang tak dapat nak buat milo ais sebaldi. Nak harap minum air masak memang tak berapa nak lalu laa unless ada ais. Pergh !! Memang laju jek aku teguk. Bila batuk, barulah sedar diri tapi sekejap jek. Rasa dah ok sikit, laju jek aku ajak Encik Rizal pergi Jusco semata-mata nak minum Chocolate Blog kat Cool Blog tu. Macam ketagih pulak !! Bahahaha ...

Rimas jangan cerita lah. Rasa nak mandi selama 24 kali sehari. Kalau rumah aku ni ada bath tub, confirm aku duduk berendam dalam tu sampai kecut. Mesti best kan ... letak bunga-bunga, letak minyak aromaterapi, pasang musik klasik ala kat spa tu ... layan !! Berangan tak hengat siot !!

Isnin, Februari 08, 2010

Tag About Me and Him

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
Tahun 2001, kat tempat kerja.

2) Love at first sight?
Ermm ... not really

3) Who is he when the first time you met him?
Penyelia bahagian kilang kat tempat kerja aku.

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
I asked him first ... but not as a date, more to makan-makan dengan kawan2 lain ...

5) First place dating?
Kalau betul-betul dating, rasanya tengok wayang kat City Square

6) How he proposed?
Hehe ... dalam kereta on the way hantar aku balik lepas jenguk nenek aku ... memang terperanjat giler !!

7) Special date with your hubby?
29/09/2004 - Enganged
03/06/2005 - Nikah

8) Changes that he asked you to do?
Stop being childish dan jugak jangan degil sangat which is not success yet !! hahahaha ...

9) What is about him that you love so much?
Dia sangat penyabar dan jugak sanggup melayan isteri dia ini yang kekadang perangai out of control !!

10) What is about him that you wish he would change?
Nothing ... i love the way he is ... ok.tipu... kalau boleh, nak dia peka sikit dengan perasaan aku ni sebab kekadang dia tak perasaan mood aku berubah

11) You will lose your mind and crack your head when he..
Membebel ... ayooo ... mau pengsan

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
buat lawak yang sangat lawak ... dan bought me things yang i mintak !!

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
whole-wide world .. no limit !!


Aku nak tag mereka-mereka ini :-

1) Siti
2) Nenny
3) Ogy
4) Yatie Yahya
5) Areza Nizam

Khamis, Februari 04, 2010

Cuaca Oh Cuaca

Ya ALLAH sungguh panaskan cuaca sekarang ni ?? ALHAMDULILLAH, sebab kalau sidai baju memang cepat kering walaupun kau jenis pemalas nak angkat biar sampai 2 hari baru nak angkat, itupun lepas laki kau bising2, bahaha. Tapi, nak jugak ada tapi ... manusia manusia ... yang aku tak tahan ialah asyiklah berpeluh. Masyam ketiak kau !! Nak tidur tengahari pun tak selesa. Masa nilah kau sangat cemburu dengan anak-anak kau yang dah penat main terus lena tak kira panas ke tidak. So, moral of the story, kau pun kena main kejar-kejar bersama anak-anak kau, then kau akan tidur lena kerana kepenatan. WTH yang aku mengarut ni !??

Kat rumah aku ni dah pasang dua jenis kipas dah. Kipas siling dan kipas meja. But still, rasa macam tak mencukupi. Mungkin nak kena pasang air-cond sebanyak lapan biji baru syiok agaknya ... baru arr rasa macam duduk kat London. Pastu, hujung bulan bila TNB hantar bil, kau satu keluarga boleh makan lalang goreng sambal sebab budget lari. Bahahaha ...

kipas siling kat umah aku taklah cantik macam ni .. ni aku cilok kat YAHOO IMAGE



aku paling suka kipas meja ... kalau dah panas sangat, aku suakan jek muka aku kat depan kipas ni .... bahahaha

bilalah Encil Rizal nak pasang lapan biji benda alah ni kat rumah kan ??



Tapi serious babe ... aku memang jenis tak tahan panas. Tak kiralah siang ke malam ke, panas ke hujan ke, memang jenis nak berkipas sepanjang masa. Kadang-kadang kalau malam, Encik Rizal dah berselubung dengan comforter, yang aku ni selamba badak boleh tidur pakai singlet jek pastu kipas mesti bukak high power, dah macam nak tercabut kipas tu pun ada aku rasa. Tapi tulah, jenis manusia tak sedar diri, beranak kat Malaysia, tapi perasan macam berada di London.

Kalau cuaca dah panas ni kan ... memang sedap jelah melantak ais. Kalau dapat ABC ni, perghh !! Memang terangkat la gua cakap sama lu !! Heaven, babe !! Pastu, bila sakit tekak, selesema, hingus meleleh ... mulalah nak salahkan cuaca. Dasar manusia sengal.


** pic from yahoo **



Dah dah ... nak gi buat milo ais jap.. bahahaha

** pic from Yahoo **

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin