Duit Tabung Nak Pergi Holiday Kat Bandung

Isnin, Februari 22, 2010

Alahai

Bila aku dapat tau Encik Rizal akan mula buat kerja kat KL tak lama lagi, aku macam blank. Tak tau nak happy *guling*guling* atau sedih *nangis*nangis*.

Kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang tak waras memang aku suka sebab ada chance aku nak merayap kat KL. Memang suka gila. Boleh tolong bukakkan kedai kat KLCC *bak kata Encik Rizal*, boleh tengok wayang awal kat TGV KLCC, boleh makan kat Chili's, boleh window shopping kat Pavillion, boleh cuci mata kat IKEA, boleh pegi The Curve, boleh pegi One Utama, boleh pegi Sunway Pyramid dan bolehlah semuanya sampaikan Encik Rizal hairan macamana aku boleh tau segala shopping mall yang ada kat KL tu sampaikan macamana cara nak pegi samada naik bus atau train pun aku tau ... bahahaha ... of course la aku buat research ...

Tapi, kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang waras memang aku tak suka sebab aku kena duduk rumah sensorang. Arghh bosan siot !! Aku bukan jenis penakut, cuma semenjak ada kes kecurian kat area rumah aku ni, aku rasa macam seram sejuk pulak bila fikir kena tidur sorang-sorang bertemankan si kucing-kucing. Ermm tapi demi memikirkan Encik Rizal mencari rezeki untuk kami dan juga janji-janji manis dia nak bawak pergi holiday yang tak tau zaman bila dan nak belikan handbag jenama kereta kuda tu, terus aku mendapat kekuatan. InsyaALLAH, takkan ada apa-apa yang berlaku. Aku kena kuat semangat. Kalau boleh, kalau la kan ... tak mau nangis-nangis bila nak tido sebab rindu kat Encik Rizal ... *alahai gila gediknya kau ni,padahal weekend jek jumpa,jumpa jek weekend*

6 ulasan:

nedza berkata...

faizah,
aku suka baca entry ko lah
lagi2 ayat yg ko cancelled tu...
kelakar siot...
cam buat karangan sek jek!!!

ZIANA ♥ FARREL berkata...

gi ikut sekali duk sana xle ke???lagi best..tiap2 ari ko bole tlg bukak kedai diorang!wakakakka

Ieja RizaLiza berkata...

sharun : haha ... sila baca lagik yek !! thank u thank u

ogy : klu boleh memang nak tapi bila fikir anak2 dan kucing2 terpaksa dilupakan hasrat itu ... huhu

mumy berkata...

good idea...bukak kedai kt klcc..bole kitorang tumoang lepak

iS3 DaEnG berkata...

hrmm..kalau me pun tak sanggup.. dulu tahun pertama lepas kawin hubby kat KL me kat perak..ari2 pendam air mata cium bantal peluk..heheheheh..ikut lerr pindah sekali..bole merasa idup kat tempat lain lak..heheheheh

Ieja RizaLiza berkata...

nenny : alahai ... x mampu i nak bukak kedai kat sana... i bukak warung jual goreng pisang depan rumah jela ... nnti jemput dtg eh ;p

areza ... bukan xnak tapi my hubby bukan permanent kat sana ... klu ada projek jek .. tu yg susah, takkan nak pindah randah setiap kali hbs projek .. so, terpaksalah macam ni ... huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin